Nama Matthias Corvinus tidak asing lagi dalam sejarah Eropah. Dalam lipatan sejarah, baginda dikenang sebagai seorang pahlawan gagah berani dan pemimpin bijaksana yang melindungi Hungary daripada ancaman musuh, terutama Empayar Uthmaniyyah.
Matthias Corvinus, atau Mátyás Hunyadi, memerintah Hungary dari 1458 hingga 1490. Baginda terkenal sebagai raja yang bijaksana, berani, dan gigih dalam mempertahankan negaranya. Nama Corvinus, bermaksud gagak, menjadi simbolik kepada jalur keturunan baginda, House of Hunyadi.
Sejarah pertembungan antara Uthmaniyyah dan Hungary telah tercetus awal sebelum pemerintahan baginda. Ayahanda Matthias iaitu John Hunyadi (1406-1456) juga pernah bertempur dengan Uthmaniyyah.
Sebelum Matthias menaiki takhta, John Hunyadi mencipta sejarah dengan kemenangan besar dalam Pengepungan Belgrade pada 1456. John berjaya menghalang kemaraan Uthmaniyyah ke Hungary lalu memperoleh jolokan ‘Pembasmi Orang Turk’.
Pada 1458, ketika usianya baru 15 tahun, Matthias diangkat sebagai raja Hungary. Namun, ancaman Empayar Uthmaniyyah di perbatasan selatan Hungary kian menjalar, sekaligus memerlukan perhatian segera raja muda itu.
Pada waktu itu, Empayar Uthmaniyyah menguasai Bosnia dan Serbia, yang dahulunya bertindak sebagai pemampan kepada perbatasan selatan Hungary. Dikala wilayah-wilayah ini jatuh ke tangan Uthmaniyyah, Hungary terpaksa menurunkan tenteranya ke selatan untuk menghalang sebarang usaha kemaraan Uthmaniyyah.
Pada 1463, Matthias melancarkan kempen besar-besaran untuk menawan kembali kubu Jajce di Bosnia daripada cengkaman Uthmaniyyah. Kempen pengepungan yang panjang ini menuntut kekuatan dan keazaman, namun Matthias tidak gentar.
Pada tahun berikutnya, Jajce berjaya ditawan semula, mengukuhkan sempadan selatan Hungary dan menghantar mesej jelas kepada Uthmaniyyah bahawa Hungary tidak akan mudah tunduk.
Matthias turut terlibat dalam kempen menentang Bohemia sewaktu Perang Bohemia-Hungary yang berlansung sekiatr tahun 1468 – 1478. Pada 1476, Matthias memberi tamparan hebat kepada Uthmaniyyah dengan menawan kembali kubu Šabac di Serbia.
Hal ini kerana, kubu ini dibina oleh Jeneral Uthmaniyyah iaitu İshakoğlu İsa Bey, dengan tujuan asal untuk melemahkan pertahanan Hungary. Namun penguasaan Hungary ke atas kubu Šabac tidak bertahan lama. Pada 1521, ia kembali ditawan oleh Sultan Sulaiman al-Qanuni.
Kemenangan besar Matthias seterusnya ialah dalam Pertempuran Breadfield pada 1479. Tentera Hungary yang dipimpin oleh Pál Kinizsi dan István Báthory berjaya mengalahkan tentera Uthmaniyyah. Walaupun mempunyai bilangan yang sedikit, Hungary berjaya memberi kekalahan signifikan kepada Uthmaniyyah, menyelamatkan Hungary dan menyuntik semangat kepada seluruh Eropah.
Selain daripada kempen ketenteraan, Matthias bijak dalam urusan diplomasi. Pada 1483, beliau menandatangani perjanjian damai dengan Sultan Bayezid II, lalu menghentikan permusuhan buat sementara waktu. Ini membolehkan Matthias memberi tumpuan kepada kempen di barat dan utara, termasuk penaklukan Vienna pada 1485, yang berakhir dengan kejayaan Hungary dan mengukuhkan kedudukannya di rantau itu.
Selepas kemangkatan Matthias pada 1490, ancaman Uthmaniyyah kembali meningkat, lantas membawa kepada kerugian besar bagi Hungary. Meskipun begitu, tak dinafikan sepanjang pemerintahannya, Matthias berjaya mengekalkan kestabilan dan keselamatan Hungary melalui kombinasi kempen ketenteraan dan usaha diplomatik yang bijak.
Matthias Corvinus dikenang bukan hanya kerana jasanya melindungi Hungary tetapi juga sebagai benteng terakhir Eropah dalam menentang kemaraan Empayar Uthmaniyyah, menjadikan namanya sentiasa dikenang dalam lipatan sejarah Eropah.
oleh: Fakhry Harraz
—
Matthias Corvinus antara salah seorang tokoh hebat yang ada diceritalan dalam buku kami berjudul KITAB TAMADUN EROPAH!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.