“Say hello to my little friends!” — Tony Montana

Jika kalian dapat mengagak dari mana datangnya dialog yang pernah popular ini, bermakna anda pasti pernah menonton filem Scarface, sebuah filem yang diinspirasikan dari kisah hidup ketua kumpulan mafia Itali-Amerika. Al Capone, dan dilakonkan oleh Al Pacino.

Mafia Amerika merupakan rangkaian organisasi jen4yah terancang Itali-Amerika yang beroperasi di seluruh bandar-bandar besat di Amerika Syarikat, terutamanya di New York dan Chicago, kebangkitan mereka bermula dengan kejayaan dalam aktiviti perdagangan minuman keras haram pada zaman Prohibition Era di tahun 1920-an.

Walaupun pergerakannya hanya di dalam Amerika Syarikat, struktur ini 100% dipengaruhi oleh budaya pendatang Itali, ini termasuklah nama alternatifnya di mana kumpulan mafia Amerika dikenali sebagai Sicilian Mafia atau La Cosa Nostra.

Selepas Prohibition Era berlalu, kumpulan-kumpulan Mafia mula beralih kepada gerakan perniagaan jen4yah yang lain, dari penyeludupan d4dah hingga ke perjudian haram, sementara itu mereka turut menyusup ke dalam kesatuan pekerja dan ada yang membuka perniagaan yang sah seperti kontraktor pembinaan dan industri butik fesyen pakaian di New York.

Tindakan jen4yah Mafia yang kejam, ritual sulit dan tokoh terkenal seperti Al Capone dan John Gotti telah menarik minat orang ramai hingga ia pernah menjadi sebahagian daripada budaya pop.

Selama akhir abad ke-20, kerajaan menggunakan undang-undang anti-pemerasan untuk mensabitkan dakwaan terhadap ketua gerombolan yang berpangkat tinggi bagi melemahkan Mafia. Walau bagaimanapun, budaya mafia masih terus hidup hingga hari ini di Amerika Syarikat.

Penghijrahan dan Prohibition Era

Semasa akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, gelombang penghijrahan orang Itali yang kebanyakannya adalah para petani, karyawan dan buruh tidak mahir, tiba dalam jumlah yang besar secara berturut+turut di Amerika Syarikat dengan harapan dapat mengambil sedikit peluang dan manfaat ekonomi yang lebih baik dinikmati oleh Amerika.

Di Bandar New York sahaja, bilangan orang Itali meningkat dari 20,000 hingga 250,000 antara tahun 1880 dan 1890, dan pada tahun 1910, jumlah itu meningkat kepada 500,000 pendatang dan generasi pertama Amerika Itali, atau satu per sepuluh dari penduduk bandar.

Sebilangan besar golongan pendatang ini adalah patuh kepada undang-undang, tetapi, seperti kebanyakan kumpulan masyarakat yang lain, sebahagiannya adalah penjen4yah yang membentuk geng kejiranan mereka sendiri, adakalanya berlaku pergadvhan sesama mereka hingga ada yang samada menjadi pem4ngsa mahupun menjadi m4ngsa mereka dalam komuniti mereka sendiri.


Semasa zaman Prohibition Era pada tahun 1920-an, ketika Pindaan ke-18 pada Perlembagaan Amerika Syarikat melarang penjualan, pembuatan dan pengangkutan minuman beralkohol, geng Itali-Amerika (bersama dengan kumpulan etnik lain) menyertai perniagaan minuman keras secara haram yang berkembang pesat dan secara tidak langsung membentuk diri mereka dari sekumpulan pendatang asing kepada perusahaan jen4yah yang canggih, mahir dalam penyeludupan, penggubahan wang haram dan merasuah pihak berkuasa.

Sepanjang tempoh itu, Mafia Sicily di Itali, yang telah berkembang sejak sekurang-kurangnya pertengahan abad ke-19, diper4ngi oleh rejim F4sis Benito Mussolini (1883-1945). Beberapa anggota mafia Sicily melarikan diri ke Amerika Syarikat, di mana mereka terlibat dalam aktiviti penyeludupan dan menjadi sebahagian daripada Mafia Amerika yang sedang tumbuh bagai cendawan.

Mafia Amerika Syarikat dan Sicily adalah dua entiti yang berbeza, walaupun mafia di Amerika menyerap banyak pengaruh tradisi mafia Itali, termasuklah omerta, kod sumpah dan kerahsiaan yang sangat penting yang melarang sebarang kerjasama dengan pihak berkuasa pemerintah.

Mafia Amerika Yang Lebih Tersusun

Pada akhir 1920-an, perebutan kuasa berd4rah yang dikenali sebagai P3rang Castellammarese tercetus antara dua kumpulan jen4yah Itali-Amerika terbesar di New York City. Pada tahun 1931, setelah kumpulan yang diketuai oleh ketua mafia kelahiran Sicily, Salvatore Maranzano (1886-1931) berkuasa, dia mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai “capo di tutti capi,” atau ketua segala ketua di New York.

Tidak berpuas hati dengan rampasan kuasa yang dilakukan Maranzano, seorang g4ngster yang semakin terkenal bernama Lucky Luciano (1897-1962) telah membvnuhnya pada tahun yang sama.

Luciano kemudian mendalangi pembentukan sebuah organisasi pusat yang dikenali sebagai The Comission untuk berfungsi sebagai lembaga pengarah kebangsaan bagi rangkaian mafia Amerika, yang pada masa itu terdiri daripada sekurang-kurangnya 20 keluarga penjen4yah di seluruh negara.

New York, yang telah menjadi ibu kota jen4yah terancang Amerika, telah dibahagikan kepada lima keluarga utama Mafia; di mana-mana sahaja Mafia beroperasi, hanya ada satu keluarga jen4yah di setiap bandar. Peranan The Comission adalah untuk menetapkan dasar dan menjadi orang tengah dalam sebarang perselisihan yang berlaku di antara keluarga-keluarga mafia.

Setiap satu dari lima keluarga mafia di New York mendapat undi The Comission ketika dibentuk, sementara ketua keluarga mafia di Chicago dan Buffalo juga masing-masing mendapat satu undi.

Hierarki dan Ritual

Biasanya, setiap keluarga Mafia Amerika diatur di sekitar hierarki yang diketuai oleh bos yang memerintah dengan kuasa autokratik yang tidak boleh dipersoalkan dan menerima bahagian dari setiap operasi yang menghasilkan wang di mana ia dilakukan oleh mana-mana anggota keluarganya.

Kedudukan kedua di bawah bos digelar sebagai capos atau kapten, yang masing-masing akan mengawal satu kru dengan 10 anggota atau “tentera” (orang yang telah “dibuat,” atau diserap ke dalam keluarga). Setiap keluarga juga mempunyai consigliere, atau difensore civico, yang bertindak sebagai penasihat dan ombudsman.

Di bahagian bawah rantaian ini adalah sekutu atau rakan sejen4yah, iaitu orang yang bekerja atau berniaga dengan keluarga mafia tetapi bukan ahli penuh.

Menjadi anggota rasmi keluarga Mafia secara tradisinya melibatkan upacara permulaan di mana seseorang mesti melakukan upacara sumpah seperti men0reh jarinya dengan pisau untuk mengambil d4rah dan memegang gambar Patron Saint yang sedang dibakar sambil mengangkat lafaz sumpah setia.

Memiliki d4rah warisan keturunan Itali adalah prasyarat bagi setiap induktif (walaupun beberapa keluarga jen4yah memerlukan keturunan seperti itu hanya dari belah bapa) dan bagi seorang lelaki pula, walaupun tidak selalu diamalkan, mereka harus melakukan pembvnuhan sebelum mereka boleh diiktiraf sebagai ahli keluarga mafia.

Menjadi seorang anggota Mafia bermaksud sebagai komitmen seumur hidup dan setiap anggota mafia harus bersumpah untuk mematuhi kod omerta, kod kesetiaan dan kerahsiaan yang sangat penting. Mafia juga diharapkan mematuhi peraturan lain, seperti tidak meny3rang antara satu sama lain dan tidak berlaku curang dengan teman wanita atau isteri anggota lain.

Penguasaan Mafia abad ke-20

Dengan penamatan Prohibition Era pada tahun 1933, Mafia bergerak diluar jangkauan batasan dan terlibat dalam berbagai kegiatan dunia bawah tanah dari perjudian haram hingga menjadi pemberi pinjaman atau lintah darat dan hinggalah ke sektor pelacvran.

Mafia juga melebarkan sayapnya ke dalam kesatuan pekerja dan perniagaan yang sah, termasuk pembinaan, pengumpulan sampah, trak, restoran dan kelab malam dan industri pakaian New York, dan meraih keuntungan besar melalui sogokan dan menerima wang perlindungan.

Instrumen kejayaan Mafia adalah keupayaannya untuk menyuap penjawat awam dan taikun perniagaan yang korup, bersama dengan saksi dan juri yang disuap dalam perbicaraan kes melibatkan anggota mafia di mahkamah.

Pada pertengahan abad ke-20, terdapat 24 keluarga jen4yah yang diketahui di Amerika Syarikat yang terdiri daripada kira-kira 5,000 anggota penuh dan ribuan rakan sekutu di seluruh negara.

Sebelum tahun 1960-an, beberapa pemimpin kerajaan, termasuk Pengarah FBI, J. Edgar Hoover, menyuarakan keraguan tentang kewujudan rangkaian jen4yah teratur Itali-Amerika dan sebaliknya menyarankan agar geng-geng jen4yah beroperasi secara sah di peringkat tempatan. Akibatnya, agensi penguatkuasaan undang-undang membuka sedikit jalan untuk menghentikan kebangkitan Mafia dalam tempoh ini.

Kejatuhan Mafia

Pada tahun 1970, Kongres meluluskan Racketeer Influenced and Corrupt Organisations (RICO) Act, yang terbukti menjadi senjat4 yang kuat dalam p3rang kerajaan terhadap Mafia, kerana ia membenarkan para pendakwa untuk memburu keluarga mafia dan sumber pendapatan mereka, samada yang sah mahu pun yang haram.

Selama tahun 1980-an dan 1990-an, undang-undang RICO digunakan untuk mendakwa ramai g4ngster yang berperingkat tinggi. Beberapa orang anggota mafia yang menghadapi hukuman penjara yang panjang bertindak melanggar kod omerta yang dahulu dianggap suci dengan memberi keterangan sebagai saksi terhadap sesama gerombolan mereka sebagai tukaran untuk mereka mendapat tempat dalam program perlindungan saksi kerajaan persekutuan.

Pada masa yang sama, keanggotaan Mafia menurun setelah kawasan kejiranan Itali-Amerika, yang pernah menjadi tempat rekrut yang lazimnya melahirkan tokoh-tokoh mafia, mengalami perubahan demografi dan telah berasimilasi dengan masyarakat secara meluas.

Menjelang awal abad ke-21, Mafia Amerika hanyalah sekadar menjadi bayangan simbolik bekas dirinya sendiri. Namun, Mafia masih terus aktif dalam beberapa bidang tradisinya, termasuk menjadi lintah darat yang memberi pinjaman wang dan industri perjudian haram, dan penglibatannya dalam kesatuan pekerja dan industri yang sah seperti pembinaan masih belum berjaya dihapvskan sepenuhnya.

Beberapa faktor yang mungkin telah menyumbang kepada kelangsungan hidup kumpulan Mafia mungkin adalah kerana setelah tragedi ser4ngan pengg4nas terhadap Amerika Syarikat pada 11 September 2001. Boleh dikatakan, ancaman pengg4nas antarabangsa jauh lebih besar berbanding mafia.

Semenjak ser4ngan itu, segala sumber dan dana penting yang dikhaskan untuk menyiasat kegiatan jen4yah terancang (yang telah melalui pemotongan kos sebelum 9/11) telah dipindahkan untuk meningkatkan keupayaan kerajaan dalam menangani pengg4nas. Kerana itulah mafia masih wujud di Amerika Syarikat sehingga ke saat ini.

Bonus: Tahukah anda?  Ketua Mafia, John Gotti (1940-2002) digelar “Teflon Don” kerana keupayaannya untuk mengelakkan diri dari sebarang pendakwaan. Namun, setelah seorang mafia bernama Sammy Gravano berpaling tadah menjadi pemberi maklumat kepada pihak berkuasa dan memberi keterangan terhadap Gotti, Gotti dihukvm atas tuduhan membvnuh dan peras ugut pada tahun 1992 dan dihantar ke penjara, di mana dia meninggal dunia akibat kanser.

RUJUKAN:

The Documentary On Italian-American Mafia Crime Families of New York: https://youtu.be/OScO5eVq7Bk

Kings & Generals: History of American Mafia: https://youtu.be/jUne3fMzPKU


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.