Aku baru selesai membaca satu jurnal berkaitan masalah ergonomik dan pemilihan beg galas yang dihadapi oleh para pendaki gunung dan pengembara. Jurnal kajian ini dijalankan untuk menganalisis beg galas dari sudut ergonomi, khususnya pengaruh penggunaan pada otot badan dan ketegangan otot jantung. Dua puluh pelajar yang gemar mendaki gunung dan aktiviti lasak menyertai kajian sebagai subjek.
Eksperimen ini dijalankan dalam Makmal Reka Bentuk Sistem Kerja dan Ergonomik, Jabatan Kejuruteraan Industri, Universiti Andalas, Sumatera Barat, Indonesia
Tiga jenis beg galas ( diberikan kod X, Y dan Z) telah digunakan dalam kajian ini. Dua beg buatan Indonesia (aku rasa Sunature dan Eiger) dan satu buatan Jerman (Deuter).
Setiap subjek mensimulasikan pendakian dengan berjalan selama sejam menggunakan mesin treadmill pada 3 km sejam dengan pelbagai sudut condong sambil menggalas setiap satu dari beg galas yang disediakan.
Ini menunjukkan bahawa penggunaan Beg Z memberi kesan kepada keletihan otot subjek. Punca keadaan ini boleh jadi kerana Beg Z tidak mempunyai sistem pelarasan torso. Ia juga mempunyai tali bahu dengan span lembut tetapi ia nipis jadi jika digunakan untuk masa yang lama, ia boleh memberi tekanan pada bahu dan menyebabkan kesakitan. Beg Z juga mempunyai tiada sistem pengudaraan yang menyebabkan rasa panas dibahagian belakang badan subjek.
Beg Y menyebabkan keletihan pada otot (fatigue) yang lebih rendah daripada Beg Z. Beg Y juga tidak mempunyai sistem penyesuaian ketinggian, jadi subjek dengan postur tidak sesuai akan berasa agak sakit selepas masa yang lama menggunakan beg.
Beg Y mempunyai span pada tali yang lebih tebal sehingga responden berasa panas semasa menggunakannya. Sistem pengudaraan berada di tengah beg galas, tetapi tertekan dan dihalang oleh pad span belakang, dan span dibahagian belakang basah dengan peluh subjek. Beg Y adalah beg berat berbanding dengan Beg X dan Z. Walau bagaimanapun, ia mempunyai bahan yang lebih kuat daripada Beg Z.
Kesimpulan daripada kajian
Memilih beg galas yang betul dan sesuai adalah sangat penting. Terlalu besar, anda akan memikul beban yang besar. Jika terlalu kecil, tak muat pula nak sumbat barang-barang. Banyak pilihan yang dijual di pasaran sebenarnya sampaikan kadang-kadang membuatkan kita pening nak pilih mana satu.
Apa yang paling penting? Keselesaan diri sendiri.
Dalam pada itu, antara perkara yang perlu diambil kira dalam pemilihan jenis beg galas adalah saiz dan material, reka bentuk bingkai beg galas dan juga sistem tambahan yang ada pada beg itu (sistem pengudaraan belakang, sistem penyesuaian ketinggian).
Dua masalah kesihatan yang sering dihadapi oleh para penggemar sukan lasak ini ialah pada bahagian pinggang dan bahu. Kesakitan pada bahu berpunca daripada tali beg yang nipis, beban yang terdorong ke belakang berpunca daripada pangkal tali tidak berada ditempat yang betul.
Kesakitan pada bahagian pinggang pula berpunca daripada ketiadaan sistem bingkai yang kuat untuk menyokong kedudukan tulang belakang. Beg galas yang mempunyai tali pinggang yang span atau padded sangat membantu untuk memberi keselesaan kepada anda sepanjang anda menggalas beg anda. Tali pinggang seperti ini akan memberikan sokongan dan akan membahagikan beban secara sama rata pada belakang anda.
Tambahan lagi, beg seperti ini meninggalkan sedikit ruang antara belakang tubuh dengan beg, membolehkan pergerakan udara keluar masuk. Kuranglah sikit panas dan peluh tidak terkumpul disitu.
Pada bahagian tulang belakang, terdapat satu organ penting dalam tubuh iaitu saraf tunjang. Kecederaaan pada organ ini boleh menyebabkan kelumpuhan dan hilang keupayaan untuk berdiri. Tubuh manusia juga disokong dengan sebatang tulang pada bahagian belakang tubuh.
Satu lagi bahagian tulang yang terlibat ialah tulang pinggul. Kecederaan pada bahagian ini disebabkan tekanan yang berterusan atau pergerakan mengilas tubuh secara berulang-ulang. Sama seperti diatas, kecederaan bahagian ini boleh menyebabkan hilang upaya untuk berdiri. Apa yang paling tak seronok ialah tak boleh tidur terbaring.
Setiap organ tubuh direka dengan fungsi tersendiri. Pastikan kita menjaga kesihatan anggota badan dengan baik.
Selamat mendaki gunung.
RUJUKAN:
- Hilma Raimona Zadry, Prima Fithri, Utari Triyanti and Difana Meilani (2017) An Ergonomic Evaluation Of Mountaineering Backpacks, Asian Research Publishing Network.
- Spinal cord injury: Hope through research. National Institute of Neurological Disorders and Stroke. https://www.ninds.nih.gov/Disorders/Patient-Caregiver-Education/Hope-Through-Research/Spinal-Cord-Injury-Hope-Through-Research. Accessed June 27, 2017.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih