Kami meneliti hujah yang dipamerkan oleh Tun Mahathir dalam menolak dasar penterjemahan sebagai batu kebangkitan sebuah tamadun, tetapi tetap berkeras dalam mempertahankan dasar PPSMI sebagai dasar terbaik dalam menjadikan bangsa Melayu celik sains dan matematik. Ini dapat dilihat dalam keratan artikel beliau di bawah:
Tun berhujah bahawa kita tak akan mampu menterjemahkan karya-karya dari Bahasa Inggeris, dan lebih menyarankan kepada belajar ilmu dalam bahasa asing. Kata Tun, kita tidaklah pakar dalam bidang sains dan teknologi untuk mampu membuatkan terjemahan ini. Tun kemudiannya memberikan contoh yang salah dalam sejarah yang memanggil kami menegur Tun. Contoh sejarah Tun adalah salah sama sekali!
Sesungguhnya orang Arab dulu bukanlah mereka tunggu pakar dulu baru mereka terjemahkan ke dalam bahasa mereka. Orang ARAB melakukan TERJEMAHAN PUKAL dari zaman RASHIDUN dahulu sehinggalah kemuncaknya pada zaman ABBASIYAH, mereka mencapai KEGEMILANGAN SAINS DAN TEKNOLOGI.
Sebenarnya pada zaman Khalifah Muawiyah daripada Dinasti Umaiyyah sendiri proses terjemahan ini berlakunya. Sahabat nabi ini sudah mula mengumpulkan karya-karya ilmu ketika menjadi gabenor di Damsyik. Khalifah Muawiyah jadi gabenor pada sekitar 639–661 Masihi.
Pada ketika itu, Muawiyah mengarahkan karya tersebut diterjemahkan dan ditempatkan dalam perpustakaan yang digelar sebagai Baitul Hikmah (berbeza dengan Baitul Hikmah ketika era Abbasiyah).
Contoh yang paling diingati pada zaman Umaiyyah ini ialah pada zaman Khalifah Malik bin Marwan. Betapa pada zamannya, proses penterjemahan karya-karya seperti perubatan dan astrologi dari Yunani mula mengambil alih.
Pada zaman Abbasiyah, Khalifah Al Mansur memerintah pada tahun 754 – 775 Masihi, bertanggungjawab memindahkan pusat pemerintahan daripada Damsyik ke Baghdad. Ketika sampai ke tanah Parsi ini, mereka bertemu dengan segala isi perpustakaan agung tinggalan Dinasti Sasanid iaitu Akademi Gundishapur.
Antara khazanah akademi ini mereka menyimpan rekod-rekod dari tamadun India yang merangkumi perubatan, matematik, dan falsafah India. Khalifah Al-Mansur tidak mengarahkan akademi ini dihancurkan, bahkan menyuruh segala isi ilmunya diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab.
Baitul Hikmah yang asalnya ditubuhkan untuk menterjemahkan karya-karya sains, falsafah, matematik dan teknologi ke dalam Bahasa Arab dibina pada tahun sekitar pemerintahan Khalifah Harun Ar-Rashid yang pemerintahannya pada tahun 786 – 809 Masihi.
Dan tokoh-tokoh Islam yang hebat seperti di bawah lahir:
Ibn Sina = 980 Masihi
Ibn Haytham = 965 Masihi
Ibn Rushd = 1126 Masihi
Ibn Khaldun = 1332 Masihi
Dan orang Arab tak tunggu insan sehebat Ibn Sina dan Ibn Haytham lahir baru mereka nak terjemahkan semua karya-karya tersebut. Mereka telah mulakan penterjemahan karya-karya tamadun luar seawal zaman Muawiyah pada tahun 639 Masihi, pada orang Arab masih belum kenal apa itu sains, matematik dan teknologi!
Kalau ikut logik Tun, ini bermaksud Tamadun Islam kena tunggu insan seperti Ibn Sina lahir dulu baru terus buat kerja penterjemahan ini! Kalau ikut logik Tun, apa yang khalifah-khalifah Islam dok buat masa awal tu adalah tidak patut sebab masa tu orang Islam masih ketinggalan!
Kalau Tun sendiri akui bahawa kerja terjemahan ini bukanlah mudah, kenapa Tun tak mulakan 20 tahun dulu ketika Tun menjadi seorang perdana Menteri? Kenapa sampai 2020 masih belum ada gerakan terjemahan besar-besaran?
Tun, ketahuilah bahawa sesungguhnya Tamadun Jepun yang tun banggakan itu bermula dengan proses penterjemahan ilmu ketika zaman Mikado Meiji, dan akhirnya bangkit mengaum. Mikado Meiji melakukan gerakan terjemahan ini ketika orang Jepun kenal roket pun tidak!
Tun, ketahuilah bahawa tiada tamadun yang bangkit dengan belajar ilmu dalam bahasa lain. Semuanya bermula dengan proses terjemahan ilmu ke dalam bahasa ibunda mereka lalu mereka kembangkan lagi ilmu tersebut!
Betapa Abbasiyah kenal dengan terjemahan inilah umat Islam boleh bangkit, mereka berikan jongkong emas kepada para penterjemah karya asing ke Bahasa Arab. Dan berat jongkong itu akan diberikan sama banyak dengan berat buku yang mereka terjemahkan.
Kenapa tidak sahaja kita Malaysia memulakan GERAKAN PENTERJEMAHAN GERGASI seperti mana JEPUN, ABBASIYAH dan TAMADUN-TAMADUN ASING LAIN? Ini sesuatu yang pentadbiran Tun dan juga pemimpin selepas itu gagal!
Dan betapa orang Eropah tak belajar Bahasa Arab untuk mereka memahirkan diri mereka dalam sains, bangkit dari zaman kegelapan. Seperti mana orang Arab terjemahkan karya-karya tamadun lain ke dalam bahasa mereka, orang Eropah terjemahkan pula karya-karya Bahasa Arab ke dalam Bahasa Latin, dan bahasa-bahasa ibunda Eropah yang lain!
Barulah selepas itu, zaman Renaissance yang memperlihatkan begitu banyak sarjana-sarjana agung lahir di Eropah bermula! Ianya bukan proses pemaksaan Eropah belajar sains dan matematik dalam Bahasa Arab!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih