3 Januari yang lepas menandakan ulang tahun ke-150 Reformasi Meiji atau “Meiji Ishin” (明治維新). Di Jepun ada banyak event dalam bentuk pameran atau seminar diadakan untuk memperingati peristiwa yang paling penting dalam sejarah moden Jepun ini.

Reformasi Meiji menandakan penamatan zaman feudal di Jepun. Sebelum Reformasi Meiji, kuasa pentadbiran berada di tangan Shōgun (將軍) yang merupakan ketua rejim ketenteraan Bakufu (幕府). Sistem Bakufu diamalkan sejak 1192. Selama Bakufu memerintah, kuasa Maharaja diketepikan, politik didominasi kelas pendeta bernama samurai.

Pencetus Reformasi Meiji ialah insiden “Black Ships” atau “kurofune” (黒船) tahun 1852-1854. Amerika Syarikat menghantar beberapa kapal perang untuk memaksa Jepun membuka pelabuhannya. Shōgun dinasti Tokugawa ketika itu terpaksa menandatangani perjanjian dengan Amerika dan tindakan tersebut menimbulkan kemarahan di kalangan samurai, terutamanya di kalangan puak Satsuma (薩摩) dan Chōshū (長州).

Mereka anggap Shōgun tidak lagi layak untuk memerintah, maka mereka menubuhkan pakatan untuk menjatuhkan Bakufu, dengan slogan-slogan seperti “ōsei-fukko” (王政復古 – “kembalikan pentadbiran maharaja”) dan “sonnō jōi” (尊皇攘夷 – “menjunjung maharaja, mengusir orang asing”).

Pada 3 Januari 1868, Maharaja Meiji (明治天皇, “Meiji-tennō”) berpindah dari Kyoto ke Tokyo (pusat pentadbiran Tokugawa) dengan bantuan pakatan Sat-Chō. Maharaja melancarkan pelbagai pembaharuan termasuk pemusatan kuasa negara, menggantikan samurai dengan tentera moden (pembaharuan yang mencetuskan pemberontakan samurai seperti dalam cerita “The Last Samurai”), memperkenalkan perindustrian dan kewangan moden, dan memperkenalkan pendidikan, sains dan teknologi Barat.

Hasilnya, selepas 27 tahun pelancaran Reformasi Meiji, Jepun berjaya menewaskan China pada 1895. 10 tahun kemudian, Jepun menewaskan Rusia pada 1905. 13 tahun kemudian, Jepun muncul sebagai pemenang dalam Perang Dunia Pertama dan melayakkan diri sebagai kuasa besar dunia.

Keajaiban Reformasi Meiji merupakan manifestasi sifat orang Jepun yang berusaha untuk memajukan diri walaupun dengan belajar dari pihak musuh. Punca Reformasi Meiji ialah kesedaran orang Jepun tentang kemunduran diri akibat kejutan Black Ships. Namun mereka tidak memusuhi teknologi Barat malah mereka ingin mencontohinya.

Sebelum Reformasi Meiji, orang Jepun pernah melancarkan Reformasi Taika pada abad ke-7 di mana Jepun belajar dan mengadaptasi diri dengan tamadun China, selepas Jepun ditewaskan oleh China dalam Pertempuran Baekgang tahun 663. Dan selepas Jepun tewas dalam Perang Dunia Kedua, Jepun sekali lagi belajar dan mengadaptasi diri dengan ekonomi liberal-kapitalis ala Amerika dan Perancis, dan akhirnya Jepun berjaya muncul sebagai kuasa ekonomi kedua besar selepas Amerika Syarikat dalam masa hanya 23 tahun (1945-1968).

Meskipun Jepun begitu “forward looking” dan progresif, mereka masih menekankan pemeliharaan jati diri dengan doktrin “wakon-yōsai” (和魂洋才 – “semangat Jepun, kepakaran Barat”). Mereka hanya belajar metod dan teknologi Barat, buang yang keruh ambil yang jernih. Mereka tidak meniru Barat 100% kerana rasa diri “inferior”, dan mereka juga tidak menolak Barat atas perasaan “superior”.

Orang Jepun tidak buang masa berdebat pasal wujudnya konspirasi Barat terhadap mereka, atau tentang kewajaran pengeboman nuklear ke atas mereka. Apa yang mereka buat ialah “move on” dan mencipta sejarah demi sejarah baru bangsa mereka.

Reformasi Meiji bukan saja sejarah orang Jepun, ia adalah pengajaran yang harus dicakna oleh semua umat manusia, terutamanya umat kita tentang cara dan sikap yang perlu ada untuk mengubah nasib diri sendiri.

Bacaan lanjut:
http://www.meijiishin150countdown.com/en/
https://meijiat150.arts.ubc.ca/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.