Baru-baru ini, satu laporan akhbar menyebut dua koloni mawas yang ditemui saintis di Taman Negara Cantanhez (Guinea-Bissau) dan Taman Negara Tai di Ivory Coast. Spesies ini dipanggil Mawas Kusta ini menderita lesion kulit menakutkan dan bahagian badan yang mereput.
Penyakit kusta atau nama lainnya penyakit Hansen ialah sejenis penyakit yang dicetuskan oleh jangkitan bakteria Mycobacterium leprae. Penyakit ini memberi kesan kepada saraf, kulit, mata dan bahagian dalam hidung. Penyakit ini dikatakan berasal dari India kira-kira 4,000 tahun lalu dan menjelang 1200 Masihi, terdapat 19,000 buah hospital kusta di Eropah.
Hari ini, penyakit kusta boleh dirawat dengan syarat ia dikesan dan pesakit mendapat rawatan awal. Tetapi menurut Profesor Fabian Leendertz dari Institut Robert Koch, memberi antibiotik kepada chimpanzi-chimpanzi liar merupakan satu cabaran kepada pasukan perubatan.
Tetapi sampel penyakit kusta yang diambil daripada primat-primat ini didapati bukan dari populasi manusia. Kesimpulan ini dibuat dalam satu kajian sekumpulan saintis dari Pusat Ekologi dan Pemuliharaan, Universiti Exeter, England. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature mendapati penyakit ini telah berlegar dalam banyak haiwan liar berbanding apa yang dijangka mereka.
Penulis kajian Dr Kimberly Hockings menyatakan penyakit kusta ini mula dikesan dalam populasi chimpanzi di Guinea-Bissau. Simptom kusta yang dialami hampir sama dengan simptom yang dialami oleh pesakit kusta biasa. Penularan penyakit ini turut dikesan menerusi bedah siasat seekor chimpanzi betina yang sudah berusia dan sampel tahi seekor chimpanzi dewasa.
Dan perlu diingat, penyakit kusta sudah dapat dikawal menerusi pengenalan antibiotik sejak tahun 80-an lagi. Dalam sesetengah kes, jangkitan penyakit Hansen dibawa oleh haiwan seperti tupai merah di Britain atau armadilo di benua Amerika.
Pakar genetik evolusi Profesor Anne Stone percaya penyakit kusta sebenarnya sudah wujud berjuta-juta tahun lalu dan telah menjangkiti spesies primat sebelum kemunculan manusia. Dan di sebalik kemajuan dalam bidang perubatan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merekodkan lebih 200,000 kes kusta di India setiap tahun.
RUJUKAN
Cowie, Ashley. (2021, 15 Oktober). Squirrels, Armadillos and Now Apes Have Leprosy. Ancient-Origins.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih