Zhuge Liang menangis semahu-mahunya ketika dipersembahkan dengan kepala Ma Su yang telah dipenggal. Oleh kerana ahli strategi terkenal China ini secara peribadinya telah memerintahkan pelaksanaan hukuman m*ti terhadap Ma Su, salah seorang komandan bawahan yang paling disayanginya, reaksi ini membingungkan beberapa penasihat Zhuge Liang.

“Saya menangis bukan kerana Ma Su, saya teringat akan mendiang Maharaja yang pernah memberi amaran kepada saya supaya tidak menggunakan lelaki ini kerana tindakannya tidak akan setanding dengan kata-katanya yang sombong. 

Kata-kata Maharaja telah terbukti sangat benar, saya sekarang hanya perlu menghilangkan kebutaan saya ini. Saya menangis kerana mengenangkannya.”

Apakah kata-kata sombong yang membuka takdir nasib Ma Su yang malang itu? Menurut novel sejarah China, Romance of Three Kingdoms, kesalahan terbesarnya adalah terlalu mengabdikan dirinya secara membabi buta terhadap nasihat ketenteraan tokoh militari yang terkenal, Sun Tzu.

Ma Su.

Ma Su amat terkenal kerana kerajinannya mempelajari teks strategi klasik, namun dia tidak mempunyai pengalaman ketenteraan secara praktikal. Ketika Zhuge Liang terpaksa memilihnya untuk satu misi penting bagi mempertahankan persimpangan strategik di Jieting dalam melawan pasukan tentera yang besar dan berkemampuan tinggi yang diketuai oleh Sima Yi, Ma Su dengan yakinnya menjawab:

“Pengajian sains ketenteraan seumur hidup telah memberi saya pemahaman yang baik tentang peper*ngan. Agak sukar hendak memikirkan bahawa ia di luar kemampuan saya untuk mempertahankan Jieting.”

Setibanya di lokasi tujuan, Ma Su telah melihat puncak bukit yang terpencil dan terus menentukannya sebagai simbolik kepada “medan kem*tian” yang terkenal dan dipopularkan oleh Sun Tzu untuk memposisikan tenteranya.

Ketika komander kedua yang membantu Ma Su, Wang Ping yang lebih berpengalaman dalam pertemp*ran, menyarankan agar mereka mempertahankan Jieting dengan mendirikan barisan pertahanan mendalam yang berpusat di persimpangan penting dan berhampiran dengan sumber air segar, Ma Su melenting:

“Itu adalah cara wanita melihat sesuatu! Sun Tzu pernah katakan, ‘Askar sentiasa bertahan apabila diancam oleh kem*tian.’ Saya tahu teks ketenteraan saya. Bahkan Tuan Yang Terutama (Zhuge Liang) sendiri bertanya kepada saya. Jadi, jangan menyulitkan keadaan! “

Komander pihak musuh yang bertekad untuk menyulitkan keadaan Ma Su, dengan segera mengepung pasukannya yang terpencil dan memutuskan akses mereka kepada bekalan air.

Daripada membakar semangat tenteranya untuk berjuang tanpa rasa takut untuk terus hidup ketika dikepung, kerana itu lah kaedah yang disarankan oleh Sun Tzu melalui The Art of W*r, namun tentera Ma Su berterusan panik, cuba melarikan diri, dan dikalahkan dengan teruk.

Zhuge Liang tidak mengambil ringan terhadap sikap ketidakcekapan ketenteraan Ma Su dan hanya berjaya menangkis malap*taka sepenuhnya dengan berjudi nasib melalui strategi kubu kosong yang berisiko namun berjaya memperbodohkan Sima Yi untuk mempercayai bahawa semua itu adalah sebahagian daripada tipu muslihat untuk menariknya agar terjerat dalam ser*ngan hendap yang dahsyat.

Mungkin ada dikalangan pembaca yang mungkin terkejut dengan pandangan yang terang-terangan meremehkan salah satu teks ketenteraan yang paling disegani di dunia ini, tetapi anda tidak perlu terkejut. Para pemikir yang sezaman dengan Sun Tzu sendiri dan pemikir China kemudiannya tidak pernah mengelakkan diri dari perdebatan yang berilmiah mengenai kebijaksanaan yang terdapat dalam karyanya.

Sejarawan China Sima Qian menggambarkan tokoh yang mirip dengan Ma Su bernama Zhao Kuo, yang juga terkenal dengan kajian teliti mengenai teks strategi ketenteraan, tetapi dia juga tidak mempunyai pengalaman ketenteraan yang kukuh.

Ketika raja melantiknya sebagai panglima tentera untuk seluruh angkatannya berdasarkan kemampuan retoriknya dalam membahaskan perkara tentang ketenteraan, hasilnya adalah malapetaka.

Pada Pertempuran Changping pada tahun 260 SM, dalam jangka masa yang sekejap saja Zhao Kuo terperangkap dan dibun*h. Akibatnya, kesemua 400,000 orang askar di bawah perintahnya dihukum m*ti oleh pasukan Qin yang menang.

Lebih jauh beberapa kemudian, maharaja dinasti Qing, Maharaja Kangxi (1661-1722 M), merangkap komander tentera yang berjaya dan penguasa pertama yang menyerap Tibet dan Taiwan di bawah penguasaan China yang besar, menyatakan penghinaan terhadap mereka yang menggalakkan kebergantungan terhadap teks militari kuno untuk menyelesaikan masalah kontemporari ketenteraan:

“Kerana dalam per*ng, pengalaman dalam sebarang tindakan adalah penting. Tujuh Klasik Ketenteraan yang penuh dengan kata-kata kosong tentang air dan api, petanda bertuah dan nasihat mengenai cuaca, semuanya disusun secara rawak dan saling bertentangan. Saya pernah memberitahu pegawai saya bahawa jika anda mengikuti buku-buku ini, anda tidak akan pernah memenangi sebarang pertemp*ran.”

Salah satu kritikan terhadap Sun Tzu yang paling terkenal berasal dari ahli falsafah Konfusianisme abad ketiga SM, Xunzi. Dalam bab yang bertajuk “Perbahasan Hal Ehwal Ketenteraan,” Raja Xiaocheng dari Zhao bertanya tentang aspek strategi ketenteraan yang paling penting.

Tuan Linwu, menyebut nama Sun Tzu dan berpendapat bahawa mengikuti nasihat yang dinyatakan dalam bukunya adalah cara paling pasti untuk mencapai kemenangan. Namun Xunzi dengan tegas tidak setuju dan mengadakan wacana yang panjang lebar tentang mengapa bergantung pada bimbingan Sun Tzu dapat menghasilkan keuntungan sedangkan kelemahan yang ada pada keseluruhan teori ketenteraannya pasti akan mengakibatkan kekalahan strategik.

Xunzi menunjukkan bahawa kepatuhan melampau terhadap panduan ketenteraan Sun Tzu sangat merugikan kepentingan diri seseorang, sehingga disamakan dengan istilah “menggunakan satu jari untuk menggerakkan periuk mendidih.”

Sikap pesimistik Xunzi itu tidak timbul tanpa asas sejarah. Pengulas tentang karya Sun Tzu selali menyebut tentang kempennya menentang negara Chu pada tahun 506 SM sebagai bukti kebijaksanaan strategiknya. Sebagai komander tentera kecil negara Wu, Sun Tzu menafikan jangkaan keputusan dengan menyer*ng jirannya yang jauh lebih besar dan kuat, Chu.

Semasa Pertemp*ran Boju, pasukan Wu membuat kejutan dengan mengalahkan tentera Chu dan menduduki ibu kota mereka di Ying. Sebilangan besar pengulas Art Of W*r kebiasaannya lebih selesa menghentikan ceritanya pada titik ini, tetapi dengan memangkas garis masa sejarah telah menutup kebodohan strategi dengan kejayaan operasi dan taktikal.

Menurut Zuozhuan, naratif sejarah tertua di China pada zaman ini, kemenangan Sun Tzu sangat singkat. Sebaik saja setelah kekalahannya, saki baki tentera Chu bersekutu dengan negara Qin, yang kemudian bersama-sama mengusir pasukan Sun Tzu dari wilayah Chu. Pengunduran Wu telah dimanipulasikan dengan rumit oleh fakta bahawa negara Yue telah memanfaatkan ketiadaan Sun Tzu dengan menyer*ng sempadan Wu.

Menambahkan lagi malap*taka, cubaan rampasan kuasa oleh adik lelaki raja Wu yang kebetulan bertepatan dengan masa peristiwa-peristiwa ini menyebabkan seseorang boleh mempersoalkan keseluruhan nilai strategi kempen Sun Tzu yang paling terkenal itu.

Dalam masa dua tahun setelah ser*ngan Sun Tzu, negara Chu kembali dengan statusnya sebagai kuasa hegemoni di China, kedudukan yang akan dikekalkan mereka selama tiga abad berikutnya. Dan apakah pengakhiran nasib yang menimpa kerajaan Wu, entiti politik yang Sun Tzu telah bersumpah untuk memperkukuh dan melindunginya, wilayah yang mendapat keuntungan langsung dari bimbingannya secara peribadi itu?

Hanya tiga dekad setelah kemenangannya yang mengejutkan di Boju, negara Wu dimusnahkan sepenuhnya, dipadamkan terus dari peta oleh musuhnya yang berada di selatan, Yue, yang menghancurkan Wu dengan bantuan Chu.

Sebagaimana ahli teori ketenteraan Barat kemudiannya akan memperingatkan: “hasil penentu keputusan per*ng tidak selalu dianggap sebagai pengakhiran. Negara yang kalah sering menganggap hasilnya hanya sekadar sebagai kejahatan sementara.”

Sun Tzu mungkin boleh memanfaatkan pandangan Clausewitz tentang “kemusnahan pasukan musuh sentiasa merupakan kaedah yang lebih unggul dan lebih berkesan, yang tidak dapat ditandingi oleh orang lain.”

Pandangan skeptisisme yang sihat terhadap Art of W*r sangat kurang dalam analisis kontemporari karya berikut. Pengarang seperti Mark McNeilly dan Bevin Alexander dengan tegas berpendapat bahawa Sun Tzu memberikan kita prinsip-prinsip universal dan berkekalan untuk mencapai kemenangan ketenteraan, dan hanya dengan dengan tindakan bodoh yang menyimpang dari prinsip-prinsip ini barulah para komander mengalami kekalahan yang memalukan.

Derek Yuen melihat dalam kitab purba ini sebagai pendahulu kepada apa yang dilabelkan oleh ahli teori moden sebagai “cybernetics”, dan mengubah ayat-ayat yang berlainan dari teks asal menjadi jalan yang rumit untuk memanipulasi mekanisme tindak balas komander lawan, sehingga menjadikan daya temp*r seseorang musuh tidak efektif sebelum temb*kan pertama dilepaskan.

Siri episod Sun Tzu di History Channel menghentam pemikiran penonton dengan hipotesis sederhana yang tidak masuk akal bahawa tragedi kekalahan dalam Per*ng Vietnam dapat dielakkan sekiranya komander tentera Amerika Syarikat mempraktikkan panduan dari kitab Art Of W*r dengan tegas.

Hart bertanya, “Bagaimana dengan Sun Tzu?” Atase itu menjawab “memandangkan karya Sun Tzu adalah teks klasik yang dihormati, buku itu dianggap ketinggalan zaman oleh kebanyakan pegawai yang lebih muda, dan oleh itu hampir tidak patut dijadikan rujukan dalam era per*ng menggunakan senjata mekanikal ini”. Pada saat ini, Hart menyatakan bahawa sudah tiba waktunya untuk mereka kembali kepada panduan yang diberikan Sun Tzu.

Semasa Per*ng Dunia Kedua, ahli teori ketenteraan B.H. Liddell Hart bertemu dengan wakil ketenteraan China ke British, yang memberitahunya kadet di Akademi Tentera Whampoa sering mempelajari hasil karya-karyanya.

Mungkin pelajar berbangsa Cina memiliki pemahaman yang lebih tinggi terhadap teks tersebut dan lebih bersikap peka terhadap keterbatasannya. Dalam era tentera profesional yang lebih kuat dan temb*kan automatik dari jarak jauh yang sangat tepat, dengan mengikuti panduam Sun Tzu yang berulang kali menggalakkan askar menyusup jauh ke dalam wilayah musuh dan kemudian mencari ‘medan kem*tian’ bagi askar sendiri sebagai kaedah untuk mendesak semangat keberanian mungkin adalah kaedah yang paling baik, tetapi hanya untuk zaman itu sahaja.

Masalah paling utama, bagaimanapun, adalah The Art of W*r tidak lagi dilihat sebagai salah satu peserta dalam arena pertandingan idea strategi temp*r yang besar. Bagi kebanyakan orang, terutamanya di Barat, Sun Tzu sering dianggap sebagai suara tunggal yang berbicara mengenai pemikiran strategik dan ketenteraan China selama bertahun-tahun. Karya Masters of W*r karangan Michael Handel, yang mengkaji persamaan dan perbezaan antara falsafah strategi Timur dan Barat, memberi contoh mengenai masalah ini.

Sementara Handel memberi tumpuan terutamanya kepada Clausewitz dalam meneliti pandangan Barat mengenai strategi, dia juga melengkapkan penilaiannya dengan tulisan dari kumpulan teori yang berlainan dari era yang sangat berbeza, seperti Thucydides, Polybius, Machiavelli, Napoleon, Jomini, Mahan, dan Corbett.

Di bahagian timur pula, persamaan difokuskan secara eksklusif terhadap Sun Tzu, kecuali terdapat sebilangan besar sahaja yang memetik tokoh-tokoh seperti Mao Zedong. Tempoh 2,400 tahun penulisan dan sejarah strategik China antara Sun dan Mao – apatah lagi berabad-abad sebelum Sun Tzu, tetap kekal seumpama kotak hitam yang belum diperiksa.

Dalam kurikulum kursus pengajian strategik berprestij seperti Kolej Per*ng Tentera Amerika Syarikat dan Program Yale dalam Grand Strategy, Sun Tzu mengekalkan statusnya sebagai wakil tunggal dari seluruh corak pemikiran strategik China.

Salah faham mengenai ciri-ciri karakter Sun Tzu sebagai metonim untuk seluruh kebijaksanaan strategik China, masa lalu, masa kini, dan masa depan, secara tidak langsung mengubah kepentingan teks tersebut dan memberikan harapan yang tidak realistik dan lari dari apa yang dapat ditawarkan oleh The Art of W*r dengan strategi moden.

Lebih-lebih lagi, ia memacu ke arah pandangan yang buta mengenai pemikiran strategik China ketika ini, kerana terlalu ramai penganalisis kontemporari berusaha untuk menjejak kembali hampir setiap tindakan orang-orang China terhadap ayat-ayat yang terdapat dalam teks kuno ini.

Pendirian skeptikal ini tidak menunjukkan bahawa tidak ada nilai yang dapat diperoleh dari kajian lebih lanjut terhadap The Art of W*r, dan tidak semestinya ia harus dihapuskan dari silabus kajian strategi. Masih ada banyak perkara yang boleh dikagumi dalam karya ini.

Malah, frasa-frasa penting seperti “Jangan bergantung kepada musuh yang tidak muncul menyer*ng; sebaliknya lebih baik bergantung kepada persiapan untuk menghadapi kemunculannya,” harus diukir menjadi peringatan di atas pintu masuk utama setiap kolej dan akademi per*ng.

Nasihat Sun Tzu tentang “tentera yang berjaya adalah tentera yang menang sebelum menemui pertemp*ran;  tentera ditakdirkan untuk mengalahkan pertemp*ran dengan harapan kemenangan,” harus dilekatkan di bilik setiap pegawai di Pentagon.

Tetapi kita keliru dengan tanggapan yang tidak dapat ditandingi bahawa Sun Tzu juga memberikan kita panduan jalan yang layak untuk mencapai sebarang tujuan. Walaupun terdapat kebijaksanaan konvensional yang ditemui, teks tersebut lebih mencerminkan sifat peper*ngan semasa awal era Negara-negara Berper*ng berbanding risalah mengenai sifat semulajadi per*ng yang tidak berubah.

Sekiranya kita berkeras mahu berpegang pada naratif palsu mengenai relevannya Sun Tzu yang berkekalan, kita ditakdirkan tidak akan lebih bertambah baik dalam usaha kita untuk menguasai kepakaran strategi berbanding pemanah Yue yang purba ini :

“Ketika rakyat Yue mempelajari seni memanah jarak jauh, mereka memandang ke langit dan menemb*k, tetapi temb*kan anak panah mereka hanya berjarak lima langkah kerana mereka tidak mengubah sasaran mereka. Berpegang teguh pada cara lama dalam melakukan sesuatu setelah zaman berubah sama seperti orang Yue berlatih memanah”. – Huainanzi (teks abad ke-2 SM)

RUJUKAN:

  • H. Liddell Hart, foreword to The Art of W*r, by Sun Tzu, trans. Samuel B. Griffith (Oxford: Oxford University Press, 1963), vii.
  • Carl von Clausewitz, On W*r, trans. Michael Howard and Peter Paret (Princeton: Princeton University Press), 80.
  • Sun Tzu, Sun Tzu: The Art of W*rfare, trans. Roger T. Ames, (New York: Ballantine Books, 1993), 136.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.