Tular gambar sekeluarga gajah nyenyak tidur dalam keletihan. Itulah nasib gajah hari ini. Sesungguhnya gajah merupakan haiwan yang teruk dian.iayai.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Habitat mereka habis diterokai. Sumber makanan pula terjejas. Sesudahnya sesat masuk kampung, kena halau, pµkµl dan disuap mer.cµn (Gupta & Gan, 2020). Memang susah kalau gajah hanya selamat di zoo sahaja, tambah dengan zaman COVID-19 sekarang.

Nasib gajah ini sebenarnya adalah perkara biasa.

Gajah Afrika (Loxodanta Africana) sekarang diisytihar teran.cam (enda.ng.ered). Nasib lebih teruk menimpa gajah hutan Afrika (Loxondanta cyclotis), sekarang teruk dia.ncam (cri.t.ically enda.nge.red).

Tanpa kawalan, mereka akan pµpµs seperti spesis adaurora, atlantica, exoptata dan cookei.  Gajah Asia (elephas maximus) pun sama, sedang mer.ana di hutan sendiri.

Perbandingan antara dua jenis gajah.

Kekurangan populasi gajah boleh membawa masalah. Alam semulajadi amat bergantung pada gajah. Pertama sekali, gajah akan meran.apkan dahan atau pokok.

Walaupun nampak macam pero.sak, perbuatan ini sangat bagus untuk haiwan kecil atau serangga. Malah rusa pun mendapat manfaat kerana boleh mak.an daun segar.

Satu dua tiga… rem.pµh!

Lama-kelamaan, dahan tersebut akan rep.ut dan kemudian menjadi baja pada tanah (Lindsay, 2019).

Naj.is gajah pula merupakan sumber makanan kumbang, yang menjadi makanan kepada haiwan-haiwan lain seperti burung misalnya. Jadi tanpa gajah, seluruh ekosistem akan terjejas. Maka populasi gajah wajar diselamatkan.

Itulah azam harian seorang pengkaji bernama Joyce Poole. Pada tahun 1975, wanita ini mendapat peluang untuk belajar tentang gajah di Kenya. Poole bertemu dengan Cynthia Moss yang suka mengkaji tentang gajah betina sahaja.

Kata Moss, gajah jantan bosan. Jadi kerja bosan dibiar pada Poole. Dalam sekejap, Poole menimba pengalaman. Keringat Poole selama 46 tahun telah mengukuhkan ilmu saintifik tentang gajah jantan.

Joyce Poole.

Bersama suaminya Petter Granli, beliau mendidik masyarakat tentang pemuliharaan populasi gajah. Walau bagaimanapun, ada satu benda menarik tentang kajian beliau: bahasa di sebalik komunikasi gajah.

Deruman Belalai Yang Berbahasa

Gandingan Petter Grali dan Joyce Poole memang menjadi. Mereka saling melengkapkan antara satu sama lain, bagaikan pinang dibe.lah dua tetap satu luar dan dalam. Mereka telah mengumpulkan segalanya tentang Gajah Afrika.

Komunikasi dan tingkah laku merupakan dua perkara penting dalam kehidupan gajah. Dalam The Elephant Ethogram, mereka menceritakan segalanya: Kenapa gajah buat ini? Kenapa gajah buat itu?

Senang kata, The Elephant Ethogram menjadi kamus dwibahasa… cuma menafsirkan bahasa gajah untuk difahami manusia.

The Elephant Ethogram mula ditulis pada tahun 1982, selepas Poole menulis tesis untuk penyelidikan Ph.D. Kalau cakap pasal bunyi gajah, semua akan faham deruman trompet yang serba bising.

Sebenarnya, tidak. Poole mahu semua tahu yang gajah mampu mengeluarkan bunyi yang manusia tidak boleh dengar. Bunyi-bunyi ini pula ada maksud sendiri, yang mudah difahami kalau tengok tingkah laku mereka. Poole mengumpulkan 2,400 klip video untuk menjelaskan tentang tingkah laku gajah. Setiap satu ada makna sendiri.

Jelas sekali gajah ada lenggok bahasa yang sangat rumit, seolah-olah sama seperti manusia. Seorang lelaki mungkin tidak kisah hidup menyendiri.

Tetapi cakap hati kadangkala lain daripada cakap mulut. Entah-entah setiap kali kena friendzone, dia menangis di dalam. Perempuan pun tiada beza, kadang cakap saja lapar dan tidak kisah makan mana. Tetapi ajak satu demi satu kedai, semua habis tak mahu.

Nampaknya gajah pun tidak jauh. Isi hati mereka dalam juga. Setiap pergerakan perlu diambil kira, seperti cara telinga berhayun. Semua ada maksud, kerana gajah sangat pintar dan kreatif (cuma tidak berakal macam manusia).

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Semasa merenung, gajah sedang berfikir (dengan cara mereka). Seekor gajah yang merenung memanglah nampak macam tidak berbuat apa-apa. Tetapi sebenarnya, gajah tersebut sedang bercakap.

Ada masanya, gajah akan bercakap tentang pengalamannya dengan manusia. Tempat-tempat merbah.aya pun akan dikongsi sesama gajah.

Hidup berkongsi membawa ilmu baru kepada gajah lain. Mereka mendengar, belajar dan bertindak ikut cita rasa sendiri. Itulah contoh bahasa gajah, sesuatu yang belum difahami sehinggalah Poole melengkapkan hasil kajiannya.

RUJUKAN:

Gupta, S., & Gan, N. (2020, Jun 4). Elephant in Kerala (ditapiskan) after suspected (ditapiskan) hidden in fruit (ditapiskan) in her mouth. CNN.

Lindsay, K. (2019, Februari 22). What would happen if there were no elephants? African Elephant Journal.

Morell, V. (2021, Mei 25). What are elephants really ‘saying’? First-ever library reveals communication mysteries. National Geographic.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.