Bagi pengkaji sejarah, mereka maklum bahawa alam semulajadi dan geopolitik tidak mempunyai interaksi yang baik. Buktinya, abad ke-17 menjadi saksi kepada pelbagai bentuk revolusi, perang dan ketidakstabilan di banyak negara dan wilayah. Dan hari ini disebabkan perubahan iklim, konflik dijangka akan tercetus akibat kekurangan air. Salah satu negara yang berkemungkinan terjebak dalam konflik akibat air ialah China.

Sumber alam semulajadi amat penting kepada ekonomi dan kemunculan kuasa besar. Pada abad ke-19, Britain muncul sebagai kuasa imperalis kerana mempunyai sumber arang batu yang banyak sekaligus menjadi pemacu kepada Revolusi Perindustrian. Ia kemudiannya diatasi oleh Amerika Syarikat yang mempunyai tanah yang luas, rizab minyak yang banyak dan pelbagai sumber alam lain.

Resepi sama turut membantu China muncul sebagai kuasa dunia hari ini. Tetapi ia ditambah dengan reformasi kapitalis, demografi yang baik dan sistem perdagangan global yang mengalu-alukan perdagangan yang banyak di negara itu. Sumber tanah, air dan bahan mentah yang banyak dicampur dengan buruh murah turut menjadikan China sebagai antara negara pengeluar barang terbesar di dunia.

Tetapi itu semua cerita lama. Sejak sedekad lepas, China merupakan pengimport tenaga dan produk pertanian terbesar di dunia. Tanah subur yang luas kini semakin mengecil  berikutan kualiti tanah yang merosot dan terlalu kerap digunakan untuk pertanian. Pembangunan pesat kota-kotanya turut mendorong China membeli minyak dari AS untuk memenuhi keperluan tenaga domestik yang semakin bertambah.

Dan ini satu hakikat pahit yang perlu ditelan kepimpinan China di Beijing. Walaupun mempunyai 20% populasi dunia, mereka hanya mempunyai 7% bekalan air dunia. Wilayah-wilayahnya terutama di sebelah utara berdepan masalah kekurangan air lebih teruk daripada sesetengah kawasan di Timur Tengah. Banyak sungainya telah hilang dan jika ada sekalipun, tidak sesuai digunakan untuk kegunaan manusia kerana pencemaran dan aktiviti perindustrian.

Situasi ini memberi kesan kepada kantung kewangan China. Dianggarkan lebih AS$100 bilion (RM417.4 bilion) setiap terpaksa dibelanjakan bagi memastikan air dapat sampai ke wilayah-wilayah utara. Kekurangan air dan aktiviti pertanian yang tidak lestari mengakibatkan sesetengah kawasan mula mengalami proses penggurunan.

Bukan tidak ada langkah untuk mencatu dan menambahbaik keberkesanan pengagihan bekalan air. Tetapi langkah-langkah yang diperkenalkan masih tidak mencukupi untuk mengatasi isu berkenaan. Malah, baru-baru ini China mendedahkan Guangzhou dan Shenzhen yang terletak di Delta Sungai Pearl bakal mengalami kemarau teruk sehingga tahun hadapan.

Isu air menambah pelbagai isu yang perlu dihadapi China iaitu kemerosotan demografik, iklim politik yang tidak bertoleransi dan reformasi ekonomi penting yang ditangguh atau dibatalkan. Dengan sumber begini berkurangan, ia bakal membawa kepada masalah pengagihan sumber yang besar. Perkara ini sudah dibangkitkan Perdana Menteri Wen Jiabao pada 2005 yang melihat isu kekurangan air berpotensi mengancam kemandirian setiap warga China.

Dengan masalah sebegini di peringkat domestik, ramai pemerhati China bimbang mereka akan menjadikan negara-negara luar sebagai tempat melepaskan geram. Walaupun tidak sampai ke tahap itu tetapi isu air berpotensi menjadi pencetus krisis geopolitik. Kebanyakan air China datang dari wilayah atau negara-negara yang berjiran dengannya seperti Tibet, Thailand, Vietnam, Laos dan Kemboja.

Selalunya, jika tidak menggunakan kaedah paksaan, China akan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan sesetengah negara kekal miskin. Pembinaan beberapa empangan di Sungai Mekong mengakibatkan isu kemarau dan banjir buruk di Laos dan Thailand. Sementara pengalihan sungai-sungai di Xinjiang memberi kesan buruk di kawasan hilir sungai-sungai di Asia Tengah.

Dan kini, ramai merasakan konflik China-India di Himalaya ada kaitan dengan usahanya membina empangan di kawasan berkenaan. jika rancangan tersebut diteruskan, maka yang bakal menerima padahnya ialah India dan Bangladesh. Oleh sebab itu, seorang penganalisis berpandangan kerakusan air China ini boleh mempengaruhi tindak-tanduk geopolitiknya untuk jangka masa panjang.

RUJUKAN

Brands, H. (2021, 30 Disember). China Is Running Out of Water and That’s Scary for Asia. Bloomberg.

Sumber gambar: AFP


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply