Baru-baru ini terdapat kajian berskala besar menunjukkan bahawa mereka yang memakan cendawan mengalami kekurangan risiko untuk mengalami despresi. Hubungan kedua-duanya tidak jelas dan penulis kajian cuma menyatakan bahawa data yang diperoleh harus diteliti dengan baik. Mungkin juga memakan cendawan tidak mendatangkan hasil yang diinginkan.

Namun begitu, kajian pemerhatian ini adalah yang terbesar yang pernah dilakukan bagi mengaitkan pemakanan cendawan dan despresi. Ini juga termasuk data berkenaan diet dan kesihatan mental dari lebih 24,000 orang warga AS yang diperoleh sejak tahun 2005 hingga 2016.

Kajian ini tidak nyatakan spesis cendawan yang berfungsi sedemikian, namun menurut ujian klinikal spesis cendawan Lion’s Mane (Hericium erinaceus) adalah cendawan tersebut. Kata saintis kesihatan dari Pennsylvania State University bernama Joshua Muscat, kajian ini akan menambahkan manfaat yang baik dalam memakan cendawan.

Spesis cendawan butang putih (Agaricus bisporus) adalah sejenis cendawan yang biasa dimakan oleh warga AS. Cendawan ini banyak dengan potassium yang dikatakan membantu kurangkan kegusaran. Cendawan lain yang boleh dimakan seperti Lion’s Mane memberikan manfaat dalam kesihatan otak, anti-keradangan, dan juga dikatakan mampu kurangkan despresi.

Tetapi kajian sains nutrisi adalah sulit untuk membuktikan kemampuan cendawan ini. Cendawan mempunyai banyak jenis vitamin, mineral, dan anti-oksidan yang mungkin mempunyai anti-despresi. Kajian lanjut harus dijalankan lebih teliti untuk membuktikannya melalui kajian molekul, klinikal, dan pola kesihatan.

Walau begitu, terdapat jenis anti-oksidan yang kuat bernama ergothioneine yang saintis perlu peka dalam kajian cendawan ini. Manusia hanya dapatkannya melalui diet dan cendawan mempunyai kandungan jenis anti-oksidan yang tinggi berbanding makanan segar lain.

Dalam kajian ke atas modul haiwan, anti-oksidan ditemui dalam menyeberang dinding saluran darah yang memisahkan otak dari bahagian tubuh lain. Dari sini, saintis andaikan bahawa ergothioneine mempunyai beberapa kesan ke atas kesihatan neuron.

Anti-oksidan ini juga berperanan penting dalam kesihatan usus, di mana neuronnya memberi kesan kepada mood seseorang. Adakah anti-oksidan ini memberikan kesan ke atas manusia, saintis masih mengkajinya dengan lanjut.

Menurut ahli epidemiologi (mengkaji penyakit) bernama Djibril Ba, cendawan mempunyai kandungan amino asid ergothioneine yange tinggi, sejenis anti-keradangan yang tidak dapat dihasilkan menjadi buatan manusia. Kandungan yang tinggi ini mampu kurangkan stress, sekaligus dapat kurangkan simptom despresi.

Namun, ini hanyalah andaian yang menyakinkan. Kajian lanjut diperlukan untuk mengkaji beberapa spesis cendawan yang berpotensi memberikan manfaat kesihatan kepada manusia.

Berbalik kepada kajian AS dari US National Health and Nutrition Examination Survey, pengkaji bertanya kepada para peserta berapa kali mereka memakan cendawan dalam 2 hari. Kemudian tahap despresi mereka diukur menggunakan borang pertanyaan kesihatan pesakit.

Perkaitan pemakanan cendawan dengan despresi mungkin dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti status sosial, ekonomi, risiko gaya hidup, kesihatan, dan penggunaan ubat-ubatan. Tambahan lagi, tidak semua orang mampu memakan cendawan. Ada yang alergik dan juga mereka yang berstatus rendah tidak mampu membeli cendawan. Keputusan nampak jelas jika kajian ini tumpukan perbandingan peserta yang memakan dan tidak memakan cendawan.

Dalam kajian ini, peserta yang kuat memakan cendawan tidak merasa apa-apa faedahnya. Pengkaji kemudian memberikan peserta hidangan cendawan dalam sehari dan seorang lain peserta diberikan hidangan warna merah atau daging juga dalam sehari. Keputusannya, keadaan kedua-dua peserta adalah normal, tidak menunjukkan tanda-tanda yang diingini.

Dari kajian ini jelas menunjukkan bahawa saintis masih tidak dapat temui perkaitan antara cendawan dan kesihatan mental. Tetapi ia berbaloi untuk melakukan kajian lanjut demi membuktikan bahawa kandungan dalam cendawan mampu membantu dalam kesihatan mental.

RUJUKAN:

Cassella, Carly. 1 January 2022. There’s Something About Eating Mushrooms That Seems to Lower Depression Risk. Science Alert.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply