Inikah dia
Yang ku impikan
Dalam lambaian firdausi
Kali ini ku harapkan
Bukan fatamorgana lagi
Jiwa lama bersengketa
Sedang hakikatnya kita sama-sama redha
Hati hamba dah sedia
Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi
Sepertimu
Aku juga pernah persoalkan kekuatan batinku
Dalam seribu kekalutan ku cinta
Dalam sejuta resah ku cinta jua
Dalam mimpi ngeri aku lihat cinta
Dalam rasa paling rendah ku angkat cinta
Rinduku bukanlah kemurahan
Jika mahu dianggapkan mainan
Kau tanya bilangan namamu ku sebut
jawapnya hanya sekali lafaz tak terputus
Cinta ku yang ku maksudkan
Seperti buih-buih di milik lautan
Seperti nafas yang meresapi badan
Seperti kenangan yang tak pernah luput selamanya
Lirik lagu diatas ialah lagu Tujuh Nafas Lagi nyanyian M. Nasir.
M. Nasir punya metafora dalam lagu memang di skala yang berbeza dengan artis lain. Setiap lagu ditafsir dengan pelbagai pandangan. Setiap perkataan mempunyai maksud yang indah, setiap bait ayat perlu diteliti untuk faham apa sebenarnya yang mahu disampaikan.
Baru ni aku layan lagu Pening Raya nyanyian M.Nasir dan Salih Yaacob. Ada dua baris ayat yang menarik hati aku.
“Tak mungkin semalam kau mimpi
Dipatuk ular lagi.”
Bila dicari maksud mimpi dipatuk ular, barulah aku faham M. Nasir perli Salih Yaacob pasal nak kahwin lagi atau tambah cawangan. Lepas tu ada suara Salih Yaacob di belakang,
“Merepeklah kau Nasir.”
Jadi ini tafsiran lagu Tujuh Nafas Lagi mengikut sedap tekak aku.
Rangkap pertama.
Lagu ini mengisahkan seorang lelaki yang nak berkahwin. Semua lelaki menginginkan perkahwinan. Kehidupan selepas perkahwinan ialah satu bentuk syurga dunia buat dua insan bercinta, itulah yang dikatakan lambaian firdausi. Firdausi merujuk kepada syurga melalui istilah perkataan arab.
Lelaki itu juga harapkan perkahwinan itu benar akan terjadi, bukan lagi sebuah percintaan yang gagal atau pun penipuan melalui khayalan. Fatamorgana dalam rangkap pertama merujuk kepada sebuah khayalan (kamus dewan bahasa dan pustaka).
Rangkap kedua.
Kedua lelaki dan perempuan ini mempunyai rasa ragu-ragu dalam keputusan yang mereka buat. Tetapi mereka redha dan tawakal untuk sama-sama menghadapi kehidupan selepas kahwin. Tujuh nafas lagi pada akhir rangkap ini boleh ditafsir dengan macam-macam pendapat.
Tujuh lapis/tahap iman.
Tujuh tahap nafsu.
Tujuh peringkat kehidupan seseorang manusia. Bermula dengan alam ruh, kemudian memasuk alam rahim, kemudian dunia, alam kubur atau sinonim dengan alam barzakh, kemudian hari kiamat, hari hisab amalan dan akhir sekali ialah alam di mana manusia itu dibalas dengan perbuatan sepanjang kehidupannya di dunia/ hari pembalasan.
Tujuh nafas dalam rangkap ini juga seolah menceritakan betapa singkatnya masa yang tinggal sebelum mereka berdua berkahwin.
Rangkap ketiga.
Lelaki ini ragu-ragu dengan tahap keimanannya dalam menempuhi kehidupan memikul tanggungjawab sebagai suami. Tapi lumrah orang bercinta, dalam kekalutan itu membuatkan hati semakin tekad. Walau seribu dugaan, hati tetap tidak berganjak. Dia juga sering membayangkan betapa susah dan payah selepas berkahwin. Dalam rasa rendah diri, lelaki ini mengangkat cinta pada kekasihnya. Ayat terakhir rangkap ini juga memberikan tafsiran yang cinta kekasihnya tidak melebihi Tuhan dan pesuruhnya, ibu bapa dan terakhir kekasihnya.
Rangkap keempat.
Rindu dan cinta lelaki ini bukanlah mainan. Bukan sekadar ungkapan tanpa perasaan. Jika kekasihnya bertanya berapa banyak kali namanya disebut, tujuh nafas lagi memberi maksud setiap detik dia menyebut nama gadis itu dalam hati. Kira tidak pernah seminit dia melupakan gadis itu. Akan tetapi, tujuh nafas lagi juga merujuk kepada tujuh tahap kehidupan, dalam dia tenggelam dalam cinta, lelaki ini tidak leka dengan dunia.
Rangkap kelima.
Cintanya kepada kekasihnya tidak disangkal lagi. Bagai buih dilautan, kalau rajin bolehlah pergi kira buih tu. Bagai nafas yang meresapi badan, sentiasa diperlukan untuk terus bernyawa.
Tapi lagu ni banyak pendapat dan tafsiran. Ada juga yang berpendapat lagu ini tentang kesufian lelaki dalam lirik itu. Cinta yang dimaksudkan juga merujuk cinta kepada tuhan yang esa. Setiap minit menyebut nama tuhan, kecintaan kepada tuhan bagaikan buih dilautan dan tidak akan mampu terus hidup jika tidak dikurniakan nikmat nafas yang dihembus.
Akhir kata…
Seperti kenangan yang tak pernah luput selamanya…
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih