Dalam setiap tamadun dan agama, ada saja panduan yang berkisar tentang alam barzakh. Bagi Tamadun Mesir Purba, terdapat satu kitab yang menjadi rujukan mereka bila membicarakan alam berkenaan iaitu Kitab Kema.ti.an.
Satu contoh Kitab Kema.tian Tamadun Mesir Purba ialah dokumen Papirus Ani yang disimpan di Jabatan Mesir dan Sudan, Muzium British. Artifak ini dibawa ke muzium pada akhir abad ke-19 oleh seorang pakar Mesir Purba British bernama Ernest Wallis Budge. Budge menggunakan orang tengah tempatan, merasuah pihak berkuasa dan menipu pihak Perancis yang bertanggungjawab menyelia ekskavasi dan membenarkan misi arkeologi negara-negara asing.
Sesiapa saja yang melihat dokumen itu tahu ia diperoleh dengan cara salah. Malah, sebelum Budge, pakar arkeologi Jerman Karl Richard Lepsius menggelar pengambilan teks berkenaan sebagai satu bentuk ‘pinjaman’ mengikut gambaran penduduk tempatan. Ini kerana ia merupakan cara bagi si ma.ti pada era Mesir Purba menyelesaikan perjalanannya ke alam barzakh menjelang matahari terbit.
Dokumen Papirus Ani milik seorang penulis diraja bernama Ani yang tinggal di Luxor atau nama antikuitinya Thebes. Thebes merupakan kota untuk Dewa Amon semasa era pemerintahan Firaun Ramses II sekitar 1250 SM. Dokumen itu merupakan pasport Ani untuk menempuh perjalanan ke alam barzakh.
Setiap kali pakar-pakar arkeologi membuat ekskavasi di tapak-tapak perkuburan, makam atau bandaraya Mesir Purba, mereka pasti akan menjumpai dokumen sama berhampiran dengan keranda dan ma.ya.t si ma.ti. Inskripsi Kitab Kema.ti.an ini bertujuan memberi ketenangan dan jaminan kepada si ma.ti yang mencari keabadian dan keamanan.
Kitab Kema.ti.an berperanan sebagai pencerita pengalaman empirikal di mana alam barzakh ialah tempat bagi si ma.ti mendapat ganjaran atau dihukum. Dua figura menjadi teras utama iaitu Dewa Osiris dan Dewa Anubis.
Mengikut mitologi Mesir Purba, Osiris dan isterinya Dewi Isis memerintah Mesir dengan penuh makmur. Tetapi kedudukannya sebagai raja dicemburui kekandanya Dewa Set sehingga mendorongnya merampas kuasa dan membu.nu.h Osiris. Isis memilih untuk kekal setia lalu mencari ma.ya.t suaminya yang dirosakkan dan menyatukannya semula. Osiris hidup seketika bagi membolehkan isterinya itu mengandung dan melahirkan putera mereka, Horus.
Selepas mencecah usia dewasa, Horus membalas dendam dengan menyingkirkan bapa saudaranya Set sebagai pemerintah Mesir Purba. Susulan itu, Horus muncul sebagai pemerintah baru Mesir Purba dengan ayahandanya Osiris kekal sebagai pemerintah alam kema.ti.an. Dengan menjadikan Osiris sebagai lambang takdir, ia menunjukkan keadilan sentiasa ditegakkan kepada si ma.ti walaupun di alam barzakh.
Anubis pula merupakan dewa Mesir Purba berkepala anjing yang bertanggungjawab memantau proses pengawetan si ma.ti. Selain itu, Anubis turut berperanan sebagai pengawal makam dan mumia serta membimbing si ma.ti semasa di alam barzakh.
Satu bahagian Kitab Kema.ti.an utama ialah upacara menimbang hati manusia. Ia akan ditimbang pada satu timbangan dengan helaian bulu pada satu bahagian yang lain. Timbangan ini atau Ma-at merupakan lambang keadilan, keamanan dan harmoni serta berlawanan dengan kekacauan. Semakin ringan hati si ma.ti itu, semakin dekatlah ia dengan Ma-at.
Upacara ini sebenarnya ingin menilai sama ada si ma.ti menjalani kehidupan yang baik atau sebaliknya. Hati merupakan otot dan menyimpan memori kepada semua tindakan moral manusia. Mengikut tradisi Mesir Purba, hati kebiasaannya dibiarkan kekal dalam mumia. Hati mengikut kepercayaan mereka melambangkan kesedaran manusia, berbeza dengan zaman moden yang menjadikan otak sebagai tempat kesedaran manusia.
Sebelum hati manusia ditimbang, si ma.ti akan memasuki Dewan Penghakiman atau Dewan Kebenaran. Di sini, si ma.ti akan dipersembahkan dengan senarai kejahatan yang dilakukannya semasa di dunia dan membuat pengakuan di hadapan Osiris, dewa-dewi Mesir Purba dan 42 orang penilai.
Dengan melihat Papirus Ani, kita dapat melihat senarai je.na.yah yang dilakukan Ani iaitu mencuri, melanggar kod etika, memfitnah dan membu.n.uh. Bila diminta membuat pengakuan, dia menegaskan dirinya tidak bersalah untuk semua pertuduhan.
Kebiasaannya, pengakhiran setiap sesi soal jawab bersifat mententeramkan dan memaafkan. Tetapi adakalanya, si ma.ti yang malang menyaksikan hatinya dimakan oleh makhluk berkepala buaya yang dipanggil Ammit dan dihalang daripada menaiki tingkat syurga yang lebih tinggi. Dalam kes Ani, Ammit rupa-rupanya sedang mengintai peluang mendapatkannya.
Kitab Kema.ti.an juga sebenarnya ingatan kepada warga Mesir Purba bahawa dewa-dewi mereka tidak akan terpedaya dengan tipu helah murahan. Sebaliknya, azimat dan mentera-mentera tertentu yang diletakkan berhampiran dengan si ma.ti akan berbisik tentang apa yang perlu diperkatakan, ke mana hendak pergi dan bagaimana berinteraksi dengan dewa-dewi sekiranya terlupa. Sementara ahli keluarga dan rakan-rakan si ma.ti pula membuat korban bagi memastikan si ma.ti sentiasa mempunyai bekalan di alam sana.
RUJUKAN:
Abdessamad, Farah. (2021, 16 Ogos). From Osiris to Ammut: How Ancient Egyptian DITAPIS rituals carry a timeless message. Middle East Eye.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih