Sebut sahaja mengenai Hang Tuah, ramai puak Chauvinist, Chola dan pseudo-sejarah akan mula berdendang bahawa pahlawan Melayu ini merupakan bangsa cina. Mereka mempunyai hujah mereka untuk mengatakan bahawa Hang Tuah adalah daripada bangsa cina. Justeru artikel ini akan berbentuk Q&A, di mana setiap soalan akan direka berdasarkan hujah-hujah mereka

Soalan: Hang bukan nama biasa yang digunakan oleh orang Melayu. Hanya Hang Tuah lima bersaudara dalam sejarah yang bernama Hang. Nama bangsa Melayu tidak mempunyai nama keluarga. Kalau nama ayah akan dibinkan. Jadi tak logic kalau Hang Tuah, dan terdapat orang lain yang turut berkongsi nama Hang.

Jadi, nama Hang yang sebenarnya ialah Hang Too Ah. Nama Hnag Jebat ialah Hang Jew Fat. Nama Hang Lekir ialah Hang Liew Kier. Nama Lekiu ialah Hang Lee Kiew. Jadi, Hang itu ialah nama keluarga cina.

Jawapan: Hei, saya tahu anda yang cuna menulis sejarah Melayu ni tentu tak pernah bergaul dengan orang Melayu? Pandai-pandai jer buat kesimpulan macam tu. Pernah berkawan dengan orang Melayu tak? Kalau tak, meh sini saya ajar anda apa itu budaya Melayu.

Di sesetengah negeri terdapat orang Melayu yang berkongsi nama depan yang sama. Di Kelantan, nama seperti Nik dan Wan selalu digunakan. Nama seperti Daeng pula terkenal di kalangan masyarakat Melayu Bugis. Nama seperti Raden ialah nama yang selalu digunakan oleh masyarakat jawa. Meor pula nama yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu Perak. Masyakat Melayu-Arab pula terkenal dengan nama Syed dan Syarifah di hadapan pangkal nama mereka.

Dan sekali lagi saya tekankan, jangan bercakap mengenai soal Melayu kalau anda tidak pernah bergaul dengan kami. Terdapat banyak lagi Melayu di zaman Melaka yang turut menggunakan nama pangkal Hang. Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Nadim, Hang Hasan, dan Hang Hussin? Untuk pengetahuan saudara juga, nama Hang ini juga merupakan gelaran yang diberikan oleh Istana Melaka pada waktu itu, seperti mana istilah Dato’ pada hari ini.

Soalan: Tiada rekod mengenai kewujudan Hang Tuah dalam sejarah Melayu sebelum kedatangan Hang Li Po. Jadi jelaslah bahawa Hang Tuah itu di bawa oleh Hang Li Po.

Jawapan: Benarkah sedemikian? Pernah baca Sulalatus Salatin dengan Hikayat Hang Tuah? Pernah dengar kisah Hang Tuah menyelamatkan Bendahara daripada orang mengamuk? Pernah dengar kisah Hang Tuah dan para sahabatnya membunuh lanun? Buka balik buku sejarah.

Kalau dirujuk sumber sejarah utama, iaitu Hikayat Hang Tuah yang banyak menceritakan mengenai Hang Tuah, kisah bagaimana Hang Tuah dan para sahabatnya. Ketika kanak-kanak dahulu, Hang Tuah dan para sahabat telah ke laut menggunakan perahu lading. Berlaku adegan kejar mengejar antara Hang Tuah dan lanun yang mengejar perahu Hang Tuah. Sampai sahaja di darat, maka Hang Tuah telah bertikam dengan sang lanun dan pertempuran itu telah membuatkan Hang Tuah menang.

Antara bukti lain ialah kisah Hang Tuah menewaskan orang mengamuk masih terkemas dalam rekod sejarah. Kisah bagaimana Hang Tuah menyelamatkan Bendahara Tun Perak dan bagaimana Hang Tuah menghadap Sultan Melaka. Kisah Hang Tuah menewaskan lanun-lanun ketika mengembara pada usia muda dan kecil merupakan bukti bahawa Hang Tuah sudah wujud lama sebelum kedatangan Hang Li Po.

Soalan: Tapi… ada orang cakap yang nama Tuah, Jebat, Kasturi, Lekiu, dan Lekir itu dicinakan. Tiada makna dalam bahasa Melayu. Betul ke?

Jawapan: Nama tuah bermaksud bernasib baik. Masakan ada yang bodoh percaya bahawa nama Tuah itu dimelayukan daripada Too Ah? Nama Jebat dalam bahasa Melayu bermaksud bau badan. Pernah dengar tak ungkapan “baunya seperti jebat musang”. Masakan ada yang mengatakan bahawa nama Jebat itu daripada Jee Fat? Kasturi pula ialah nama haruman. Semua orang tahu tu. Lekir pula datang daripada nama ubi. Lekiu pula datang daripada bahasa Melayu lama yang bermaksud lekit.

Soalan: Tapi macam mana Puteri Hang Li Po boleh ada nama Hang?

Jawapan: Senang sahaja jawapan saya. Hang ialah gelaran yang diberikan oleh Sultan Melaka. Pada asalnya nama Hang Li Po ialah nama puteri itu. Hang ialah gelaran yang diberikan oleh Sultan Mansur Shah.

Soalan: Saya tak puas hati lagi dengan bukti bahawa Hang Tuah itu Melayu!

Jawapan: Wah mencabar nampak. Tak apa… kan saya kata salah satu sumber yang menceritakan tentang Hang Tuah ialah Hikayat Hang Tuah bukan? Ini ada keratan dalam HHT sendiri yang membicarakan Kemelayuan Hang Tuah.

Dalam Hikayat Hang Tuah terdapat petikan di dalamnya yang menyebut dengan jelas tentang nama Melayu. Antaranya ketika peristiwa Hang Tuah vs Samurai Jepun.

“Maka titah Phra Chau, `Hai pendekar, engkau aku titahkan bermain pedang dengan utusan Melayu ini.`

Maka kata Jepun itu, `Berapa puloh orang Melayu itu? Jika sa-orang dua bukan lawan patek.”

Ketika Hang Tuah berkunjung ke sebuah empayar yang pernah berdiri di negara India, ada juga dipetik nama Melayu di dalamnya ketika dia terpaksa bertempur dengan pahlawan hebat Empayar Vijayanagara dan menewaskan pahlawan itu:

“Maka baginda pun menyuroh memanggil pendekar yang tahu terlalu sa-kali pada bermain pedang dan perisai. Maka titah Kisna Rayan, `Hai pendekar, engkau hendak ku-surohkan bertuju dengan Laksamana Hulubalang Melayu.` Maka sembah pendekar itu, `Daulat tuanku, berapa puloh hulubalang Melayu itu akan bertuju dengan patek? Jika sa-orang dua, bukan lawan patik…”

Soalan: Ya, Hang Tuah bukan cina. Tapi, apa bukti Hang Tuah itu wujud?

Jawapan: Kajian-kajian daripada majoriti sarjana di Malaysia bersetuju akan kewujudan Hang Tuah. Mereka membuat rujukan silang dengan manuskrip-manuskrip dari Ryukyu, serta bukti-bukti sejarah dari India, Portugis, Turki dan seumpama dengannya. Walaupun ada yang menolak akan kewujudan Hang Tuah, namun secara majoriti di Malaysia, kebanyakannya mengatakan bahawa laksamana agung orang Melayu ini memang wujud dalam sejarah! 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

17 Comments

  1. Akmal Zarin on

    Salam saudara Helmi. Saya pelajar MA Ketamadunan dari UPM. Saya sedang membuat thesis berkaitan dengan Strategi Diplomatik Hang Tuah. Jadi jika tidak keberatan, di mana saya boleh mencari maklumat yang lebih lanjut mengenai Hang Tuah ini selain daripada Sulalatus Salatin, Hikayat Hang Tuah dan Hang Tuah Catatan Okinawa? Terima kasih.

  2. Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden. Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah ialah Orang Jakun (Windstedt, 1935). Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.

  3. Hang Tuah ialah Cina lah bodoh……..semua masyarakat melayu yang ada nama hang ambil nama daripada budaya cina…….dulu ada banyak orang cina di negeri negeri melayu….sebab perdagangan…..

    • Jason.. Hang Tuah tu sememangnya Melayu. Orang Cina datang Berdangang tak bermaksud Gelaran Hang tu adalah Nama Cina. Artikel ni ada menceritakan Hang Hang lain yang ada di Melaka. Melayu ada Banyak gelaran gelaran lain Juga, seperti Tun, Tan sri, Dang, Daeng, Tengku. Wan, dan Macam macam lagi.

    • Cina macam Jason ni mana tau sejarah melaka. Li Poh tu pun bukan Puteri Raja pasal sir name dia bukan sir name Raja Ming yang mengunakan Qin. Hang tu title pebesar istana Melaka atau orang istana. Ini semua kerja cina DAP yang berhasrat hendak menghapus sejarah melayu di tanah melayu sendiri. Agenda kotor pendatang.

    • Hang bodo…tu nama cina
      Hang tuah adalah satu gelaran
      Itu satu tanda orng suka menggelarkan pada seseorang melayu
      Daeng merpawah nama melayu
      Apa yg apa nklagi hampa ubah sejarah
      Klu dah tak tau sejarah tak payah cerita

      • Bodoh bila tgok cina sbuk nak claim tanah melayu ni org cina da tinggal dulu..dia lupa kot nnek moyg dia diangkut british dtg sni dan xdpt trima hakikat keturunan pendatang…ko bljr sejarah dri bgsa ko mmg la ko bodoh ..sejrah dri artikel mlayu smua dy kata palsu…hbis tu xkn sjrah dri bgsa dia je betul???choiiii laaaa

  4. Haha very interesting. Hang Melayu atau Hang Cina semuanya salah. Negeri Cina tidak wujuh sehingga 1915. Melayu tidak wujud sehingga sehingga perpecahan dan perkauman yang dikelolakan akibat politik.

    Sebelum Cina, orang Cina adalah orang Han, orang Manchu dan lain lain yang kemudian di rumpunan kepada kumpulan Cina.
    Sebelum Melayu, orang Melayu adalah Malay, Dayak, Bugis, Jawa, dan lain lain. Mengikut sejarah Melayu tidak pernah wujud, yang wujud hanyalah orang Malay atau tanah Malaya yang masih kekal namanya di, Thailand, Filipina, Myanmar.

    Hang adalah nama keluarga, sesungguhnya Hang Tuah dan saudaranya seketurunan Cheng Ho maka tidak hairanlah mereka mempunyai nama Islam. Cheng Ho telah menyebarkan Islam melalui keimanan takwanya yang terpesona. Namun dia tidak pernah diiktiraf dalam sejarah Malaysia walaupun dia diiktiraf di meranta tempat termasuklah di Indonesia.

    Kalau yang berkata hang atau aku, saya cuma boleh mengulas tuan harus membuka mindanya lebih sebelum menolak. Mana boleh disamakan gelaran Hang dengannya hang kamu. Sebagai metaphor bahasa Malaysia “nasi” adalah makanan tetapi “nasi” dalam bahasa China adalah “ambil tahi” .

    Apa yang benar hanyalah tuhan yang tahu. Bagi saya Cina atau Melayu adalah insan yang tidak ada bezanya. Hanya tuhan yang jadikan kita bervariasi supaya kita tidak sunyi, supaya kita dapat kenal mengenali sesama sendiri, namun banyak yang suka berzakan sesama manusia untuk kepentingan tersendiri.

    • Encik Asrul.. Subliminal betul Cara encik Asrul menulis.. apa pasal, Encik Asrul Berceramah menentang sifat perkauman?, lepas tu Mengiyakan pula Klaim klaim mereka(cina malaysia) yang tak berpendidikan tu…. Mereka nak putar belitkan sejarah, Kenapalah meyokong…
      Hang adalah suatu Title yang dipakai di Melaka. Ada banyak lagi title lain.

      Hang Tuah bukan keturunan cheng Ho. Ayah Hang tuah juga adalah antara orang yang mempunyai Gelaran Hang di Melaka. Nama Ayah Hang Tuah adalah “Hang Muhammad”, Ayah Hang Muhammad ditulis sebagai orang melayu Indonesia. Mak Hang Tuah pula Bernama “Dang Merduwati” Orang Melayu Riau Bintan. Adoi. Letih, Artikel ni sudahpun memberi Hujah Yang cukup. Takkan masih lagi Nak mengada ngada? Hang Tuah memang Orang Melayu. Bukan Orang Cina. Orang CIna Malaysia Yang cemburu sangat kenapa….

      “hang” adalah gelaran Melaka. Ada banyak Hang lain. seperti Hang Nadim, Hang Ali, Hang Kasturi dan sebagainya.

  5. Masuk dari negeri lain nun jauh disana, datang ke tanah Melayu, dibiarkan berhidup, berdagang ,minta pula tempat beribadah, tempat pengkebumian, tidak cukup juga, minta tempat bersekolah anak-anak. Membina kehidupan, kekayaan, dan juga berkuasa…Tidak lagi bersyukur, meminta kesamarataan hak(berpolitik) dengan peribumi, Betul-betul tidak pernah mengenal erti syukur, Raja-raja dan Agung dipertikaikan juga..betapa rakusnya mereka, berkuasa di tanah asing, satu persatu diminta, ditunaikan…terpekik terlolong mahukan negeri asing ini, mengutuk pemimpin asal penuh jijik…sekarang malahan sejarah juga mahu dijarahnya. terang-terangan Hang Tuah dibilang Hang Too Ah..bukanlah perkauman, cuma ingin memperkenalkan apa itu erti BERSYUKUR dan berpijak di bumi yang nyata…dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung…ini MALAYsia negara tercinta, sama-sama kita jaga, baik buruk kita yang tanggung, jangan biarkan tangan lain menjahanamkan negara..Islam agamaku, MALAYsia negaraku…

  6. cukuplah mengambil tanah dibuat rumah, tempat ibadah, tempat pengebumian, sekolah dan tempat berdagang…padahal datang dari negeri nun jauh disana…mempertikaikan pula kuasa Raja-Raja dan Agung…Sekarang, sejarah pula hendak dijarah…Hang Tuah dikata Hang Too Ah..? Islam agamaku MALAYsia negaraku…bukan rasis cuma ingin memperkenalkan SYUKUR kepada semua rakyat MALAYsia…

  7. Saya nak perbetulkan beberapa fakta…..Bapa Hang Tuah ni…berketurunan cina….dan emaknya Melayu…..berkulit putih kemerahan….Hang Jebat pula berketurunan Jawa…..Hang Lekir dan Hang Lekiu berketurunan Orang Asli…..manakala Hang Kasturi berketurunan Gujerat……Bapa Hang Tuah berketurunan Cina….tapi tak pasti bapanya generasi yang keberapa…….

    Gelaran Hang……macamana dapat gelaran tersebut…..berpunca dari Guru silat mereka yang berasal atau lama menetap di Utara…….Guru silat mereka juga bersusur galur dengan Wali Songo…..memang kebiasaan orang utara menggunakan panggilan Hang……dan akhirnya…melekat gelaran Hang….kepada 5 pahlawan ini…..

    Jadi jangan gaduh-gaduh…..walaupun Hang Tuah berketurunan Cina dari sebelah bapa…..jiwanya tetap Melayu……

Leave A Reply