Belum sempat menarik nafas tahun baru, sudah ada isu yang sangat besar. Kerajaan Malaysia dibawah Dr Mahathir Mohamad sebelum ini telah menangguhkan projek kereta api laju (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura.
Pada 31 Mei 2020, Malaysia dan Singapura bersetuju untuk menangguhkan lagi projek ini hingga 31 Disember 2020. Menjelang saja 1 Januari 2021, projek ini kiranya terbatal.
Itulah rumusan paling mudah untuk menjelaskan apa yang telah berlaku. Kedua-dua kerajaan gagal di meja rundingan. Malaysia mahu mengubahkan haluan, yang ditolak Singapura (Rashvinjeet, 2021).
Katanya Malaysia mahu menjimatkan kos, oleh kerana COVID-19. Tetapi sekarang ini jangankan kos – Malaysia perlu membayar pampasan dijangka RM310 juta (Hasimi, 2021).
Memahami Projek HSR
Dunia sekarang ini mahu mengurangkan kebergantungan pada penerbangan udara. Terlalu banyak masa terpaksa diluangkan sebelum sebuah pesawat berlepas.
Contohnya, perjalanan ke lapangan terbang mungkin memakan masa (begitu juga perjalanan ke stesen kereta api).
Tetapi perbezaannya, stesen kereta api tidak perlu ada tempoh singgahan seperti stesen kereta api.
Dan kelebihan stesen kereta api pula lebih menguntungkan kawasan bandar yang tiada lapangan terbang.
Sebab itulah laluan HSR asalnya diseddiakan lapan stesen – Kuala Lumpur, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, Iskandar Putri dan akhirnya Singapura (Hakem, 2020).
Kos untuk memenuhi 350 kilometer ini dijangka antara RM60 bilion hingga RM70 bilion.
Seringkali kos ini dikatakan tinggi, padahal harganya sangat munasabah kerana kerajaan tidak perlu berbelanja setiap tahun. Hanya sekali untuk membina, kemudian penyelenggaraan.
Limpahan ekonomi daripada projek ini pula jauh lebih menjaminkan. Pelancongan akan melonjak. Bukan setakat pelancong Singapura.
Sesiapa yang mendarat di Singapura, tidak kisah warga negara mana sekalipun, boleh menaiki HSR untuk mengunjungi Malaysia.
HSR juga merangsangkan potensi pembangunan di Bandar Malaysia yang dijangka bernilai RM140 bilion.
Jadi buah fikrah Najib Razak sebenarnya mudah – berbelanja lebih satu dua tahun, meraih manfaat tiga empat dekad.
Tidak mungkin sebuah negara boleh berkembang maju tanpa berbelanja.
Dari segi jangka masa panjang, ekonomi Malaysia menerima limpahan bertrilion dolar yang boleh menjaminkan keberkesanan dan keuntungan bersama.
Tambah pula dengan Singapura sebagai hab perdagangan global. Dengan adanya HSR, manfaat Malaysia melimpah kepada Singapura… dan manfaat Singapura melimpah pada Malaysia, yakni semangat muhibah yang menggalakkan pembangunan bersama.
Terlalu Banyak Persepsi
Kerajaan Malaysia secara zahirnya tidak membatalkan projek ini. Sebaliknya Putrajaya menggantikan HSR KL-Singapura dengan sebuah projek rel Kuala Lumpur ke Johor Bahru.
Peralihan ini sangatlah tidak munasabah, ekoran kos tidak begitu berbeza. Padahal ketika ini Malaysia sudahpun menyediakan laluan berkembar ETS daripada Kuala Lumpur hingga Johor Bahru.
Jadi HSR KL-JB ibaratkan sedang bersaing dengan apa yang sudah tersedia (dijangka siap tahun 2021 ini).
Peralihan ini juga menimbulkan pelbagai jenis persepsi. Jika ETS sudah ada, kenapa perlu ada HSR lagi?
Kepimpinan Negara Yang Menghairankan
Malaysia sekarang ini sedang dibadai dengan dua masalah: COVID-19 dan sikap kerajaan yang suka flip-flop. Dua masalah ini telah memburukkan nama negara pada mata pelabur.
Inilah sebab utama kenapa Malaysia terlepas pelabur-pelabur besar seperti Amazon, Google dan Tesla pada tangan Indonesia (FMT Reporters, 2020).
Singapura berjaya menyuburkan politik tempatan yang berazam untuk membangunkan ekonomi negara. Mencapai kemajuan sahaja tidak cukup buat Singapura – mereka mahu menambah baik lagi.
Malaysia pula sedang kecoh secara berlebihan tentang perkara-perkara tidak relevan: kos terlalu tinggi.
Sedangkan inilah negara yang membina dua menara tinggi dan mengalihkan pusat pentadbiran dengan cita-cita tinggi untuk menggapai kemajuan.
Amat aneh apabila pemimpin yang sama merencanakan kejatuhan dari segi cita-cita.
Setakat ini Jepun sudah banyak dipinang sebagai contoh ikutan. Jepun sendiri mempunyai kereta api begitu laju yang berjaya merancakkan pertumbuhan negara.
Dengan adanya projek seperti HSR, jangan pelik jika penduduk separa bandar dan bandar kecil selamba berulang-alik dengan bandar raya megah. Menetap di Ayer Keroh tetapi bekerja di Kuala Lumpur atau Singapura.
Hari ini impian sebegini sudah dimasukkan dalam bakul sampah… hanya kerana ingin menjimatkan kos. Malaysia telah meletakkan beberapa tapak ke belakang, sementara Indonesia dan Thailand maju ke hadapan.
RUJUKAN:
FMT Reporters. (2020, Disember 14). ‘What’s happening?’ Najib asks as Google, Amazon and Tesla pick Indonesia. FMT.
Hakem, H. (2020, Disember 21). Rail problem with HSR project. The Sun Daily.
Hasimi, M. (2021, Januari 1). Batal HSR: Najib dakwa Malaysia perlu bayar pampasan sekitar RM310 juta kepada Singapura. Astro Awani.
Rashvinjeet, S.B. (2021, Januari 1),. Malaysia, Singapore terminate HSR project. The Star Online.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih