Bangsa pendiri sebuah kerajaan-kerajaan purba tak diukur pada agama mereka. Dalam sejarah, pengganut Hindu itu banyak bangsa. Buddha juga. Bukan Cina atau India sahaja anut dua agama ni. Orang Melayu pernah anut dua agama ini.

Tapi tak menjadikan orang Cina atau India pembuka kerajaan tersebut. Orang Melayu masa beragama Hindu-Buddha bernama Sanskrit. Bila peluk Islam. ramai-ramai tukar nama Arab. Ada pula rekod kewujudan nama cina yang merupakan dalam rekod Cina sebab mereka susah nak sebut nama Sanskrit atau Nusantara.

Nama Sultan Muzaffar Shah dalam rekod China ialah Sulutan Wudafona Sha atau Sultan Mahmud Shah dalam rekod Cina ialah Ma-He-Mosa. Tapi apakah menjadikan mereka sebagai Cina?

Jadi, bagaimana kerajaan-kerajaan purba ni ditentukan pada kebangsaan mereka? Tentunya pada bahasa, kebudayaan, dan juga catatan-catatan luar.

Misalnya sebuah Empayar Melayu purba bernama Srivijaya yang beragama Buddha. Sejarawan yakin ia milik Melayu adalah pada batu bersuratnya.

Batu Bersurat Kedukan Bukit yang ditemui pada 29 November 1920 oleh seorang lelaki Belanda bernama Dutchman M. Batenburg adalah bukti kukuh bahawa orang Melayulah pemilik kerajaan-kerajaan purba silam ini.

Batu Bersurat ini milik Srivijaya, dijangka dipahat pada sekitar 683 Masihi dulu, lebih kurang sezaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat. Dalam batu bersurat itu, ia jelas rekod Bahasa Melayu Kuno, sejenis nenek moyang kepada Bahasa Melayu moden hari ni.

Dalam batu bersurat Bahasa Melayu Kuno ini, dengan jelas ada perkataan-perkataan Bahasa Melayu yang dapat dijejak seperti dua ratus, benua, melepas, cara dan banyak kali. Selain itu, Srivijaya juga dikenali sebagai Melayu dalam banyak catatan-catatan asing contohnya orang Khmer memanggil Srivijaya sebagai Malayu.

Fasa ini tidak terhad kepada tamadun Melayu sahaja, ia merangkumi ketamadunan lain seperti Khmer, Thai, Burma, dan jugak Jawa. Kalau anda membaca sejarah mereka, anda akan jumpa mereka barangkali pengganut Buddha atau Hindu, memakai nama Sanskrit pada nama.

Tapi cuba pergi ke orang Khmer dan cakap yang Jayavarman II yang merupakan pemerintah agung Empayar Khmer bahawa dia seorang Tamil, mesti anda akan disembelih depan Angkor Wat sebab mengkhianati sejarah bangsa mereka.

Tapi cuba ke orang Jawa di Yogyakarta tu dan katakan kepada mereka bahawa Tribhuwana Wijayatunggadewi salah seorang pemaisuri terhebat Majapahit seorang Tamil, mesti dia akan gantungkan tubuh anda terbalik di keraton-keraton Jawa mereka.

Kalau ada kedatangan orang Tamil ketika itu di kerajaan-kerajaan purba ini, kedatangan mereka sebagai salah seorang pedagang di antara ratusan pedagang di Alam Melayu. Dan pertembungan antara mereka adalah pinjaman kata-kata Tamil dalam Bahasa Melayu macam Kedai, Kapal etc.

Kesultanan Kedah yang datangnya berasal daripada 1136 tu Sultan yang berketurunan daripada pengasasnya masih hidup memerintah Kedah tau. Kenapa hari ini mereka mendakwa mereka raja Melayu kalau dakwaan anda bahawa mereka Tamil?

Kenapa naskah-naskah yang bercerita mengenai raja-raja Purba Kedah zaman Hindu-Buddha macam Hikayat Merong Mahawangsa dan juga Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah Darul Aman dalam Bahasa Melayu? Kenapa raja-raja Melayu tak menulisnya dalam Bahasa Tamil atau Cina?

Bahkan dalam Hikayat Merong Mahawangsa dengan jelas menyebut bahawa ketika Sultan Muazam Shah (1179 – 1201) mengarahkan penulisan hikayat tersebut, dengan jelas disebut nama MELAYU:

“Bahawa hamba pinta perbuatkan hikayat pada tuan, peri
peraturan segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya istiadatnya sekali, supaya boleh diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita ini, serta dikurniai dengan sejarahnya.”

Padahal, Sultan Muazzam Shah (1179 – 1201) ini anak kepada Seri Paduka Sultan Mudzazar Shah I (1136 – 1179), raja Hindu terakhir dan sultan Islam pertama negeri Kedah. Kenapa anak seorang sultan yang memeluk Islam dengan jelas mengarahkan penulisan HMM yang bercerita sejarah raja Kedah sebelum Islam menyebut dengan jelas nama bangsa Melayu dan mintak dipertuliskan hikayat raja-raja Melayu?

Dengan jelas, HMM menyebut bahawa raja-raja Melayu purba Hindu dulu berbangsa Melayu. Jadi, berhenti mendakwa-dakwi sana sini kononnya raja-raja Purba ini berbangsa Tamil atau Cina hanya kerana pada agamanya.

Jangan rosakkan sejarah BANGSA MELAYU. Sejarah kami suci, dan kami agak terasa bila bangsa asing cuba mencemarkan sejarah kami dengan pseudo-sejarah yang agak bangsat.

Kalau anda berminat membaca penyelewengan sejarah seperti ini, jemput baca buku keluaran kami, MENCABAR TEORI CHOLA pada harga diskaun RM 20 sempena JUALAN KECEMASAN COVID-19 di pautan https://www.thepatriots.store/store/books/mencabar-teori-chola/.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.