Kalau tengok pada sejarah, penularan sesuatu penγακit biasanya berakhir apabila masyarakat setempat sudah ada imuniti kelompok. Sebab itulah bangsa Eropah mudah berkuasa di Benua Amerika. Datang saja bangsa Eropah, ramai dalam kalangan warga pribumi Amerika disεrαng banyak penγακit. Imuniti kelompok biasanya ditubuhkan selepas tubuh badan ada pengalaman melαwαn penγακit berkenaan. Dan seperti yang boleh dibayangkan, imuniti semulajadi sebegini akan membµnµh ramai orang terutamanya golongan berpenγακit κroηiκ.
Tidak perlu tengok jauh. COVID-19 mendedahkan impaknya terhadap golongan yang mempunyai gejala asma, dαrαh tinggi dan kencing manis. Warga emas seolah-olah tiada harapan cerah untuk sembuh daripada COVID-19 atas faktor usia. Jadi penangan imuniti kelompok bukan sama sekali satu pendekatan yang relevan. Ada dua cara untuk mencegah COVID-19: 1) tutup ekonomi sepenuh-penuhnya atau 2) menggunakan vaksin yang selamat lagi berkesan.
Cara pertama akan menyebabkan ramai orang berada dalam tekαnαn atas kesempitan hidup. Mana yang ada insurans akan mempertimbangkan bµnµh diri… asalkan keluarga kenyang dengan wang. Maka satu-satunya cara paling relevan adalah vaksin. Masyarakat yang menolak vaksin sebenarnya memberi peluang pada COVID-19 untuk bermutasi. Dan itu yang apa sedang berlaku sekarang. Mutasi.
Memahami Tetapan Kriteria
Setiap kerajaan mempunyai sebuah perbadanan khas untuk kesihatan negara. Dan setiap perbadanan ini menerima nasihat daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), yang dianggotai saintis profesional dalam bidang berkenaan. WHO tiada langsung kuasa dalam bab pentadbiran negara, jauh berbeza untuk dibandingkan dengan hujah dangkal daripada golongan bertaklid buta pada konspirasi bodoh. Walau bagaimanapun, perbadanan khas ini mempunyai kriteria tersendiri dalam menentukan sesuatu “varian penularan”.
Bahasa “varian” dan “strain” mungkin terlalu rumit untuk golongan marhaen. Senang faham begini: “varian” adalah warganegara. Dan “strain” pula adalah agama. Seorang Islam daripada Malaysia berhijrah ke India. Setelah sekian lama di sana, beliau tukar warganegara dan mengangkat sumpah sebagai warganegara India. Dalam bab virus, ini adalah “mutasi varian”. Namun setelah sekian lama lagi di sana, beliau jatuh cinta pada seorang gadis tempatan… dan membuat keputusan untuk keluar agama Islam terus. Ini adalah “mutasi strain”.
Sebuah virus adalah “strain” yang mempunyai RNA dan tingkah laku. Proses mutasi menukarkan kedua-duanya. Kalau RNA saja yang bertukar, ia adalah varian baru daripada strain sama. Walau bagaimanapun, jika RNA dan tingkah laku itu sendiri bertukar, virus tersebut mempunyai strain baharu yang barangkali mampu menandingi imuniti sedia ada. Mengambil contoh daripada denggi, virus ini ada empat strain berbeza iaitu DENV-1 hingga DENV-4. Kalau terkena jangkitan DENV-1, tubuh badan mungkin mempunyai imuniti (Tyagi, 2004)… tetapi hanya untuk DENV-1 (bukan selebihnya).
Ini yang masalah dengan imuniti kelompok secara semulajadi. Kerana setiap varian baru akan diisytihar jika virus berkenaan mempunyai:
- Kadar penularan lebih pantas
- Kadar morbiditi (susah pulih) lebih tinggi.
- Kadar kemαtiαn lebih tinggi.
- Sukar untuk dikesan.
- Mampu menandingi ubat antiviral.
- Mampu menandingi imuniti semulajadi.
- Mampu menjangkiti individu bervακ
Tujuh perkara ini adalah kriteria asas bagi memahami sesuatu varian. Dan sekarang dunia sedang bergelut dengan varian Lambda pula.
Kemunculan Varian Lambda
Mutasi COVID-19 bukanlah satu perkara yang baru. Dulu jenuh dengar pasal B.1.1.7 dan B.1.351 yang bunyinya macam pembelian sεnjαtα dalam game CS. Untuk memudahkan sebutan, orang ramai sekadar petik negara asalnya. Sebab itu kita dengar pasal “varian India”, “varian Brazil” dan sebagainya. Masalahnya, segelintir dalam kalangan masyarakat pergi bertindak kurang ajar dan berlaku rαsis terhadap warga Amerika Syarikat berbangsa India pula. Jadi semua bersetuju untuk menggunakan perkataan Yunani seperti Alpha, Beta, Gamma, Delta, Epsilon dan sebagainya.
Varian Lambda jatuh dalam kategori G75V, T76I, Δ246-252, L452Q, F490S, D614G and T859N. Memang mustahil orang boleh sebut kod protein sebegini yang sudah macam nombor siri produk Apple pula. Jadi orang sebut Lambda yang asalnya dikesan di Peru pada Disember 2020. Dalam masa empat bulan, 80 peratus kes COVID-19 di Peru adalah varian gila ini (Mishra, 2021).
Pihak WHO berpakat dengan beberapa perbadanan kesihatan awam untuk memahami kadar penularan varian ini. Dan pada Jun 2021, WHO sebulat suara menyatakan bahawa varian Lambda mampu mencetuskan penularan lebih pantas dan mampu menandingi antibodi dalam badan.
Walau bagaimanapun, Lambda masih satu anak tangga di bawah varian Alpha dan Delta (Ellyatt, 2021). Ini adalah kerana buat masa sekarang, Delta sedang menggαnαs di lapangan banyak negara. Dan Lambda masih mengekori rapat.
RUJUKAN:
Ellyatt, H. (2021, Julai 9). Here’s what you need to know about the lambda Covid variant. CNBC.
Mishra, S. (2021, Julai 14). The unusual Lambda variant is rapidly spreading in South America. Here’s what we know. National Geographic.
Tyagi, B.K. (2004). The Invincible (ditapiskan) Mosquitoes. Scientific Publishers. Halaman 112.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih