Kitab-kitab Yahudi secara amnya tidak menjelaskan secara spesifik mengenai figura syaitan yang terkandung di dalam ajaran Yahudi. Namun begitu, dalam salah satu catatan terawal mereka ada menyebut tentang makhluk syaitan bernama Mastema.

Gambaran tentang Mastema sebenarnya tidak jauh beza dengan syaitan menurut perspektif Islam, malah mirip dengan konsep Iblis yang difahami oleh orang Islam.

Islam, Kristian dan Yahudi merupakan agama samawi kerana secara jelas wujud perkaitan dalam beberapa faktor mengenai ajaran ini dan pada asalnya merupakan agama yang berlandaskan wahyu dari langit, maka tidak hairan jika terdapat beberapa persamaan yang signifikan dalam ketiga-tiga ajaran tersebut.

Boleh dapatkan dua buku terbaru kami di webstore: https://bit.ly/pratempahktmktr

Catatan bertulis mengenai Mastema boleh ditemui dalam karya Biblical Apocrypha, koleksi-koleksi kitab kuno yang dianggap sebagai deuterocanonical books iaitu kitab yang tidak diiktiraf ketulenan-nya(kisah israiliyat) dan tidak termasuk ke dalam ‘canonical books’ seperti Perjanjian Lama(Old Testament) dan Perjanjian Baru(New Testament).

Di samping itu, konsep Mastema mempunyai kecenderungan terhadap konsep dualisme dalam pemikiran Yahudi awal, menjadikan ia bersifat dinamik dalam kumpulan komuniti Yahudi secara umumnya.

Kisah-Kisah Mastema Dalam Kitab Jubilees/Leptogenesis

Kitab Kuno Jubilees pada mulanya menggambarkan Mastema sebagai malaikat yang berkuasa namun dengan kelebihan yang ada membuatkannya mula menderhakai Yahweh.
Lantaran itu, sembilan dari sepuluh pengikut Mastema telah dipenjarakan ke suatu lembah yang dalam. Walau bagaimanapun, salah satu daripada mereka dibenarkan oleh Yahweh untuk melaksanakan tugasan ke atas manusia.

Selepas tamat banjir, Mastema telah memainkan peranan penting ketika zaman kebangkitan Israil. Namun dalam beberapa waktu, Mastema telah bertindak sebagai pendusta selain sering memberi ancaman besar pada kaum Israil dan pengikut Yahweh.

Dalam banyak kejadian menurut teks Yahudi kuno menceritakan bahawa terdapat cubaan untuk memanipulasi Nabi Abraham/Ibrahim supaya Ibrahim mengorbankan anaknya Ishak. Namun tidak diendahkan kerana baginda hanya patuh terhadap Yahweh walaupun hampir mengikuti suruhan Mastema sehingga Yahweh datang menggagalkan rancangan jahat Mastema.

Lukisan Tentang Mastema Sebagai Malaikat

Lanjutan itu, teks-teks Yahudi Kuno juga menggambarkan Mastema sebagai syaitan yang berkuasa ke atas roh-roh jahat dan golongan penyembah berhala manakala Israil adalah golongan yang diperintah secara langsung oleh Yahweh.

Disini boleh dilihat bagaimana perpecahan kelompok antara pengikut Mastema dan pengikut Yahweh diwujudkan. Yahudi sebagai agama bersifat monotheistic melarang umatnya menyembah berhala dan sangat kontra dengan Mastema yang lebih menyenangi penyembah berhala.

Mereka percaya pada akhir zaman nanti semua manusia akan dibebaskan daripada pemerintahan Mastema dan segalanya diserahkan kepada kekuasaan Yahweh.

Sumber Utama Dan Faktor Mengenai Mastema

Tak banyak teks-teks Yahudi menceritakan secara terperinci mengenai syaitan bernama Mastema ini di dalam kitab mereka kecuali sumber utama yang boleh didapati pada kitab Jubilees, kemungkinan ia ditulis pada abad ke-2 SM semasa zaman John Hyrcanus.

John Hyrcanus merupakan seorang ketua Rabbi Yahudi dari Dinasti Hasmonean, Dinasti ini ditubuhkan selepas pemberontakan Maccabean berlaku pada 166 Sebelum Masihi.

John Hycranus

Pemb-rontakan Maccabean berlaku apabila Seleucid Antiochus IV Epiphanes cuba merosakkan kuil orang-orang Yahudi.

Sebagai tindak balas, orang Yahudi di Palestin telah memb-rontak atas dasar tidak berpuas hati dengan tindakan Seleucid Antiochus IV kemudiannya golongan Yahudi berjaya membentuk pentadbiran teokrasi bebas dalam jangka masa pendek.

John Hycranus dikenali kerana beliau banyak menyumbang dalam usaha mengembangkan pengaruh Judea di rantau itu dengan menakluk wilayah di Utara Palestin selain mereka turut memusnahkan kuil pesaing mereka iaitu kaum Samaritan di Gunung Gerizim.

Bukan itu saja, bahkan John Hycranus berjaya menundukkan orang Edom di bahagian Selatan dan memaksa mereka menganut agama Yahudi.

John Hyrcanus licik berpolitik dengan ‘menunggang’ agama Yahudi sebagai cara untuk menyatukan pemerintahannya dengan menyatukan semua pentadbiran di bawah agama yang sama.

Essene Morning Prayers dilukis sekitar tahun 1936 oleh Otto Pliny

Dalam konteks seperti yang diterangkan inilah merupakan faktor mengapa kitab Jubilees ditulis. Watak antagonis seperti Mastema diwujudkan ketika kesedaran mengenai ‘nasionalism’ kaum Yahudi meningkat kerana beberapa orang sarjana mengemukakan cadangan bahawa kemunculan Syaitan Mastema adalah percubaan orang Yahudi untuk membezakan diri mereka daripada bangsa lain atau membezakan diri mereka dengan Yahudi yang murtad.

Oleh itu, Pengisian yang terkandung dalam kitab Jubilees cuba menyampai makna tersirat mengenai orang-orang Yahudi yang berpegang teguh pada ajaran Yahudi adalah umat pilihan tuhan dan selamat berada di pihak yang baik, sedangkan bangsa-bangsa lain, serta orang-orang Yahudi yang murtad berada di bawah pemerintahan Mastema(syaitan) yang sentiasa bergelumang dalam kegelapan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Comments are closed.