Semua sedia maklum dengan isu perubahan iklim, dunia mula beralih ke arah menjaga kelestarian alam termasuk memilih tenaga boleh diperbaharui. Salah satu tenaga boleh diperbaharui yang menjadi komoditi hangat di pasaran ialah tenaga suria. Namun, di sebalik penurunan kos saban tahun, kos mendapatkan tenaga suria masih dianggap mahal.
Justeru, para saintis mula mencari jalan bagaimana hendak mengurangkan lagi kos tenaga suria agar ia boleh dinikmati semua termasuk golongan kurang berkemampuan. Salah satu idea terbaru berkenaan tenaga suria ialah panel anti-suria. Panel ini dikatakan menyerap tenaga suria pada waktu malam dan menukarnya sebagai tenaga elektrik.
Pada waktu malam, bila panel suria tidak menerima sebarang haba untuk diserap, terdapat haba yang keluar dan boleh dimanfaatkan sebagai tenaga. Dengan menghalakan panel yang panas ke arah ruang angkasa lepas, haba ini mula bersinar di luar sebagai sinaran inframerah lutsinar.
Fenomena ini dikenali sebagai penyejukan sinaran dan sekiranya haba yang keluar ini boleh dimanfaatkan sebagai tenaga elektrik, ia boleh membekalkan elektrik kepada bandar-bandar pada waktu malam. Dengan kos menyimpan tenaga suria pada waktu siang terlalu mahal, penghasilan tenaga secara terus pada waktu malam dilihat boleh mengurangkan beban tersebut.
Dan ini menjadi pilihan sepasukan penyelidik dari Universiti Stanford yang mengaplikasikan model termodinamik dari penjana tenaga termoelektrik untuk rekaan panel anti-suria mereka. Mengikut model tersebut, mereka menjangkakan tenaga sebanyak 2.2 watt per meter persegi tanpa memerlukan bateri atau sumber tenaga luar.
Walaupun pelbagai entiti sedang mencuba menghasilkan panel sel anti-suria, rekaan penyelidik Universiti Stanford boleh menghasilkan tenaga sebanyak 120 kali ganda berbanding panel anti-suria lain. Dengan kapasiti tenaga sebegitu rupa, ia sudah menghampiri penanda aras prestasi enjin haba Carnot iaitu had termodinamik secara teori untuk enjin tenaga yang sempurna.
Konsep ini berasaskan teknologi sedia ada yang menggabungkan dan memanfaatkan penyejukan sinaran dengan penjana tenaga termoelektrik. Dari segi skala, dengan hanya meninggalkan kesan kurang daripada 1%, ia merupakan satu tanda yang baik memandangkan penjana tersebut merupakan bahagian termahal dalam sistem tersebut.
Kumpulan penyelidik ini kemudiannya mengaplikasikan parameter dunia sebenar pada model komputer panel anti-suria mereka. Bila ia diletakkan di atas bumbung, mereka melihat model saiz panel anti-suria mereka menghasilkan keseimbangan terbaik antara kehilangan haba dengan penukaran termoelektrik.
Salah seorang ahli kumpulan ini ialah jurutera elektrik, Lingling Fan. Beliau berkata, “Kami sedang membangunkan teknik penjanaan elektrik lestari, berprestasi tinggi yang membolehkan semua orang termasuk di luar bandar akses kepada sumber tenaga yang boleh diharap dan lestari dengan kos yang rendah.
“Sumber tenaga modular sebegini boleh digunakan dengan membekalkan tenaga kepada pengesan-pengesan luar grid yang digunakan dalam pelbagai jenis aplikasi dan mengubah sisa haba dari kenderaan kepada tenaga yang boleh digunakan.”
Bagaimanapun, aplikasi sebegini masih belum dapat direalisasikan. Ini kerana walaupun mempunyai potensi tenaga yang hebat tetapi ia masih belum mencukupi memenuhi pelbagai aspirasi yang dinyatakan. Walau bagaimanapun, tenaga yang tidak bergantung kepada sumber fosil untuk keperluan tenaga manusiawi ialah satu idea yang patut dikembangkan dan ditambahbaik.
RUJUKAN :
Cassella, Carly. (2020). This ‘Anti-Solar Panel’ Could One Day Produce Energy Even at Night. Science Alert. https://www.sciencealert.com/an-off-grid-anti-solar-panel-could-one-day-produce-energy-even-at-night
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih