Sesiapa yang pernah cuba mempelajari Teori Kenisbian Umum pastinya mempunyai pandangan yang sama: tahap matematik yang diperlukan untuk memahami Teori Kenisbian Umum adalah amat tinggi. Formula matematik yang dihasilkan oleh Einstein, dipanggil Persamaan Medan Einstein (Einstein Field Equation), amat susah difahami, bahkan untuk pemikir sezaman dengan Einstein.
Menurut cerita, sewaktu Einstein menghantar kertas kajian Teori Kenisbian Umum, Einstein takut dalam dunia ini, cuma ada 12 orang yang mampu untuk memahami matematik yang cuba dibina olehnya.
12 orang yang dimaksudkan oleh Einstein merupakan antara pakar-pakar dalam bidang matematik, dan antara calonnya ialah:
Alexander Friedmann
Marcel Grossmanna
Tullio Levi-Civita
Erwin Finlay-Freundlich
Gunnar Nordström
Hendrik Lorentz
Willem de Sitter
David Hilbert
Karl Schwarzschild
Dalam bahasa mudah untuk orang kebanyakan seperti kita, Persamaan Medan Einstein ini boleh diterangkan seperti berikut
“Space-time tells matter how to move, matter-energy tells space-time how to curve” – John Wheeler
Satu benda yang mungkin boleh dikongsi kepada pembaca adalah Persamaan Medan Einstein merupakan satu bentuk persamaan matematik. Secara mudahnya, persamaan ini merupakan persamaan matematik yang menghubungkaitkan antara saiz sesuatu jisim dengan ruang masa. Kalau ada jisim, maka ruang masa akan terlekuk, seperti yang boleh dilihat dari dalam gambar.
Maka, dari persamaan ini, macam buat matematik biasa (walaupun teramat susah), kita boleh cuba kira untuk objek dengan berat sekian-sekian dan saiz sekian-sekian, maka lekukan ruangmasa akan berbentuk sekian-sekian.
Sehingga hari ini, telah ada pelbagai jawapan bagi Persamaan Medan Einstein, namun jawapan yang berguna untuk menerangkan aspek fizikal dalam bidang astrofizik adalah agak sedikit, sebagai contoh, jawapan yang Einstein sendiri kira, dipanggil flat spacetime, berguna bagi menerangkan pergerakan planet Utarid. Jawapan yang diberi oleh Schwarzschild dan Kerr pula berguna bagi menerangkan lohong hitam, serta penyelasaian Friedmann berguna dalam bidang Kosmologi.
(Untuk bacaan lanjut mengenai jawapan kepada Persamaan Medan Einstein: http://strangebeautiful.com/other-texts/stephani-et-exact-solns-efe.pdf?fbclid=IwAR3baMcSWb0gkn7xwJ3ZImtL2wqX9Yf5VBfyvjcI8VD5TiCRln8FJz0C0BE)
Lohong hitam sebenarnya terbit akibat Persamaan Medan Einstein. Mengambil contoh mudah jawapan yang diberi oleh Schwarzschild, jawapan ini mengangganggap objek samawi kita dalam bentuk bulat, dengan formula sekian-sekian. Dari pemerhatian matematik, terdapat beberapa syarat di mana kalau saiz objek samawi kita adalah sekian-sekian, jawapan matematik yang kita kira (kalau kita tekan kalkulator), akan bagi nilai infiniti.
Eh, kenapa nilai infiniti pula?
Sama ada suka atau tidak, infiniti adalah satu konsep yang wujud dalam matematik, namun tidak teraplikasi dalam dunia sebenar. Maka berlaku banyak perbahasan pada zaman Einstein mengenai maksud sebenar infiniti hasil pengiraan matematik ini.
Pada hari ini, kita tahu bahawa andai kata nilai infiniti ini muncul daripada Persamaan Medan Einstein, kita boleh meneka bahawa hal ini pasti ada kaitan dengan lohong hitam.
Hakikatnya, lohong hitam dalam fizik, adalah sama seperti infiniti dalam matematik. Buat masa sekarang, kita masih belum meneka apa sebenarnya ciri sebenar yang ada bagi sesuatu lohong hitam, namun menurut No-Hair Theorem (yang bersandarkan teori klasik), lohong hitam sepatutnya boleh dikelaskan kepada beberapa kategori berdasarkan kepada jisim, cas elektrik dan momentum sudutan.
Kiranya, lohong hitam hanya terjadi untuk objek yang amat berat, dan ada jenis lohong hitam yang berputar (mengakibatkan wujudnya momentum sudutan) serta ada juga lohong hitam yang mempunyai cas elektrik, serta gabungan daripada ketiga-tiga ciri tersebut.
RUJUKAN:
THE COLLECTED PAPERS OF Albert Einstein. https://web.archive.org/web/20120204074848/http://www.alberteinstein.info/gallery/pdf/CP6Doc30_English_pp146-200.pdf
Einstein, Schwarzschild, the Perihelion Motion of Mercury and the Rotating Disk Story . https://arxiv.org/ftp/arxiv/papers/1411/1411.7370.pdf?fbclid=IwAR3_fXgSq1SOR0oVnrle26Tofcih9qqmqewuu84orZd2fz6jgGS1zgUcvH8
On the Gravitational Field of a Mass Point according to Einstein’s Theory. https://arxiv.org/pdf/physics/9905030.pdf?fbclid=IwAR11Nij79X6ihDLqfk_1GZvmpoWrZxGxelY6gVpOhO-is1sBqENA-5StnLw
ROCEEDINGS ‘OF THE, SECTION’ OF SCIENCES~ ://www.dwc.knaw.nl/DL/publications/PU00012325.pdf?fbclid=IwAR0HKW-BS3cMOFepCeJESreozF8voE65UyqkfWhJO4vlzK3618lpMRK3xDY
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih