“In my whole life, I have known no wise people (over a broad subject matter area) who didn’t read all the time — none, zero.” – Charlie Munger

Susah nak jumpa orang pandai yang TIDAK membaca.

Mereka membaca bukan sebab mereka DAH pandai.

Mereka membaca untuk jadi LEBIH pandai.

Mereka membaca setiap hari. Mereka jadikan tabiat membaca sebagai rutin harian mereka.

Jadi, apa alasan kita TAK NAK membaca?

“Aku nak baca buku… Tapi takda masa nak baca. Dah la boring. Baru seminit baca dah start mengantuk. Macamana ek?”

Ini alasan biasa orang yang MALAS baca buku:

  1. Tak ada masa
  2. Bosan
  3. Mengantuk

Disebabkan 3 alasan ini, tak ramai yang amalkan tabiat membaca setiap hari.

Padahal mereka tahu membaca sangat penting.

Dalam artikel ini, saya akan terangkan 7 trik mudah untuk LAWAN alasan-alasan tersebut dan bina tabiat membaca buku.

#1 Blok masa tertentu KHAS untuk baca buku

Logiknya adalah:

Kita ada masa untuk makan…

Tapi kenapa kita tak ada masa untuk baca buku?

“Makan kan keperluan hidup. Mestilah hari-hari kena makan.”

Kenapa baca buku tak jadi keperluan hidup? Otak kita pun perlu ‘makan’ hari-hari.

Kan?

Sepatutnya, macamana kita blok masa kita untuk makan 3 kali setiap hari, macam tu jugaklah kita blok masa untuk baca buku.

Jangan membaca hanya pada masa lapang.

Membaca BUKAN hobi!

Membaca juga adalah keperluan hidup sama seperti makan.

Setuju?

Untuk permulaan:

Saya cadangkan anda blok masa anda SEBELUM TIDUR untuk baca buku.

Sebab masa itu, tak ada komitmen lain yang boleh ganggu FOKUS anda ketika membaca.

Anda praktikkan setiap hari…

…sampai anda rasa tak boleh tidur selagi BELUM baca buku.

#2 Letak buku di tempat mudah nampak

Dalam buku The Power of Habit tulisan Charles Duhigg, antara perkara penting dalam membina tabiat yang kuat adalah: CUE.

Cue bermaksud – satu perkara (masa, suasana, benda dsb) yang boleh trigger kita buat sesuatu.

Bermaksud, kalau kita nak bina tabiat membaca buku, kita perlu bina CUE yang kuat.

Dan tentu sekali, fizikal buku itu sendiri adalah CUE yang paling kuat.

Bila kita nampak buku, ia terus trigger kita untuk membaca.

Ingat:

Manusia mudah LUPA.

Kita letak buku di tempat kita mudah nampak untuk ingatkan kita – “Aku nak baca buku. SEKARANG!”

Anda boleh letak di:

  • Meja belajar/kerja
  • Sebelah katil
  • Meja ruang tamu
  • Atas laptop
  • Sebelah TV

Mana-mana tempat tak ada masalah asalkan mudah nampak dan mudah dicapai.

#3 Beli buku secara ‘bundle’

“Eh tak membazir ke beli buku banyak-banyak? Bukan baca semua pun…”

Tak pun.

Beli banyak buku akan trigger kita untuk banyak membaca.

Beli satu buku akan hanya trigger kita baca satu buku.

Kemudian?

Kita berhenti membaca sebab malas nak pergi kedai beli buku lain.

Saya ada banyak lagi buku yang tak dibaca.

Buku-buku tersebut saya susun cantik-cantik di atas meja tempat saya buat kerja.

Bila habis satu buku, saya akan terus capai buku baru.

Jadi, tabiat membaca saya tak terganggu.

#4 Letak sasaran mudah capai setiap hari

Tujuannya adalah untuk MUDAH BERMULA.

Masalah utama dengan apa-apa pun tabiat baru yang kita nak bina adalah: MULA.

Kita susah nak mula sebab kita terlalu optimis.

Optimis nak baca 10 mukasurat sehari padahal baru masuk mukasurat ke-2 mata dah mula mengantuk.

Optimis seperti ini boleh bunuh usaha kita nak bina tabiat membaca.

Untuk bina apa-apa tabiat yang kuat, kita perlu konsisten.

Sasaran yang kecil akan berikan kita perasaan Small Win – rasa seronok sebab dapat capai sasaran kecil yang kita letak.

Seronok akan buat kita ‘melekat’ dengan tabiat membaca setiap hari.

Letak sasaran kecil seperti ini:

  • Satu bab sehari
  • Satu helai sehari
  • Satu muka sehari

Bina momentum dahulu.

Biar kita biasa dengan rutin.

Biar kita seronok.

Bila dah konsisten baca setiap hari, baru naikkan sasaran.

#5 Baca buku secara AKTIF

Supaya ativiti membaca jadi seronok.

Membaca umpama interaksi kita dengan penulis.

Macam kita berinteraksi dengan orang lain, kita perlu tunjukkan minat dan kesungguhan kita untuk mendengar.

Macam tu juga dengan membaca.

Fahamkan apa yang penulis cuba sampaikan.

Kaitkan dengan apa yang kita DAH faham.

Elakkan membaca dalam keadaan meniarap atau baring.

Membaca perlu dalam keadaan SEDIA untuk serap segala ilmu daripada buku.

Bagaimana nak membaca secara AKTIF:

  • Baca dalam posisi duduk.
  • Sediakan pen dan highlight di sebelah.
  • Highlight poin-poin menarik dalam buku. Jika ada poin yang sangat penting, lipat hujung helai buku.
  • Tak perlu takut nak conteng apa-apa pada buku. Boleh guna bahagian kosong belah kiri/kanan untuk tulis apa-apa berkaitan isi.
  • Google istilah/nama/konsep yang kita tak tahu.

Nampak?

Kalau kita baca buku dengan AKTIF begini, tak lah kita mengantuk.

Kan?

#6 Hanya baca buku yang kita nak baca sahaja

Baca buku yang tak berkaitan akan buat kita bosan dan berhenti membaca.

Anda boleh guna peraturan Give it 50:

  • Baca 50 mukasurat.
  • Jangan skip.
  • Kalau rasa tak boleh ‘masuk’ dengan buku yang anda baca, letak tepi dan baca buku lain.

Peraturan ini akan pastikan kita hanya akan baca buku yang kita PERLU baca sahaja.

Tapi lebih baik, kita tapis siap-siap sebelum beli apa-apa buku.

Anda boleh buat 3 perkara ini untuk pastikan buku yang anda beli berbaloi untuk dibaca:

  • Semak isi kandungan dan kulit belakang buku.
  • Buat carian review Amazon dan Goodreads.
  • Pastikan mesej buku relevan dengan anda.

#7 Kongsi pemahaman bacaan kepada rakan-rakan

Berkongsi kepada rakan akan trigger kita untuk baca lebih banyak buku.

Kita faham sesuatu. Kita kongsi kepada rakan-rakan.

Mana tahu ada yang dapat manfaat.

Kita dapat pahala.

Kan seronok tu?

Berkongsi adalah salah satu cara untuk pastikan kita betul-betul faham dengan apa yang kita baca.

Bak kata atok Albert Einstein:

“If you can’t explain it simply, you don’t understand it well enough.”

Jadi, setiap kali kita faham sesuatu, cuba terangkan kepada rakan-rakan.

Berkongsi akan buat kita seronok untuk baca lebih banyak lagi.

Artikel dikirimkan oleh Halim Sallehuddin untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.