Baru-baru ini, seorang lelaki di United Kingdom meninggal dunia selepas mengambil minuman campuran kafein. Tetapi yang mengejutkan di sini ialah dos kafein dalam minuman tersebut bersamaan dengan 200 minuman kopi!
Mangsa Tom Mansfield, 29, merupakan seorang pelatih peribadi telah memesan 100 gram beg serbuk kafein untuk digunakan sebagai minuman tambahannya. Tetapi dia kemudiannya membuat kesilapan semasa menimbang jumlah kafein diperlukan untuk minumannya.
Dos serbuk kafein yang dibenarkan ialah antara 60 hingga 300 miligram (0.002 hingga 0.01 aun). Namun begitu, dalam kes Mansfield, dia telah menggunakan penimbang di mana berat permulaannya ialah 2 gram (0.07 aun). Kesilapan ini mengakibatkan dia terambil lebih banyak kafein daripada jumlah yang dibenarkan – lebih tepat, 200 cawan kopi.
Selepas mengambil minuman tersebut pada 5 Januari 2021, Mansfield mengadu sakit dada dan merasakan jantungnya berdegup laju. Dia kemudiannya merasakan mulutnya berbuih sebelum rebah. Isterinya segera menghubungi perkhidmatan kecemasan dengan Mansfield kemudiannya dikejarkan ke hospital.
Dia yang mengalami serangan jantung semasa dibawa ke sana bagaimanapun meninggal dunia pada hari sama. Bedah siasat kemudiannya mendedahkan tahap kafein dalam darahnya ialah 392 mg per liter – jauh mengatasi tahap kafein normal secawan kopi iaitu 2 hingga 4 mg per liter.
Serbuk kafein jauh lebih merbahaya berbanding minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan cola kerana kesannya jauh lebih kuat terhadap peminumnya. Malah, enam tahun sebelumnya, Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) memberi amaran serbuk kafein boleh memberi kesan buruk yang signifikan kepada kesihatan peminumnya.
Satu sebab pengguna sukar mengukur jumlah diperlukan mengikut had dibenarkan ialah perbezaan had kafein yang dibenarkan terlalu sukar dibezakan pada mata kasar. Ini boleh saja diatasi dengan menggunakan sudu khas yang dapat mengukur jumlah kafein diperlukan untuk satu minuman.
Dalam kes Mansfield, syarikat yang membekalkan serbuk kafein kepadanya tidak menyertakan sudu khas bagi mengukur jumlah kafein yang boleh diambil. Susulan insiden tersebut, setiap serbuk kafein yang dijual syarikat tersebut kini disertakan dengan sudu khas.
Mansfield pastinya masih hidup jika sudu tersebut disertakan bersama serbuk kafein yang diambilnya. Tetapi bak kata pepatah, nasi sudah jadi bubur…
RUJUKAN
Rettner, R. (2022, 4 Mac). Man dies from caffeine overdose after drinking equivalent of 200 cups of coffee.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih