Kita sekian maklum, yang roket membawa satelit dan angkasawan biasanya dilancarkan di tapak pelancaran daratan seperti yang terdapat di Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan atau di Teluk Canaveral, Florida mahupun di Koureu, French Guyana yang dahulu memperlihatkan pelancaran roket yang membawa muatan satelit pertama negara kita iaitu Measat.

Tapi pernahkah dikalangan anda mendengar tentang perkhidmatan melancarkan roket ditengah-tengah lautan.

Ya ditengah-tengah lautan, tidak berpulau dan hanya jasad air laut disekeliling anda dalam radius 5000 batu nautika.

Memperkenalkan Sea Launch sebuah konsortium 4 buah negara yg menjalankan perkhidmatan pelancaran satelit dari laut. Sea Launch di tubuhkan dan didaftar di kepulauan Cayman pada tahun 1995 dimiliki empat konsortium multinasional yg bertanggung jawab terhadap medan kepakaran masing-masing. Sehingga artikel ini ditulis, konsortium Russia, Energia menguasai 85 peratus pegangan saham konsortium multinasional ini dan secara tidak langsung menguasai aset-aset yang ada didalam kelompok Sea Launch.

Platform Sea Launch ini terdiri dari 3 segmen utama iaitu segmen maritim yang terdiri dari dua buah kapal iaitu kapal arahan Sea Launch Commander dan platform pelancaran roket Odyssey manakala segmen roket terdiri dari roket Zenit 3SL.

Segment Roket

Pelancaran satelit adalah dengan menggunakan roket Zenit 3SL buatan Rusia dan Ukraine,dimana ia dibawa oleh sebuah kapal arahan Sea Launch Commander dan kemudian dipindahkan ke platform pelancaran Ocean Odyssey yg mana kedua-duanya dibina di Norway serta krew teknikal integrasi dan konfigurasi sistem penerbangan roket dari Amerika.

Roket Zenit 3SL adalah kenderaan roket moden, dengan bebanan bayar tinggi dimana ia mampu menghantar satelit komersial bersaiz besar secara jitu ke pelbagai julat orbit. Roket ini mampu membawa sejumlah 6160kg bebanan ke orbit pertukaran geosynchronous.

Ruangan bebanan roket ini pula mampu membawa satelit seberat 7300kg berdiameter 4.1m.

Sea Launch membuktikan keupayaan pelancaran roket dan satelit untuk kegunaan konvensional dari platform mudah alih berhampiran garisan khatulistiwa bagi mendapatkan kedudukan pelancaran optimum bagi mengurangkan kos pelancaran dan meningkatkan kapasiti beban bayar(payload).

Komponen roket Zenit ini terdiri dari 3 fasa, yang mana peringkat pertama dan kedua menggunakan sistem Zenit dihasilkan oleh firma SDO Yuzhnoye / PO Yuzhmash in Dnipropetrovsk, Ukraine dan peringkat ketiga yang menggunakan sistem Block DM-SL dibangunkan oleh firma Energia ,Moscow, manakala beban bayar dan struktur antara peringkat dibangunkan oleh firma Boeing.

Sejak kali pertama program Sea Launch dimulakan, dengan pelancaran pertama yang melibatkan roket dengan bebanan satelit Demosat pada 27 Mac 1999, sistem ini telah berjaya mengendalikan dan melancarkan sejumlah 36 pelancaran roket dan satelit dengan jumlah kegagalan sebanyak 4 kali.

Segmen Maritim

Aker Solutions merupakan konsortium Norway yg menyediakan perkhidmatan pembangunan dalam kejuruteraan marin,industri petroleum, gas dan kimia, penerokaan pesisir pantai,perlombongan dan penjanaan tenaga secara global.

Konsortium ini terlibat dalam pembinaan kapal arahan Sea Launch Commander dan platform pelancaran roket Ocean Odyssey.

Komponen utama Sea Launch adalah platform pelancaran roket Odyssey.

Ocean Odyssey berdimensi 133m panjang dan 67m lebar dengan sesaran 30000 ton(tanpa beban) dan 50600 ton (dgn beban) dilengkapi kemudahan tempat tinggal, perubatan dan rekreasi utk 68 orang anak kapal pada asalnya adalah kemudahan platform luar pantai mudah gerak (mobile offshore drilling unit) utk tujuan penerokaan petroleum dengan pelbagai spesifikasi keselamatan dan rekabentuk yg mampu menghadapi pelbagai bentuk cuaca yg melampau yg dibina oleh Sumitomo Heavy Industries sebelum dibeli konsortium Kvearner dan diubah suai utk kegunaan Sea Launch.

Panjang asal platform tersebut ditambah dan pengubahsuaian tapak penggerudian kapada hangar dan tapak pelancaran roket dilakukan di Norway dari 1995-1997.

Selain itu kemudahan utama lain Odyssey adalah hangar yg mampu menyimpan roket ketika pelayaran, kemudahan pengisian dan simpanan bahan api roket (kerosene dan oksigen cecair) dan kemudahan penegak (erector) roket utk pelancaran, dengan keupayaan pelancaran roket 3 peringkat selain mempunyai sistem pendorongan sendiri (self-propelled).

Keupayaan Ocean Odyssey utk mengekalkan kedudukannya secara dinamik membolehkan platform tersebut melancarkan roket ke angkasa dalam keadaan laut bergelora.

Ocean Odyssey mengalami sedikit kerosakan apabila roket Zenit3SL yg membawa satelit Boeing 702 NSS 8 meletup di tapak pelancaran sejurus pelancaran dilaksanakan. Walaupun terdapat beberapa rekod kegagalan pelancaran, sehingga tahap roket itu sendiri meletup tetapi jumlah pelancaran berjaya konsortium ini sangat tinggi.

Komponen kedua adalah kapal arahan Sea Launch Commander.

Kapal yg didaftar di Long Beach, California dan diklasifikasi oleh ABS ini mempunyai dimensi 200m panjang,23.3m lebar dan berat sehingga 30000 ton serta mempunyai kemudahan utk 230 orang anak kapal dan klien, kapal ini mempunyai jarak operasi sehingga 18000nm serta boleh melalui terusan Panama.

Sea Launch Commander mempunyai anak kapal yg terdiri dari pelbagai kewarganegaraan,terutamanya yg bekerje dgn konsortium masing-masing.Urusan navigasi kedua2 platform itu dipertanggung jawabkan kepada pegawai dan pelaut Norway manakala urusan teknikal roket serta integrasi sistem diletakkan di bawah pengurusan krew dari USA dan Russia dengan keupayaan dan kemudahan pusat kawalan pelancaran pada kapal Sea Launch Commander yg terdiri dari unit-unit khas utk operasi pelancaran menggunakan bahasa inggeris dan russia yg diterjemah secara dua hala.

Kedua-dua komponen ini membolehkan pelancaran satelit tepat di garisan khatulistiwa, memberikan extra boost dan menjimatkan bahan api kerana putaran Bumi pada paksinya lebih pantas di garisan Khatulistiwa.

Pelancaran dilaut juga mengurangkan risiko kemalangan, jauh dari kawasan populasi penduduk dan kesibukan trafik maritim dan penerbangan.

Walaubagaimanapun, pertelingkahan antara pemegangn saham dan kecenderungan untuk pelancaran roket menemui kegagalan menyebabkan konsortium ini sedang mencari alternatif untuk meneruskan perusahaan mereka.

Terdapat beberapa pihak yang berminat untuk melabur didalam konsortium Sea Launch dan China adalah antara pihak yang tidak berputus asa cuba untuk mendapatkan pegangan selain terdapat ura-ura UAE dan Brazil juga melihat perkara sama.

Untuk pembacaan lanjut, pengunjung boleh melayari pautan yang disediakan:

http://www.sea-launch.com/

http://www.sea-launch.com/launch/11319

http://www.nasaspaceflight.com/…/sea-launch-zenit-3sl-eute…/

http://sputniknews.com/middleeast/20150324/1019940920.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

A Seaman is not only a Navigator, but also a Merchant and a Soldier. "Through the seas we are strong. Jalesveva Jayamahe." 1. Diploma Nautical Studies, ALAM (2009). 2. Combined Mate and Master, A1MC, ALAM (2014). 3. COC Class 3, MARDEP Malaysia.

Leave A Reply