Pada 18 Disember 2018, Amerika tular berkenaan isu seorang
kanak-kanak berusia 11 tahun yang mengaku identitinya sebagai “queer” dan
menari di sebuah kelab malam gay, mencetuskan pencanggahan pendapat di dalam
negara tersebut.
Kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Desmond Is
Amazing mencetuskan kemarahan bukan sahaja dari kalangan konservatif, bahkan
golongan liberal yang merasakan ini perkara yang melampau.
“Kanak-kanak hetero yang masuk kelab malam heteroseksual
dianggap salah kerana bawah umur, jadi kenapa Desmond yang jelas bawah umur,
bukan sahaja masuk kelab malam, bahkan menari tidak menjadi masalah?”
Begitulah persoalan yang dilontarkan berkenaan isu ini.
Baru-baru ini, Desmond Is Amazing berada di perhimpunan Gay
Pride, disambut meriah bukan sahaja para selebriti, tetapi juga diangkat oleh
media-media pro-liberal seperti CNN, CNBC dan banyak lagi media lain.
Persoalannya, kenapa Desmond yang jelas masih di bawah umur
dibenarkan menari di kelab malam dan ke perhimpunan Gay Pride, dianggap baik
oleh pihak media ini, sedangkan ia jelas ini adalah satu eksploitasi
kanak-kanak?
Camille Paglia, seorang professor dari University of the
Arts, Philadelphia, merupakan seorang pengkritik budaya kontemporari, melihat
LGBT ini sebagai permulaan keruntuhan ketamadunan Barat, sama seperti beberapa
tamadun yang lain seperti Tamadun Babylon, Indus dan Rome.
Menurut Paglia, “trend klinik pembedahan jantina yang makin
berleluasa serta menukar jantina anak yang semakin berleluasa” di negara Barat
seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis dan sebagainya, telah
menular dan ia memberi kesan buruk ke atas psikologi kanak-kanak tersebut.
Paglia menganggap trend ini sebagai penderaan kanak-kanak
kerana pemaksaan penerapan ideologi terhadap kanak-kanak tersebut.
Beliau menganggap bahawa trend terbaru ini sebagai tanda
“sebuah masyarakat yang tidak lagi percaya dengan ketamadunan sendiri” dan
simptom ini telahpun berlaku dalam kejatuhan tamadun sebelum ini.
Kebimbangan Paglia juga disambut oleh seorang lagi tokoh
pemikir, Jordan Peterson yang merupakan seorang pensyarah di University of
Toronto, Kanada.
Menurut Peterson, kecenderungan manusia yang melanggar
fitrah (biologi) dan hanya mahu meletakkan perasaan semata-mata, hanya akan
mengakibatkan keruntuhan moral disamping mengakibatkan kadar populasi menurun
dan mengakibatkan keruntuhan tamadun.
Dan apabila ditanya oleh aktivis LGBT berkenaan beberapa
bukti spesis lain yang wujud perilaku homoseksualiti di dalam alam semulajadi,
Peterson hanya membalas, “haiwan tidak membina tamadun seperti manusia.”
Peterson juga merasa pelik dengan akronim LGBT yang semakin
panjang, yang pada mulanya LGBT, kemudiannya menjadi LGBTQIA, dan kini ada
beberapa golongan yang mahu menjadikan pedopilia dan zoopilia sebagai pilihan
seks hidup.
“Kalau menjadi gay atau lesbian tidak salah, kenapa menjadi
pedopilia dan zoopilia jadi salah? Dan apabila melihat akronim ini semakin
panjang dan melarat, maka ini buktinya semua perkara hanya melibatkan perasaan
dan bukannya kehendak biologi.”
Professor Roberto De Mattei, salah seorang ketua penyelidik
Badan Penyelidik Nasional di Itali mendakwa Empayar Rom jatuh kerana selepas
Perang Punik dengan Empayar Carthage di Afrika, penghambaan seks homoseksual
berleluasa daripada tawanan perang dari bekas tentera Carthage yang
mengakibatkan merebaknya penyakit kelamin dari kalangan tentera Rom.
Dengan penyakit kelamin ini, Rom mula diserang oleh puak
lain seperti Visigoth yang menakluk sebahagian besar Sepanyol, dan Atilla The
Hun yang mengakibatkan kejatuhan empayar tersebut.
Tetapi walaupun dengan kaji selidik yang teliti daripada
ketiga-tiga professor ini, golongan liberal terutamanya yang memperjuangkan hak
LGBT ini menolak pandangan professor ini dengan menggelar mereka sebagai
“bigots”, “sexist” dan “homophobia” kerana pada mereka, perasaan mereka
mengatasi segala-galanya termasuk fakta.
RUJUKAN:
Fall of Roman Empire caused by ‘contagion of homosexuality’. https://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/europe/italy/8438210/Fall-of-Roman-Empire-caused-by-contagion-of-homosexuality.html
Jordan Peterson on Gay Marriage and Gay Parents. https://youtu.be/dNDSektTxnI
Lesson from History: Transgender Mania is Sign of Cultural Collapse – Camille Paglia. https://www.youtube.com/watch?v=I8BRdwgPChQ




No comments yet