Angin politik antara 1910 hingga 1945 menghembuskan dua ribut yang menjejaskan semua benda. Ekonomi rαηαp membantutkan pertumbuhan sosial yang tidak mengambil peduli langsung pasal landasan ilmu.

Apabila rakyat tidak kisah, pencatur kuasa pun ambil kesempatan. Ketika itu Jerman terhegeh-hegeh ingin mengukuhkan dominasi kebangsaan yang mudah kata bersikap rαsis.

Dan sikap sebegini mempengaruhi dapatan saintifik, sampai golongan ilmuwan kena tunduk dan akur pada kehendak mereka.

Kisah ini berlaku di Czechoslovakia. Pada tahun 1928, pakar arkeologi Ivan Borkovsky menemui rangka seorang lelaki yang hidup pada zaman di antara tahun 800 hingga 1000 (Hale, 2019). Setelah mengkaji, Borkovsky yakin lelaki ini berbangsa Slavik.

Ivan Borkovsky.

Beliau mengulas panjang tentang perkara ini dalam sebuah buku yang menjadi isu besar 11 tahun kemudian. Isu yang timbul sebenarnya bukan kerana fakta. Sebaliknya, 11 tahun selepas penemuan, Czechoslovakia disεrαηg Jerman.

Bibit-bibit peperangan sudah berbulan dimainkan kerajaan di Berlin. Kononnya bangsa Jerman di Czechoslovakia teruk dikejarkan penguasa Prague sampai tinggal sebatang kara. Dalam sekejap Czechoslovakia jatuh pada tangan Jerman.

Kerajaan Edvard Beneš digulingkan; pihak Jerman menubuhkan sebuah pentadbiran naungan (protectorate) dengan Emil Hácha sebagai presiden negeri.

Emil Hacha.

Pentadbiran baru ini tiada minat langsung untuk mengangkat budaya ilmu yang sebenar. Kuasa kenegerian dianugerahkan Jerman membuat Hácha sebagai boneka semata-mata.

Hácha perlu menunaikan hasrat Jerman, yang mula membelek sejarah Czechoslovakia. Dalam proses membelek, Jerman memαηgsαkαη Borkovsky yang barangkali menyesal pergi umumkan pasal rangka lelaki ditemuinya.

Rencana Propaganda Untuk Menutup Sejarah

Rangka Borkovsky ditemui dalam Istana Prague bersama barangan berharga seperti sebilαh pedαηg cantik. Barangan dan lokasi pengεbumiαη ini mengukuhkan teori yang lelaki terbabit adalah seorang ahli bangsawan.

Gambar rangka.

Pihak Jerman tidak kisah pasal ini. Cuma apabila Borkovsky membuktikan asal-usul lelaki ini sebagai warga Slavik, memang mereka mendidih. Pusinglah macam mana pun, itulah semua nampak: seorang bangsawan Czechoslovakia berbangsa Slavik.

Jadi pihak Jerman menghantar anjing mereka untuk bαhαm Borkovsky. Mereka mendakwa “sejarah ditulis orang yang menang. Pihak arkeologi sedang cuba menutup identiti sebenar lelaki ini”. Selepas menabur dakwaan ini, mereka membuat desakan pada Borkovsky: akui lelaki ini berbangsa Jerman atau Viking.

Pengakuan ini akan mengukuhkan naratif Berlin bahawa bangsa Jerman (bukannya bangsa Slavik) sentiasa berkuasa di situ. Borkovsky sudah pastinya enggan tetapi berat hati kerana diμgμt.

Borkovsky pilih jalan paling selamat. Biarlah menipu sekalipun – asalkan tidak sengsara dalam kem tαhαηαη (concentration camp). Beliau menerbitkan semula buku tersebut, bahawasanya rangka ini berbangsa Viking sementara boneka dalam kerajaan membαkαr habis semua salinan lama (Saunders, et al., 2019).

Keluar Mulut Helang, Masuk Mulut Beruang

Ivan Borkovsky menghela nafas lega selepas Soviet berjaya menghalau Jerman daripada bumi Czechoslovakia. Tetapi datangnya Soviet bukan sebagai pembebas, sebaliknya untuk berkuasa di sebalik tabir. Kerajaan sosialis baru menuduh Borkovsky bekerjasama dengan Jerman. Boneka dahulu ugut hantar ke kem tαhαηαη.

Boneka yang baru ugut hantar ke gμlαg. Dengan berani beliau menjelaskan kepada boneka baru yang sebenarnya beliau dipaksa sampai terpaksa. Setelah bersetuju untuk mengubah balik ke naratif Slavik, barulah Borkovsky boleh tidur lena.

Kali ini Rangka Borkovsky diberi darjat “ahli kebangsawanan Dinasti Premyslid” yang pernah menguasai Czechoslovakia dulu.

Agak unik sebenarnya kalau fikir balik, macam mana seorang lelaki yang pergi buat selamanya dengan tenang boleh mencetuskan sebuah krisis identiti hingga memanaskan punggung dua penguasa besar. Hari ini Czechoslovakia sudah bebas sebagai Czechia dan Slovakia.

Dan kerajaan Prague gigih menjalankan kajian untuk mengenal pasti bangsa sebenar Rangka Borkovsky.

RUJUKAN:

Hale, T. (2019, Ogos 12). The Identity of this Medieval Skeleton Haunted the (ditapiskan) and the Soviets. IFL Science.

Saunders, N., et al. (2019). Zeitgeist archaeology: (ditapiskan), identity and ideology at Prague Castle, 1918-2018. Antiquity. 93 (370): 1009-1025.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.