Melayu sebahagian daripada orang Asal di Tanah ini.
Malahan yang disebutkan sebagai orang Asal, ada kaum Melayu Proto yang merangkumi suku orang Asli seperti Jakun, Temuan, Orang Laut, Semelai dan banyak lagi.
Kalau anda mengatakan bahawa orang Melayu ialah pendatang, maka anda sebenarnya mengatakan kelompok orang Asli yang saya sebutkan juga sebagai pendatang di bumi ini.
Bahkan menyamakan sejarah orang Melayu dengan orang Amerika adalah satu perkara yang tidak masuk akal. Orang Melayu tidak berkongsi beban dosa besar kulit putih.
Kalau mereka mencuri tanah ini dari orang Asal, tak bermaksud Melayu melakukan perkara yang sama. Kalau orang Amerika memperhambakan kulit hitam yang dibawa merentasi Lautan Atlantik, tak semestinya orang Melayu berlaku sezalim itu.
Malah orang asli yang disebutkan dalam penulisan di atas seperti Orang Laut adalah mereka yang sangat-sangat setia berkhidmat untuk kerajaan-kerajaan Melayu.
Sejak dari dahulu lagi, Orang Laut telah menumpukan kesetiaan mereka kepada raja-raja Melayu dari Empayar Srivijaya. Malah selepas kejatuhan Srivijaya, mereka masih meneruskan kesetiaan mereka terhadap Parameswara iaitu raja Singapura Purba terakhir, yang kemudiannya bersama-sama membuka pusat perdagangan baru di Melaka. Ketika kerajaan Melaka mencapai zaman kegemilangannya, mereka merupakan pendukung utama kepada kejayaan dan kegemilangan kerajaan maritim tersebut.
Tugas mereka ketika zaman kegemilangan Melaka dahulu ialah sebagai pengawal kawasan sempadan laut, mengusir lanun-lanun, memimpin para pedagang ke pelabuhan yang ingin mereka tujui dan mengekalkan kekuasaan Melaka terhadap tanah jajahannya.Mereka mendapat kepercayaan yang penuh dari raja-raja Melaka kerana taat setia mereka yang tidak berbelah bahagi terhadap keturunan raja Melaka.
Orang Laut pada zaman Melaka masih lagi meneruskan tumpuan kesetiaan mereka terhadap raja-raja Melaka yang dianggap sebagai pewaris mutlak Srivijaya.
Walaupun kesultanan Melaka akhirnya jatuh ke tangan Portugis, mereka masih lagi menumpukan taat setia kepada keturunan raja Melaka dan akhirnya membantu baginda mendirikan Kesultanan Johor.
Orang Laut terus berkhidmat kepada keturunan diraja Kesultanan Johor sehinggalah Sultan Mahmud Shah II (1685-1699) dibunuh dan digantikan oleh Bendaharanya, Tun Abdul Jalil. Mereka mengesyaki Bendahara terlibat dalam pembunuhan Sultan Mahmud tersebut dan akhirnya tidak mengiktiraf kekuasaan beliau sebagai sultan Johor dan meninggalkan Johor.
Peranan Orang Laut sebagai penjaga keamanan Selat Melaka mula digantikan oleh orang Bugis secara perlahan lahan pada kurun ke 18.
Kalau benar bahawa orang Melayu ni aksinya seperti orang Amerika, kenapa orang asli seperti mana orang Laut tetap setia menyatakan taat setia mereka pada raja-raja Melayu dari zaman seawal Srivijaya (abad ke-7 Masihi) sehingga ke zaman Kesultanan Johor?
Bahkan kalau cik dalam gambar ni buat ujian DNA, cik akan dapati bahawa darah Austroasiatic adalah sebahagian dalam darah Melayu iaitu Haplogroup O2a. Cuba teka siapakah salah penutur bahasa Austroasiatic yang masih wujud di Semenanjung Tanah Melayu? Ya, orang-orang asli dalam kumpulan Semang dan Senoi. Sebab tu kajian DNA yang lain menyatakan bahawa DNA Melayu setua 60, 000 tahun itu sebenarnya merujuk kepada jejak orang-orang asli ni dalam badan kita.
Orang Melayu ialah kombinasi orang asli-orang asli ini dengan mereka yang bermigrasi terkemudian, membentuk akhirnya kelompok yang kita kenali sebagai Melayu-Deutro atau Melayu moden. Jauh sekali sejarah kita ialah para kolonial yang merantau dari Eropah sebelum sampai ke Benua Amerika, dan membunuh, berperang, merompak dan merogol penduduk asal Amerika di sana!
Sebab itu kami terbitkan buku KITAB TAMADUN MELAYU supaya kita anak Melayu, tidaklah merapu meraban seperti mana dalam tangkap layar ini. Anda boleh dapatkan di Shopee kami sekiranya anda berminat: https://s.shopee.com.my/30Z9za3Fpb
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih