“Ia memalukan untuk pihak berkuasa datang memeriksa sama ada solat ataupun tidak. Awak siapa untuk mengarahkan saya?” —Alan Azlan, terjemahan daripada Bahasa Inggeris.

Awal petikan video ini sudah nampak ada yang tak kena.

Seolah-olah solat tu perkara ringan. Apa rukun Islam yang kedua?

“Wahai Tuhanku! Jadikan daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenanlah doa permohonanku.” (QS Ibrahim 14:40).

Solat tu hak peribadi?

Rasulullah bersabda, “Sungguh ikatan Islam akan terurai simpul demi simpul. Setiap satu simpul terurai maka manusia akan bergantungan pada simpul berikutnya. Yang pertama kali terurai adalah masalah hukum dan yang paling akhir adalah sholat.” (HR Ahmad)

Maka benarlah sabda Nabi. Kita sudah di akhir zaman.

Hukum dilondehkan, solat dilecehkan.

Ya. Solat tu memang hal masing-masing. Tetapi, mungkin Alan terlepas pandang bahawa Nabi sangat bertegas tentang solat. Dari siapa Alan belajar solat kalau bukan daripada orang lain? Bukankah itu hasil peranan orang lain. Kalau masing-masing lepas tangan, rosaklah masyarakat. Kubur masing-masing, tapi masa tanam masuk lahat, Tok Adi jugak punya kerja.

Enakmen di Terengganu menimbulkan kegelisahan di hati puak liberal.

Individu Islam yang dikesan sengaja meninggalkan solat fardu di negeri ini boleh dihukum denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun. Mereka yang tiada alasan munasabah meninggalkan solat fardu boleh didakwa di bawah Seksyen 18, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana kesalahan tidak menunaikan sembahyang fardu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, “Bagi pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) pula, peringatan menerusi pelbagai medium termasuk bertulis, secara lisan melalui ceramah selain turun padang mendekati masyarakat terutama golongan remaja hari ini bagi memberi kesedaran dan mengingatkan kepada mereka tentang pentingnya menjaga solat fardu.”

Ketua Bahagian Penguatkuasa JHEAT, Nik Zuhaiza Ismail berkata, “Mungkin ada umat Islam yang seumur hidup tidak pernah solat. Menerusi penguatkuasaan ini secara tidak langsung akan membuatkan dia hadir ke masjid walaupun bukan secara sukarela dan siapa tahu hadirnya hidayah dan memberi kesedaran kepadanya.

Di bahagian penguatkuasaan, kami akan pastikan kempen kesedaran kepada umat Islam selari dengan penguatkuasaan yang diambil.”

Allah berfirman:
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (QS Taha 132)

Rasulullah bersabda, “Suruhlah anak-anakmu solat apabila usia mereka mencecah tujuh tahun (agar dia biasa melakukannya setelah dewasa) dan jika mereka enggan solat setelah usia mereka mencecah 10 tahun, pukullah mereka (dengan pukulan kasih sayang yang tidak menyakitkan). Juga asingkan juga tempat tidur antara mereka,” (HR Sunan Abu Dawud)

Jangan pula salah faham tentang maksud pukul dalam hadis ini. Ia cuma pukulan didik yang ringan seperti jentik bahu atau pulas telinga dan bukannya pukulan kasar yang meninggalkan parut fizikal atau emosi. Biar tegas di dunia, asal tidak menderita di akhirat.

Amar makruf nahi mungkar bukan hal remeh.

Allah berfirman:
Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik.” (QS al-Taubah:67).

Rasulullah bersabda, “Tiada satu kaum yang melakukan maksiat, sedangkan ada dikalangan mereka yang mampu mencegahnya, melainkan akan dibimbangi keseluruhan mereka akan ditimpa azab ke atas kesemuanya” (HR Abu Daud)

Al-Imam Ibn Hajar menegaskan bahawa, “Benar, seseorang tidak boleh melakukan tajassus (intipan) terhadap Muslim yang lain. Namun sekiranya sesuatu aduan telah dibuat dari orang yang dipercayai (thiqah), maka ia adalah sesuatu yang diharuskan bagi mencegah kemungkaran.”

Sedangkan daripada umur 7 tahun pun sudah dididik mengutamakan solat. Itu bapa dengan anak. Bagaimana pula pemerintah dengan rakyat. Sudah tentu punya tanggungjawab tertentu. Jangan menyangka bila azab murka Tuhan menimpa masyarakat, kita senang senang terlepas. Seorang dua buat pasal, semua dapat bala.

Allah berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (QS Nisa’: 59)

Majlis Agama Islam telah diberikan autoriti untuk mengajar masyarakat tentang Islam. Ianya berhak sebagai badan kerajaan di dalam public sphere. Autoriti berupaya membentuk pemikiran rakyat. Justeru, enakmen dan penguatkuasaan hukuman di bawahnya menjadi valid. Islam bukanlah tentang hukuman semata-mata. Jangan merendahkannya sebegitu rupa. Ianya adalah didikan agar masyarakat tidak menderitai kejahilan agama dan keruntuhan moral.

Rasulullah bersabda, “Shalat yang dirasakan berat bagi orang-orang munafik adalah shalat isya` dan shalat subuh, sekiranya mereka mengetahui keutamaannya, niscaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak. Sungguh aku berkeinginan untuk menyuruh seseorang sehingga shalat didirikan, kemudian kusuruh seseorang dan ia mengimami manusia, lalu aku bersama beberapa orang membawa kayu bakar untuk menjumpai suatu kaum yang tidak menghadiri shalat, lantas aku bakar rumah mereka.” (HR Muslim)

Rasulullah bersabda, “Menurut pendapat kami, tidaklah seseorang ketinggalan dari shalat (berjamaah di masjid), melainkan dia seorang munafik yang jelas kemunafikannya (munafik tulen).” (HR Muslim)

The Straw Man Fallacy

Seterusnya Azlan Razak mengalihkan perhatian daripada isu solat, kepada isu perceraian dan pengabaian nafkah. Ya, ini isu yang penting juga. Dan solat juga isu yang penting. Realitinya, di bahagian penguatkuasaan solat, ada penguatkuasanya. Di bidang mahkamah syariah, ada penguatkuasanya.

Hanya kerana Alan nak selesai satu masalah, mengapa biarkan masalah lain berleluasa. Ni tambah masalah namanya. Satu-satu la bro. Memang tak dinafikan masalah perceraian dan kebajikan ni penting, tapi tak payahlah sampai memandang ringan bab solat.

Solat itu sendiri mencegah kemungkaran. Sekaligus menjaga kebajikan.

Allah berfirman:
“Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar.” (QS. Al ‘Ankabut: 45).

“Ada seseorang yang pernah mendatangi Nabi. Ia berkata, “Ada seseorang yang biasa shalat di malam hari namun di pagi hari ia mencuri. Bagaimana seperti itu?” Beliau lantas berkata, “Shalat tersebut akan mencegah apa yang ia katakan.” (HR. Ahmad)

Kami faham Alan bercakap di sudut perundangan.

Tetapi, sebagai seorang muslim, apa pun pekerjaannya dia haruslah mengangkat kalamullah dan syariat di tahap yang tertinggi. Kewajiban kepada Tuhan pertama, kehendak makhluk-Nya yang kedua.

Jikalau pun di perundangan tiada hukum syariat, seorang muslim kena wujudkannya. Jikalau di perundangan sudah ada hukum syariat, seorang muslim harus perkemaskan pelaksanaannya. Muslim ada tanggungjawab kepada agama.

Peguam juga makhluk ciptaan Allah.

Sebagai hamba Allah, sedarlah semuanya milik Allah. Tunduk di bawah perintah-Nya.

Di akhir durasi video Alan Azlan, ia menampilkan pemikiran liberal yang lebih celaru. Kononnya Islam itu tidak bercakap, ia hanyalah interpretasi ulama’. Membimbangkan. Celaru habis. Memerlukan course lain yang khusus untuk menerangkan bab ini pula.

حي على الصلاة.
حي على الفلاح.
Dalam solat, ada kejayaan.

Konklusinya, pihak berkuasa tidak perlu menghentikan tarbiyah solat terhadap masyarakat awam. Sudah semestinya bukan dengan kekerasan, malahan dengan kasih sayang. Tanggungjawab kepada orang yang tidak solat, ialah memimpin tanggannya ke sejadah penuh lemah lembut untuk berwudhu’ dan bersujud.

Shollu ala Nabi.

Datuk Noh Gadut berkata, “Setelah hampir puluhan tahun memberi peringatan menerusi pelbagai medium termasuk bertulis, lisan dan sebagainya, ternyata ramai dalam kalangan umat Islam yang masih tidak mengendahkan amaran untuk melaksanakan perintah Allah SWT itu.

Tindakan yang dikenakan itu bertepatan dengan hadis Nabi SAW bermaksud: Sesiapa daripada kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah selemah-lemah iman.

Justeru, penguatkuasaan ini menunjukkan pihak berkuasa sebagai ulul amri (pemerintah) yang sayang kepada rakyatnya daripada mendapat kemurkaan Allah SWT dan dikhuatiri berlanjutan,”

Rujukan:
1. Quran
2. Hadith Nabawi
3. ML Studios. Korang rasa hal peribadi macam solat patut ke diperiksa dan dikenakan hukuman oleh jabatan agama? https://www.facebook.com/121541011848123/posts/269310720404484/
4. ML Studios. Video respond kepada video Tak Solat semalam. https://www.facebook.com/121541011848123/posts/269762447025978/
5. Dr Ahmad Sanusi. https://www.facebook.com/630358917301238/posts/779061165764345/
6. Kitaran berantai tak paksa didik solat. http://m.utusan.com.my/mega/agama/kitaran-berantai-tak-paksa-didik-solat-1.714490
7. Solat bukan kerana paksaan. http://m.utusan.com.my/mega/agama/solat-bukan-kerana-paksaan-1.93614
8. Menolak Hukum Allah Dan Mengabaikan Kewajiban Sholat. https://m.eramuslim.com/suara-langit/penetrasi-ideologi/menolak-hukum-allah-dan-mengabaikan-kewajiban-sholat.htm
9. TERENGGANU. Denda, penjara jika tak solat fardu. http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/terengganu/denda-penjara-jika-tak-solat-fardu-1.915893


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Comments are closed.