Ancaman dari luar pula mungkin kita boleh jelmakan melalui kritikan bukan Muslim (non-Muslim) ke atas badan-badan agama, tuntutan mengusir pendakwah seperti Zakir Naik keluar daripada Malaysia dan sebagainya. Bukan itu sahaja, sebilangan daripada mereka ini turut memperlekehkan kewujudan Yang Dipertuan Agong dengan pelbagai kata-kata kesat (perkara ini boleh dirujuk melalui hantaran/ posting di Facebook).

Dek kerana anggapan bahawa undi merekalah yang memacu pembaharuan di negara ini (undi memihak PH: 95% Cina/ 75% India dan 30% Melayu), maka mereka boleh menuntut, mempertikai dan mengusir apa sahaja yang tidak sehaluan dengannya. Begitulah seriusnya golongan yang tidak menyukai Islam menzahirkan kebencian mereka kepada agama yang dianuti oleh majoriti masyarakat “Malaysia Baharu”. Pedulikan hak majoriti asalkan suara dan hak minoriti dijaga! Mungkin inilah kata keramat yang digunakan mereka sebagai “inhaler” bagi memacu Malaysia Baharu.

Di mana Muslim?

Persoalan ini mungkin agak sukar uuntuk dijawab kerana tiada jawapan yang tuntas bagi menjelaskan di mana Muslim berada. Ada ketikanya Muslim itu sendiri berada dalam kumpulan yang menentang, tetapi dalam masa yang lain boleh jadi mereka yang Islam ini bersama-sama dalam pasukan yang menyokong. Kita hari ini seakan-akan bingung untuk menjawab di mana sebenarnya tempat kita berada.

Ini merupakan malang kita yang kedua setelah wujudnya “sial” yang pertama (ancaman dari dalam). Tidak seperti rakan senegara yang berbeza bangsa dan agama, walau apa pun yang berlaku, tanpa mengira perbezaan politik, mereka akan tetap bersatu mendokong perjuangan bangsa dan agama. Kes Indra Gandi vs Muhammad Ridhuan Abdullah dan isu UEC cukup membuktikan bahawa mereka ini sangat bersatu padu.

Alangkah malunya kita, umat yang diseru oleh tuhan dan nabi untuk bersaudara, diratibkan firman tuhan dan sabda nabi sebagai panduan hidup sehari-hari masih belum mampu mengotakan perkara tersebut. Memang ini bukan manifesto yang boleh kita mungkiri, kerana ini adalah arahan daripada kitab suci yang wajib kita tepati! Di Malaysia Baharu ternyata sekali lagi “orang luar” menjadi contoh buat kita tentang cara mempertahankan agama dan bangsa.

Kita (Muslim) masyarakat teramai dan terbesar dalam negara sendiri tetapi masih belum dapat membereskan hal-hal dalam kelambu sendiri. Saat ditanya di mana Muslim, Mungkin yang boleh kita jawab ialah Muslim berada di persimpangan. Iaitu di suatu sudut yang kita sendiri tidak pasti di manakah keberadaan kita.

Meneladani Mahatma Gandhi

Terdapat 1001 kebaikan yang boleh dipelajari daripada kisah hidup Mohandas Karamchand Gandhi. Selalunya orang akan mengagumi Gandhi kerana cerita perjuangannya yang sangat hebat dalam menuntut kemerdekaan India. Kehebatannya bukan kerana beliau handal bertarung atau seorang kesatria yang berjaya membunuh ribuan nyawa Inggeris yang menjarah India.

Tetapi kekaguman orang terhadap Gandhi yang bertubuh kecil ini adalah kerana keupayaannya menggunakan “kelembutan” sebagai alat senjata untuk membebaskan bumi India daripada penguasaan kolonial British. Melalui jalur demonstrasi inilah Gandhi berjaya memacu kemerdekaan negaranya. Dengan caranya yang tersendiri ini, dunia telah menyenaraikan namanya sebanyak 5 kali (1937, 1938, 1939, 1947 dan 1948) sebagai calon penerima Anugerah Nobel Keamanan.

Dari sisi yang lain, mungkin ramai daripada pengkagum Gandhi tidak menyedari tentang suri teladan yang ditunjukkan beliau dalam aspek agama. Gandhi adalah satu susuk tubuh daripada kalangan non-Muslim yang membuktikan bahawa kerja-kerja mempertahankan agama bukan sahaja milik orang Islam. Hal ini diakui Hamka yang turut mencemburui cara Gandhi memperjuangkan agamanya. Haji Abdul Karim merupakan tokoh Nusantara yang acap kali berbicara tentang Gandhi sehingga diserunya supaya Gandhi dicemburui dan diteladani oleh Muslim.

Namun mengapa Gandhi sedangkan masih ramai tokoh Muslim diluar sana yang sepatutnya diserukan Hamka untuk dijadikan teladan? Menurut Hamka, Gandhi sangat berfahaman luas kerana kepercayaannya terhadap Isa, Muhammad dan kitab Veda. Namun jangan sesekali penganut agama lain cuba mencampuri urusan agamanya kerana Gandhi sanggup mati sekiranya Hindu disinggung.

Suatu ketika di India pernah berlaku kisah percintaan antara agama yang sangat romantis. Kisah percintaan ini terjalin di antara adik perempuan Yawaharlal Nehru (Mantan Perdana Menteri India yang pertama), Vijaya Laksmi Pandit dengan seorang pemimpin muda Islam bernama Dr. Syud Husain (Mantan Duta Besar India ke Mesir). Hubungan antara seorang Muslim dan seorang Hindu ini telah mendapat tentangan yang sangat hebat daripada keluarga dan saudara seagama. Namun kekangan yang wujud ini sedikit pun tidak diendahkan oleh wanita Hindu ini.

Sekalipun dipujuk oleh abang dan ayahnya, Vijaya sudah tidak dapat lagi memalingkan rasa cintanya yang mendalam terhadap Husain. Hubungan yang terjalin ini kemudiannya sampai ke pengetahuan Gandhi dan tanpa berlengah beliau segera menemui Viyaya. Sampai sahaja dihadapan wanita tersebut, Gandhi segera melutut dan meniarap dihujung kaki putri jelita tersebut dan bersumpah untuk tidak mengangkat kepalanya walaupun seinci selagi Vijaya tidak berjanji untuk membatalkan perkahwinannya dengan lelaki Muslim tersebut. Hatinya yang sebelum ini hanya setia dengan pujuk rayu Husain kini telah berubah arah dan menjadi lembut selembutnya setelah mendengar pujukan Gandhi sehingga akhirnya beliau bersetuju untuk mebatalkan perkahwinannya dan mendirikan rumah tangga dengan seorang pemuda Hindu yang dipilih sendiri oleh Gandhi.

Vijaya Laksmi Pandit. Sumber daripada https://en.wikipedia.org/wiki/Vijaya_Lakshmi_Pandit
Dr. Syud Hosain. Sumber daripada http://maddy06.blogspot.com/2013/03/dr-syud-hossain-true-patriot.html

Begitulah hebatnya Gandhi saat agamanya cuba disinggung, diusik dan dicemari. Meskipun cara yang dilakukan oleh beliau kelihatan sangat lemah lembut dan berperikemanusiaan, namun dalam diam beliau seolah-olah menghantar mesej yang keras supaya jangan diganggu dengan agama terbesar India iaitu Hindu. Gandhi dan seisi perlakuannya di India harus diteladani oleh orang Islam di Malaysia kerana antara dia dan kita terdapat banyak persamaan.

Di India, Gandhi adalah seorang penduduk asal India dan penganut Hindu yang menjadi agama rasmi di sana, sama seperti orang Melayu dan Islam yang berada di Malaysia. Persamaan yang dikongsi ini menuntut supaya kita lebih berani mempertahan dan memperjuangkan hak Melayu-Muslim seperti yang ditunjukkan oleh Gandhi.

Orang majoriti jangan lagi risau atau takut untuk dilabel rasis dalam perjuangan mendaulatkan hak yang sepatutnya kita miliki. Dalam Malaysia Baharu ini kita harus lebih menunjukkan jati diri dengan orang-orang yang cuba menghakis hak yang selama ini menjadi milik kita dan menjaga ketinggian agama. Semoga semua orang Islam di Malaysia mengerti dan memahami hal ini.

Bacaan Lanjut:

Fathi Yakan. 1983. Apa Ertinya Saya Menganut Islam, terj. Pustaka Salam: Kuala Lumpur.

Hamka. 2003. Ghirah, Cemburu & Kebencian Terhadap Islam. Pustaka Dini: Kuala Lumpur.

https://www.nobelprize.org/nobel_prizes/themes/peace/gandhi/

https://www.spr.gov.my

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/05/11/jumlah-pengundi/

http://urdufigures.blogspot.com/2010/02/syed-hussain-man-behind-motilal-nehrus.html

https://praheladprajapati.wordpress.com/2016/08/31/nehru-gandhi-family-unknown-shocking-facts-about-love-affairs/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.