Ujian klinikal sedang dijalankan ke atas cermin mata pintar yang membantu untuk mengembalikan penglihatan orang buta oleh dua buah bandar di Amerika Syarikat iaitu Pittsburgh dan Miami. Teknologi “mata bionik” dijalankan oleh sebuah firma bioteknologi iaitu Pixium Vision.
Mata bionik tersebut merupakan cermin mata yang dipasang kamera. Imej yang ditangkap oleh kamera tersebut dihantar ke cip-mikro (microchip) yang di-implan pada retina pemakai cermin mata bionik tersebut. Kemudian, signal yang diterima oleh cip-mikro ditukar menjadi signal elektrik yang mampu difahami oleh otak. Tuntas, pemakai dapat melihat imej yang “dilihat”.
Subjek yang terlibat dalam ujian klinikal tersebut tidak mempunyai penglihatan sebelum cip-mikro tersebut dipasang pada retina mereka. Setahun selepas cip tersebut di-implan, majoriti telah mempunyai penglihatan mereka dan mampu membaca.
Sesetengah daripada mereka hanya dapat membaca huruf, sebahagian yang lain dapat membaca potongan ayat. Imej yang ditangkap oleh cip implan tersebut hanya mempunyai resolusi sekecil 378 pixels sahaja. Hal ini amat jauh untuk memulihkan penglihatan orang buta sepenuhnya. Namun, teknologi ini telah memberikan perkembangan yang baik untuk membantu mengembalikan penglihatan orang buta.
Harapannya ialah teknologi ini dapat menyembuhkan pesakit yang mempunyai keadaan mata seperti macular degeneration. Macular degeneration memberikan kesan kepada kawasan retina yang bertanggungjawab sebagai penglihatan pusat seseorang. Maka, mereka yang terkena penyakit ini pada tahap yang teruk hanya tidak mampu melihat pada bahagian tengah penglihatan, bukan sisi. Sama ada penglihatannya kabur ataupun gelap tidak nampak.
Pixium Vision juga berharap cip implan yang mereka cipta mampu untuk menyembuhkan penyakit retinis pigmentosa – penyakit yang mengakibatkan hilangnya penerima-foto (photoreceptor) di dalam mata. Teknologi ini tidak dapat menyembuhkan penglihatan yang buta sejak lahir kerana hal itu menuntut penyembuhan sistem saraf optik.
Selain Pixium Vision, Houston’s Baylor College of Medicine juga telah membangunkan teknologi yang lebih kurang sama. Hasilnya, mereka telah menyembuhkan penglihatan 6 orang yang terlibat dalam kajin eksperimen.
RUJUKAN:
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih