Aku tak boleh tidur malam memikirkan hujah yang dibawa oleh Siti Kasim. Bukan sebab hujah dia bernas, tapi sebab hujah dia dangkal. Dia ada menulis di The Star berkenaan perletakan jawatan Menteri Pendidikan, dan dia senaraikan beberapa benda yang perlu dibuat untuk menjadikan Malaysia maju, dengan mengambil Singapura sebagai contoh.

.

Di sini aku sertakan hujah balas kepada hujah asal Siti Kasim, dan mohon perbetulkan kalau ada salah.

.

Point Pertama: Singapura maju sebab Singapura guna bahasa Inggeris.

.

Dalam point ini, Siti Kasim tekankan bahawa salah satu sebab kemajuan Singapura adalah kerana tiada orang yang beretorik “memartabatkan” sesuatu bahasa. Sebaliknya di Singapura, mereka menggunapakai sistem satu bahasa – Bahasa Inggeris, dan hal ini memudahkan akses mereka kepada medium ilmu yang luas dan terkini.

.

Kau boleh kesan apa kedangkalan hujah dia?

.

Bahasa Malaysia tiada nilai ilmu ke?

.

Masalah sebenar yang patut ditekankan oleh Siti Kasim adalah – kenapa Malaysia tidak mampu mengikut jejak langkah Singapura, seragamkan sistem pendidikan dan gunapakai satu sahaja sistem bahasa dalam proses pendidikan – Bahasa Malaysia?

.

Kalau nak banding dengan sistem yang wujud di Singapura yang berteraskan satu identiti, dah ada banyak sangat identiti pendidikan di Malaysia ni sebenarnya. Kau masuk sekolah kebangsaan, kau belajar dalam bahasa melayu. Masuk kelas sains, belajar bahasa inggeris. Masuk SJK, belajar bahasa SJK tu.

.

Benda macam ni, selain tak mampu menyatupadukan masyarakat, juga tak mampu memupuk masyarakat dengan satu identiti, dan pertukaran pandangan dan ideologi akan berlaku dengan amat minimum.

.

Jadi kenapa aku sarankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar? Sebab yang amat jelas, sebab kita semua orang Malaysia. Di saat kita masih tercari-cari identiti nasional, kan ke elok kalau kita terapkan dekat anak-anak kita ini namanya menjadi orang Malaysia – mampu berbahasa Malaysia. Malulah kalau dah 60 tahun jadi rakyat Malaysia tapi ringgit pun tak reti nak sebut.

.

Satu lagi sebab kenapa aku usulkan Bahasa Malaysia adalah kerana dalam aspek ilmu, penterjemahan merupakan salah satu kunci kepada bermulanya zaman keemasan sesuatu tamadun. Hakikat ilmu bukanlah untuk diterima dan ditelan mentah-mentah. Ilmu perlu melalui proses dan validasi, dan andaikata kita mengambil bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu, orang kita akan berusaha menterjemah karya luar, dan sewaktu penterjemahan tersebut sendiri, segala bentuk ilmu yang diterjemah itu akan melalui proses validasi kali kedua – sesuatu yang kita tak akan jumpa kalau kita ambil ilmu secara terus dari bahasa Inggeris.

.

Ya, kaedah ini akan memakan masa, tapi kita nak kejar apa? Tahun 2020 dah sampai, dan kita masih di sini. Sekurang-kurangnya dengan mengambil bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu kita, kita akan mampu membina identiti kita sendiri, dan pada masa yang sama, penterjemahan karya-karya ilmiah juga membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat.

.

Point Kedua: Sekularisasi Pendidikan.

.

Mengambil kata-kata Albert Einstein, Siti Kasim mengatakan bahawa pendidikan dan agama perlu dipisahkan. Agama merupakan satu indoktrin, kerana ia menghentikan manusia dari berfikir.

.

Tidakkah Siti Kasim tahu bahawa ada satu agama yang sememangnya menyuruh umatnya untuk tidak berhenti berfikir?

.

Kak, tujuan uama pendidikan adalah untuk membolehkan manusia berfikir, dan hal ini sebenarnya selaras dengan apa yang ditekankan oleh Islam. Yang menjadi percanggahan masa kini adalah dalam perbahasan perkara ghaib – perkara yang sememangnya tidak mampu dicerap oleh objek fizikal – dan disitulah agama menjadi panduan untuk kita.

.

Benda ni biar yang ahli je yang bincang. Orang awam sebenarnya lagi elok kalau mampu lihat perkara ni dari kaca mata yang berbeza.

.

Untuk memisahkan agama dengan pendidikan secara total adalah satu kebodohan, kerana untuk mendapat agama sendiri kita perlu melalui jalan pendidikan.

.

Aku tak nampak langsung apa perlunya dia letakkan point sekularisme perlu dalam proses pendidikan. Apa masalahnya kalau kau diajar untuk berminda saintifik, pada masa yang sama masih mempunyai keyakinan terhadap wujudnya tuhan?

.

Point Ketiga: Sains.

.

Sains, tidak dinafikan, membawa kepada kemajuan yang kita ada sekarang. Tanpa bantuan sains, kita mungkin masih lagi hidup dalam zaman 60-an, dengan penuh kemunduran. Maka aku akui argument Siti Kasim untuk membina masyarakat yang berminda saintifik merupakan salah satu matlamat kita, akibat dari point nombor 2 (sekularisasi ilmu), aku mampu membaca bahawa matlamat akhir yang ingin Siti Kasim tuju adalah masyarakat yang berminda saintifik semata-mata.

.

Hal ini sebenarnya adalah tidak holistik.

.

Menuju ke era baru, Revolusi Indutri 4.0 misalnya, ramai pemacu industri berpandangan bahawa kita perlu mula menerapkan nilai-nilai kemanusiaan dalam masyarakat kita. Nilai kemanusiaan ini termasuklah nilai adab, moral dan agama yang menjadikan manusia itu manusia.

.

Kita mampu lihat di banyak negara-negara maju, yang rakyatknya berminda saintifik, Jepun contohnya, meskipun mereka mengecap kemajuan yang pesat dalam bidang sains, namun akibat daripada masyarakat mereka yang terlalu berpaksikan materialistik, kadar bunuh diri di Jepun adalah amat tinggi. Hal ini memberi indikasi bahawa meskipun kita mampu mencapai kemajuan, namun hilangnya manusia dan kemanusiaan yang memacu kemajuan itu juga akan membawa kepada bencana dalam masyarakat.

.

Apa solusi yang ingin aku ketengahkan?

.

Pengislaman ilmu.

.hH

Idea pengislaman ilmu sebenarnya bukanlah idea baru, sebaliknya ia adalah bertujuan untuk membentuk satu world-view yang tidak saja meliputi sains dan kemajuan duniawi, namun juga tidak melupakan aspek kemanusiaan dan menitikberatkan manusia dalam membentuk masyarakat Malaysia.

.

Mungkin ada yang akan meradang dengan idea Islamisasi Ilmu. Mana boleh, kita ada berbilang bangsa, kenapa perlu tekankan Islam kepada bangsa lain?

.

Itu sekadar pandangan. Mungkin Menteri Pendidikan yang baru boleh perhalusi benda ini dan perkenalkan pe-Malaysia-an ilmu? Kita tunggu.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.