Penulis akan dahulukan artikel ini dengan menegaskan bahawa ini adalah artikel yang ditulis berdasarkan pendapat peribadi, tetapi penulis mengambil kira kepentingan dalam membincangkan perkara yang begitu besar sebegini.

Jika sebelum ini kebanyakan artikel-artikel The Patriots cenderung tidak memihak pendapat pembaca apabila melibatkan topik tentang Empayar Uthmaniyyah, berikutan pendedahan tentang beberapa sisi gelap Turki yang jarang diketahui umum, kali ini penulis tampil mempertahankan tindakan Uthmaniyyah mengambil alih kuasa dari Kesultanan Mamluk di Mesir.

Setelah dikatakan bahawa ia didasarkan daripada peristiwa dan kejadian yang sahih, tetapi apa yang kita ramalkan dari kemungkinan melalui data asli, ia tetap bergantung pada sudut pandangan kita – sependapat atau tidak, kita semua pasti mempunyai pandangan yang berat sebelah.

Mungkin penulis akan meneliti topik ini dari sudut pandang yang agak Ottoman-sentrik, namun itu tidak bermaksud untuk menafikan sumbangan Kesultanan Mamluk dalam sebahagian besar sejarah mereka, terutamanya dalam P*rang Ayn Jalut yang berjaya menyekat kemaraan Mongol.

Oleh itu, kita akan mulakan dengan pengenalan latar belakang yang ringkas untuk memahami karakteristik dan mentaliti Uthmaniyyah, yang secara keseluruhannya kekal konsisten dalam sebahagian besar pemerintahan mereka.

AWAL KEBANGKITAN UTHMANIYYAH

Ertugrul Gazi bersama anggota sukunya yang terdiri dari 400 orang dari suku Kayi diberikan dua bidang tanah oleh Sultan Alâeddin Kayqubad, Sultan Seljuk ketika itu, sebagai membalas jasa atas bantuan ketent*raan pemuda Kayi yang gagah berani.

Söğüt adalah penempatan musim sejuk mereka dan dataran tinggi Domaniç yang berhampiran digunakan ketika musim panas. Suku Kayi sudah berada ribuan batu jauhnya dari tanah air nenek moyang mereka di Khorasan dan kini ditempatkan sebagai salah satu pentadbiran beylik Anatolia di sudut yang paling barat.

Keupayaan ketent*raan pengikut-pengikut Ertugrul yang strategik dan serba boleh menunjukkan kepada Seljuk bahawa suku Kayi adalah pihak yang paling sesuai untuk dijadikan barisan pertahanan hadapan tepat di muka pintu sempadan Byzantine dan negara-negara Eropah yang lain.Kawasan persempadanan yang adakalanya berbalas s*rangan dan pencerobohan ini adalah wilayah yang unik dan menarik antara dua empayar kerana ia memiliki desa-desa orang Muslim dan Kristian yang saling berdampingan atau petani Yunani dan Turki dengan tanah yang diusahakan masing-masing saling bersebelahan.

Semasa waktu aman damai yang lebih banyak dinikmati berbanding waktu p*rang, budaya, masakan dan juga bahasa akan bercampur. Orang-orang Kayi adalah orang Turkik berdasarkan budaya-bahasa mereka dan Muslim berdasarkan kepercayaan rohaniah mereka. Walaupun mereka tidak berminat untuk terlibat dalam sebarang konflik, mereka masih ada hak untuk mempertahankan diri sendiri dan cara hidup mereka.

Konflik pertama yang dilakukan oleh Ertugrul Gazi ketika merdeka dari Seljuk adalah mengamankan daerah Bilecik, yang sering dis*rbu oleh peny*mun dan penjar*h. Penduduk Bilecik yang bukan Islam seringkali meminta bantuan dari suku Kayi untuk mendapatkan perlindungan.

Selama bertahun-tahun Ertugrul Gazi menguatkan pengaruhnya di Söğüt, majoriti waktunya dihabiskan dalam keadaan damai dan menjalinkan hubungan yang baik dengan para tekfur yang berdekatan (gabenor tempatan Byzantine).

Walaupun mereka telah menunjukkan keunggulan ketent*raan mereka terhadap pemerintah bukan Islam, mereka tidak mensasarkan kekuatan mereka untuk kepentingan yang sia-sia. Oleh itu, resolusi damai sentiasa menjadi kaedah yang lebih baik daripada berk*nflik pada waktu yang salah.

Oleh itu, Empayar Uthmaniyyah tidak semestinya sebuah empayar yang ekspansionis atau satu-satunya matlamat mereka adalah untuk menj*jah wilayah sebanyak mana yang boleh, di mana ia merupakan keputusan yang bijak pernah dilakukan Ertugrul dan penerusnya, Osman Gazi.

Bahkan Genghis Khan dan Napoleon sendiri menyedari bahawa semakin cepat sebuah empayar meluaskan kuasa dan sempadannya, ia juga akan jatuh secepat ia diperoleh.

PANDANGAN NEGARA JIRAN TENTANG UTHMANIYYAH

Uthmaniyyah mengutamakan keselamatan sempadan mereka dan menyediakan keselamatan bagi para penduduk yang tinggal dibawah kedaulatan mereka tanpa mengira perbezaan etnik dan agama mereka.

Sekiranya mengamankan sempadan sendiri juga turut sama melindungi negara jiran, maka ia hasil daripada perjanjian-perjanjian damai, sementara jika dengan beylik-beylik lain, ia biasa dilakukan melalui ikatan perkahwinan.

Uthmaniyyah menawarkan laluan perdagangan yang sangat ekonomik dan wilayah-wilayah kejiranannya agak cenderung menyukai pendekatan Uthmaniyyah, mereka yang mengambil kesempatan terhadap rakan dagang yang lebih lemah dengan menetapkan nilai cukai yang lebih tinggi akan tunduk mengalah pada tekanan Uthmaniyyah.

Sultan Murad I yang telah mewarisi pemerintahan kerajaan kecil dari bapanya, Orhan Gazi, telah meluaskan tanah Uthmaniyyah lima kali ganda dalam waktu kurang dari 30 tahun pemerintahan, dia telah mengamankan tanah induk untuk memasukkan semenanjung Balkan dan memastikan keamanan dan keselamatan bagi rakyat di bawah perlindungannya.

Dia dengan mudah berjaya mengamankan seluruh Anatolia, namun dia tidak menganggap negara-negara Muslim yang lain sebagai anc*man terhadap kebebasan dan kepercayaan mereka. Namun, ketika Sultan Murad I sedang berkempen di Rumeli, pemimpin beylik Karamanid, Alâeddin Bey mengambil kesempatan menawan kvbu Uthmaniyyah di Beyşehir.

Murad amat kecewa tetapi tidak membalas dendam, sebaliknya dia membiarkan Karamanid mempertahankan kemerdekaan mereka di saat dia sebenarnya boleh saja dengan mudah mem*snahkan mereka. Setelah kem*tian Sultan Murad I, takhta Uthmaniyyah diwarisi puteranya Sultan Beyazid I, diperdaya dengan taktikal Mongol, Beyazid akhirnya kalah dalam P*rang Ankara dengan Empayar Timurid dan dirinya sendiri ditawan oleh Timurlane, pihak Karamanid lah yang telah membantu Timurlane dan demi meraih habuan secebis tanah wilayah Uthmaniyyah yang signifikan.

PEDOMAN UNTUK GENERASI BARU

Maksudnya di sini ialah Sultan Murad I tidak mengetahui apa yang akan terjadi setelah keputusannya mahu memaafkan pengkhianatan Karamanid, tetapi pengajaran telah diambil oleh Sultan-sultan berikutnya.

Inilah sebabnya mengapa penulis mengatakan bahawa maklumat itu ada dan sesiapa saja boleh merumuskan sendiri kesannya. Ia tidak semestinya sentiasa memerlukan sumber yang sahih untuk membuat teori mengapa Uthmaniyyah merasakan perlunya mewujudkan kawalan ke atas Kesultanan Mamluk.

Sejarah turut membuktikan bahawa, samada pesaingnya Muslim ataupun tidak, Uthmaniyyah tidak akan melancarkan s*rangan tanpa alasan kukuh, bahkan mereka adakalanya memberi peluang.

Tetapi kemungkinan besar, sikap terbuka sebegini sering membawa kepada akibat yang buruk dan pengajaran ini mungkin tidak mempengaruhi Sultan-sultan yang lain secara peribadi.

Sultan Murat I telah meninggal dunia dan Sultan Beyazid juga meninggal dunia semasa dalam tawanan, tetapi rakyat yang mereka lindungi terancam. Bukan ratusan, tetapi ribuan terjejas dan menderita, ditambah lagi dengan p*rang saudara selama sepuluh tahun, Uthmaniyyah hampir jatuh sepenuhnya, sehingga keputusan ini tidak lagi dipandang ringan, termasuklah peraturan berkaitan pewarisan takhta turut digubal.

Oleh itu, kita telah pun memahami karakteristik dan pendekatan yang diambil Uthmaniyyah, tetapi apa yang dilakukan oleh Mamluk hingga menimbulkan anc4man?

DOSA-DOSA KESULTANAN MAMLUK

Sebolehnya penulis tidak mahu memetik kesalahan pemerintah Mamluk, kerana pada masa yang aman, bahkan pemerintah yang teruk pun boleh mentadbir dengan baik dan ketika sebuah kerajaan lemah seorang pemerintah yang baik juga boleh membuat keputusan yang buruk. Tetapi jika merujuk pada sejarah, terdapat dua kejadian penting pernah berlaku lalu mengakibatkan Uthmaniyyah hilang kepercayaan terhadap Mamluk.Pertama, sejauh mana yang Mamluk peduli tentang situasi Cem Sultan dengan Sultan Beyazid, ia sepatutnya menjadi masalah dalaman bagi Uthmaniyyah yang tidak seharusnya Mamluk campur tangan. Dengan membuka laluan selamat untuk Cem Sultan menuju ke Mesir, mereka memperbesarkan masalah yang bakal mengakibatkan kesan buruk yang jauh lebih besar.

Cem Sultan dipergunakan oleh pihak Eropah untuk mengambil manfaat bagi menentang Uthmaniyyah, ditambah dengan fakta bahawa Uthmaniyyah tidak boleh terlalu bergantung kepada Mamluk dari segi kesetiaan mereka dalam usaha bersama untuk membantu umat Islam yang sedang ditindas di Andalusia.

Uthmaniyyah belum memiliki kekuatan penuh untuk membantu Andalusia, tetapi sekiranya Mamluk bertindak dengan benar sejak awal, usaha mereka bersama berpotensi besar melahirkan hasil yang berbeza di Semenanjung Iberia, mungkin Sepanyol masih lagi sebuah negeri Islam hingga ke hari ini.

Kedua, mereka bersekutu dengan Shah Ismail, pemerintah Empayar syiah Safawiyyah di Parsi yang sedang ditentang oleh Uthmaniyyah di Medan Timur. Mamluk jugalah yang membenarkan jalan bagi Shah Ismail menghantar delegasi mereka ke Venice bagi mengusulkan gabungan kerjasama untuk menentang Empayar Uthmaniyyah.

Itu adalah tindakan yang luar biasa lagi mengejutkan dilakukan oleh Kesultanan Mamluk kerana mereka lebih rela memilih bersekutu dengan kerajaan Syiah yang memer*ngi kerajaan Sunni, namun tindakan itu sebenarnya membun*h mereka sendiri dan menyebabkan kuasa beralih kepada Uthmaniyyah dengan lebih mudah, kerana majoriti masyarakat Sunni di Syria menyambut baik pemerintahan Uthmaniyyah. Boleh dikatakan, penyerahan tanah Mamluk kepada Uthmaniyyah sebahagian besarnya amat lancar dengan amat sedikit penglibatan pertemp*ran.

Juga, secara umumnya, Mamluk terbukti terlalu lemah untuk menahan kekuasaan Portugis yang merupakan kuasa yang masih baru muncul, terutamanya ketika al-Andalus telah jatuh, Portugis menjadi ancaman kepada laluan perdagangan penting di Timur Tengah yang sebelum itu memberi keuntungan kepada Uthmaniyyah dan Mamluk.

Dan yang lebih penting lagi, Portugis adalah ancaman terhadap tempat-tempat suci umat Islam yang kita semua tahu bahawa Kota Mekah pernah menjadi sasaran Afonso de Albuquerque, situasi ini menyebabkan Kesultanan Mamluk tidak mampu lagi melindungi perjalanan Jemaah Haji. Inilah sebabnya mengapa Uthmaniyyah disambut dengan tangan terbuka oleh umat Islam dan pemerintahan Khilafah mampu dijamin selama 400 tahun lagi.

Uthmaniyyah dan Mamluk boleh dianggap memiliki struktur yang serupa dan mempunyai tempoh jalinan persahabatan yang lebih panjang berbanding penentangan. Namun kebetulan pula salah satunya adalah empayar yang sedang berkembang sementara satu lagi ditakdirkan menuju penamat. Peralihan ini jelas berlaku secara semula jadi.

PRO DAN KONTRA

Ketika Sultan Beyazid meningg4l dunia, Sultan Mamluk, Qansuh al-Ghuri dikatakan telah memerintahkan solat dan bacaan doa untuk Beyazid diadakan di Masjid-masjid di seluruh Mesir. Namun dia sudah berusia ketika dia menghadapi Uthmaniyyah, dikatakan bahawa dia berjuang dengan gagah berani sebelum dia gugur. Setelah mendengar akan nasibnya, Yavuz Sultan Selim mendoakannya dan mengagihkan sedekah di Aleppo bagi pihaknya.

Sebaik sahaja Uthmaniyyah mengambil alih kuasa dan wilayah Mamluk, pentadbiran tempatan kekal berjalan seperti biasa dan masih diamanahkan kepada orang yang sama seperti sebelumnya.

Uthmaniyyah memberi kepercayaan besar kepada rakyat Mesir, mereka diberi dana untuk mengamankan laluan para jemaah Haji. Ketika kereta api Hejaz sedang disiapkan, orang bukan Islam tidak boleh memasuki Tanah Haram dan oleh itu orang-orang Mesir diberi hak istimewa untuk menyelesaikan tugasan menyiapkan landasan kereta api itu.Tidak mudah untuk melihat dua saudara seagama bertengkar dan lebih sukar untuk berpihak, tetapi dalam kaedah yang sama, Uthmaniyyah juga menganggap bahawa amalan fratricide yang menuntut nyawa sesama adik beradik merupakan produk sampingan yang diperlukan demi menjamin kemandirian kerajaan.

Dalam senario seperti ini, Mamluk menyukai Cem Sultan tetapi tanpa memahami situasi Uthmaniyyah, mereka telah masuk campur hingga keadaan menjadi tidak terkawal dan menyebabkan banyak k0rban jiwa.

Oleh itu, peristiwa ini dapat disahkan dengan mudah, pertemp*ran dan insiden berkaitan didokumentasikan samada dalam sumber barat dan Turki, malah Wikipedia juga boleh mengesahkannya dengan sumber yang tepat.

Oleh itu, nasihat penulis kepada mereka yang mahu sentiasa bergantung kepada sumber asli yang akan memberi anda penjelasan sebegini ialah anda harus tahu bagaimana hendak membuat kesimpulan secara alternatif berdasarkan ‘point-point’ penting dari sumber itu sendiri.

Bahkan mereka yang menentang campur tangan Uthmaniyyah terhadap Mesir berdasarkan pandangan yang bias pun tidak dapat menafikan apa yang akan berlaku sekiranya peristiwa yang berlaku sebelum itu boleh dihalang.

Akhirnya, sejarah Uthmaniyyah yang asli sebahagian besarnya dipelihara melalui tradisi lisan yang terperinci, setelah kejatuhan empayar, golongan Khanqah dan Sufi yang berkaitan dengan pelbagai tareqat membantu menyimpan sebarang catatan atau dokumen asli tentang sejarah Uthmaniyyah. Walaupun kini beberapa sumber Turki mempunyai sifat bias pasca Republik, tetapi ia masih tetap diperlukan sebagai rujukan silang.

RUJUKAN:

Cem Sultan: Ottoman Prince In The Heart Of Europe : https://youtu.be/3w9POQMt5jk

P.J. Brummet. (1994). Ottoman Seapower and Levantine Diplomacy in the Age of Discovery. Suny Press.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.