Mungkin ada menyangka anggota badan palsu termasuk kaki dan tangan palsu hanya wujud pada era moden. Hakikatnya, anggota badan palsu telah wujud sejak ribuan tahun lalu mengikut catatan sejarah. Salah satunya ialah mata palsu tertua di dunia yang dijumpai di Shahr-e-Sukhteh, Iran pada 2006.

Pengkaji arkeologi yang menemui artifak ini percaya ia dihasilkan antara 2900 hingga 2800 Sebelum Masihi. Ia dijumpai masih tertanam dalam bahagian mata tengkorak seorang wanita. Penemuan ini bukan sekadar menyingkap rahsia bagaimana mata palsu itu dihasilkan. Malah, ia dapat membantu komuniti arkeologi menyingkap sejarah Shahr-e-Sukhteh atau terjemahannya Bandar Terbakar.

Mata palsu yang ditemui di Shahr-e-Sukhteh, Iran pada 2006. Sumber: Muzium Negara Pra-Sejarah dan Etnografi Pigorini.

Shahr-e-Sukhteh merupakan sebuah petempatan manusia era Zaman Gangsa yang terletak di tenggara Iran. Ia dipanggi dengan nama Bandar Terbakar kerana sebahagian besar kota itu musnah dalam kebakaran yang berlaku pada 3200 SM. Disebabkan usia artifak yang ditemui, saintis percaya kota ini ditinggalkan sekitar 2350 SM tetapi tiada bukti mendedahkan sebab Shahr-e-Sukhteh ditinggalkan.

Ekskavasi di Shahr-e-Sukhteh sudah dijalankan sejak 1997. Selain mata palsu yang ditemui pada 2006, artifak lain yang ditemui ialah permainan dadu antik, tengkorak yang memaparkan teknik pembedahan otak dan sebuah cawan marmar.

Tetapi penemuan yang paling menarik sudah pastinya mata palsu. Berdasarkan pemeriksaan dan analisis saintis, wanita yang pernah memiliki mata palsu itu mempunyai ketinggian enam kaki. Mereka juga percaya mata palsu ini dipasang semasa hayatnya dan bukan dipasang pasca-kematian. Mereka juga percaya wanita ini berusia antara 25 hingga 30 tahun semasa mati di situ.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Analisis pada mata palsu mendapati ia diperbuat daripada tar semulajadi dan lemak haiwan. Dua bahan ini dipilih bukan saja memastikan ia kekal lembap tetapi tahan lasak semasa digunakan 4,800 tahun yang lalu.

Tetapi apa yang menarik para pengkaji arkeologi ialah kehalusan hasil kerja mata palsu berkenaan. Lukisan saluran-saluran individu pada mata palsu dilukis menggunakan wayar emas dengan ketebalan kurang daripada satu milimeter.

Dua lubang yang ditebuk bersama wayar emas pada setiap bahagian bukan saja memastikan proses pemasangan berjalan lancar dan selesa. Tetapi pada masa sama, ia masih menawarkan sokongan kukuh untuk mata palsu yang digunakan. Pemeriksaan juga turut mendapati wanita ini mempunyai nanah pada kelopak mata disebabkan kecenderungannya menggaru mata palsu setiap kali merasa gatal di situ.

Selain mata palsu, pengkaji arkeologi turut menemui artifak-artifak seperti manik bercorak, banyak bekas seramik dan serpihan barang kemas di kubur wanita berkenaan. Artifak-artifak ini menunjukkan wanita tersebut merupakan seorang yang kaya dan berpengaruh pada ketika itu.

Dengan meneliti semua data yang ada, para saintis percaya wanita itu meminta mata palsu dibuat bagi mengelakkan keadaan matanya tidak diketahui sesiapa. Hasil kerja yang bermutu turut menunjukkan ia boleh dihasilkan dengan sokongan kewangan diperlukan agar ia bersesuaian untuk wanita tersebut.

Analisis pada mata palsu itu turut mendedahkan ketelitian sang artisan yang diupah untuk menghasilkan mata berkenaan. Pertama, ia dilukis dan dicat bagi menampakkan mata palsu itu kelihatan realistik semasa dipakai. Kedua, reka bentuk mata yang dihasilkan bersifat bergaya tetapi tetap memenuhi keperluan pelanggannya.

Pengkaji arkeologi percaya mata palsu ini dihasilkan di Shahr-e-Sukhteh dan bukan di tempat lain. Ini menunjukkan pada satu ketika, artisan dan pakar perubatan mempunyai pengetahuan yang baik berkenaan kesihatan okular. Pengetahuan sebegini pasti membawa kepada kemajuan dalam pelbagai isu seperti jangkitan mata dan buta membabitkan pesakit di situ. Begitupun, ia hanya sekadar teori dan belum disokong oleh artifak kota berkenaan.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Melihat kepada kemajuan dan penambahbaikan anggota badan prostetik jika dibandingkan dengan artifak berkenaan, ia sememangnya satu penambahbaikan yang hebat. Tetapi dengan mata palsu itu juga, ia turut mendedahkan kebijaksanaan generasi terdahulu dalam pelbagai bidang ilmu dan bagaimana ia diaplikasikan untuk membantu orang lain. Dan itu satu perkara yang patut dicontohi untuk sepanjang zaman.

RUJUKAN

Leigh, L. (2022, 14 Mac). World’s Oldest Fake Eye from 2800 BC Found in Iran’s ‘Burnt City’. Ancient-Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply