Krisis politik Itali pada awal 1920an di Itali amat membimbangkan. Hal ini kerana kerajaan yang dipimpin oleh PM ketika itu iaitu Luigi Fracta tidak kuat dan sering diherdik rakyat marhaen. Hanya seorang sahaja yang mampu menyelamatkan keadaan tersebut; Raja Itali.

Mukadimah

Itali merupakan sebuah negara yang berlandaskan sistem Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan. Selepas Perang Dunia Pertama (1914-1918), politik dan ekonomi di Itali tidak berapa stabil.

Sungguhpun Itali berada di geng yang menang ketika perang, hutang-hutang akibat perang masih lagi dibelenggu Itali. Hal ini menyebabkan kos hidup rakyat meningkat dan menyebabkan rakyat tidak berpuas hati.

Kemelut ini bertambah buruk apabila keadaan politik di negara itu juga kucar-kacir. Banyak kumpulan politik yang mempunyai agenda-agenda mereka untuk memperbetulkan keadaan. Namun tidak ada satu pun di antara mereka yang mampu membaikpulihkan keadaan yang berlaku di Itali pada ketika itu.

Tidak kisah la sesiapa yang memimpin, Parti Demokratik, Parti Sosialis ataupun Parti Konservatif, tidak ada satu pun manifesto mereka berjaya memulihkan ekonomi dan kesemakmuran Itali. Walapun gabungan-gabungan parti politik (coalition) dibentuk di Parlimen Itali, gabungan ini gagal untuk menyelesaikan masalah yang diutarakan.

Pada ketika ini juga, ramai rakyat Itali yang mahukan revolusi dan perubahan yang lebih radikal. Mereka sanggup bekerjasama dengan Komunis yang kini lebih terkenal dengan semangat radikal mereka.

Rakyat mahukan perubahan yang ketara dan berharao agar Komunis dapat melakukannya seperti yang berlaku di Rusia (Revolusi Rusia 1917) dan Jerman (Revolusi Jerman 1919-1929). Perkara ini membuatkan Raja Itali, Victor Emmanuelle III tidak senang duduk kerana di mana ada revolusi, di situ berakhirnya sistem beraja.

Siapa Mussolini?

Benito Mussolini merupakan bekas editor surat khabar dan juga soldadu ketika Perang Dunia Pertama. Selepas perang, beliau berkecimpung di dalam dunia politik. Beliau pada asalnya seorang Sosialis, keluar dan membentuk parti baru iaitu Parti Fasis Itali yang berlandaskan kepada semangat nasionalism, negarawan dan perluasan jajahan.

Mussolini mahu membawa kestabilan kepada Itali agar matlamat dan agenda untuk membawa Itali di persada dunia tercapai. Inspirasi Mussolini dan partinya terhasil apabila menelaah buku yang ditulis oleh Plato, The Republic. Pada 1921, Mussolini berjaya memenangi kerusi sebagai ahli parlimen Itali (Italian Chamber of Deputies)

Kawad Ke Rome, 28 Oktober 1922

March on Rome

Keadaan dan politik di Itali amat menggusarkan. Mussolini dan konco Fasisnya cuba menghasut rakyat supaya menumbangkan kerajaan yang lemah di Rome.

Keadaan memburukkan lagi apabila puak-puak Komunis pula cuba menghasut rakyat marhaen dengan mengadakan demonstrasi, mogok dan menyerang hub-hub perindustrian di seluruh Itali. Hal ini menggoyahkan lagi kestabilan Itali dan menyebabkan kerajaan gabungan di Rome pimpinan Perdana Menteri Luigi Fracta tidak senang duduk.

Itali perlukan orang kuat untuk membetulkan keadaan dan Mussolini cuba untuk mengambil peluang ini. Beliau mengumpul orang-orang Fasisnya di utara Itali terdiri daripada milita dan rakyat Itali untuk berkawad ke Rome pada 24 Oktober 1922. Motifnya hanya satu, “kami mahu memerintah Itali”

Perdana Menteri Luigi Fracta yang terkesan dengan tindakan ini merangka pelan untuk menghentikan tindakan Mussolini tersebut. Beliau mengesyorkan agar undang-undang tentera dilaksanakan (martial law). Namun, undang-undang ini perlu mendapat tanda tangan Raja Itali yang merupakan Komander Turus Angkatan Tentera Itali.

Penasihat Tentera baginda iaitu General Pietro Badoglio menasihati baginda untuk tandatangan perjanjian tersebut dan cuba meyakinkan beliau bahawa Tentera Itali mempunyai 30,000 anggota di Rome yang mampu menumbangkan ‘tentera gasar’ Mussolini yang hanya bersenjatakan ‘pisau dan parang’.

Namun begitu, Raja Victor Emmanuelle III enggan untuk menandatangani undang-undang tersebut. Hal ini terjadi apabila seorang komander Fasis iaitu Cesare Maria De Vecchi datang ke Istana Raja untuk meyakinkan baginda bahawa tentera Fasis tidak akan derhaka kepada baginda dan berjanji untuk taat setia dengan baginda Raja Itali.

Mussolini bukanlah seorang monarkis namun ramai dikalangan Fasis masih sayang dan taat setia kepada Raja Itali yang terkenal kerana memberi kemenangan terhadap Itali ketika Perang Dunia Pertama. Oleh itu, jika Raja tidak berkenan, Mussolini terpaksa menghentikan agenda beliau dan melarikan diri ke Switzerland.

Namun, pada 27 October 1922, Raja Itali menghantar telegram diraja kepada Mussolini untuk menjemput beliau ke Rome. Luigi Fracta dan kabinetnya terkejut dengan tindakan tersebut dan menuduh baginda membelakangkan suara rakyat dan perlembagaan negara.

Namun, Raja Itali membidas dengan menitah bahawa tindakan baginda termaktub dan selaras didalam perlembagaan negara yang mempunyai Kuasa Eksekutif sebagai Ketua Negara (Head of State) dan Perdana Menteri (Head of Government) hanya boleh menasihati sahaja. Ia sama seperti Perlembagaan Malaysia pada hari ini.

Fracta dan kabinetnya meletak jawatan sebagai tanda protes keengganan Raja Victor Emmanuelle III menandatangani undang-undang martial. Baginda membalas semula dengan menjemput Mussolini ke Rome dan menabalkan beliau sebagai Perdana Menteri Itali.

Mussolini (kiri) mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dihadapan Raja Itali (kanan), 30 Oktober 1922

Faktor keputusan Raja Itali

Antara faktor keputusan drasktik yang dilakukan baginda ialah kerana baginda sudah penat dengan krisis politik yang berlaku di Itali. Bertahun-tahun sudah sejak Perang Dunia Pertama, baginda dihujani dengan mogok, demonstrasi dan ketidakstabilan politik yang membawa kepada kemelesatan dan kemunduran negara.

Baginda juga mendapat nasihat daripada beberapa ahli politik veteran seperti bekas Perdana Menteri Antonio Salandra dan General Armando Diaz untuk ‘deal’ dengan orang seperti Mussolini. Baginda sedar bahawa Itali perlukan seorang ‘strong-man’ atau orang kuat untuk memulihkan Itali yang sedang huru-hara.

Antara faktor lain ialah baginda amat takut jika menghentikan agenda Mussolini (March on Rome), maka Perang Saudara akan berlaku seperti di Rusia (1917) dan Jerman (1919). Kemungkinan besar Itali akan berperang diantara puak Mussolini vs puak Komunis vs puak Monarki vs puak Liberal. Kemungkinan besar juga sistem Raja Itali akan dimansuhkan dan Raja Victor Emmanuelle III akan dibunuh seperti yang berlaku terhadap Maharaja Rusia, Tsar Nicholas II.

Baginda juga memilih Mussolini sebagai Perdana Menteri kerana beliau nampak lebih sopan daripada Fasis-Fasis yang lain seperti Italo Balbo (orang nombor dua Fasis) yang lebih bersifat Republikan.

Dengan perlantikan Mussolini oleh Raja Itali, ia membolehkan Mussolini menjadi Perdana Menteri termuda dalam sejarah Itali. Akibat daripada perlantikan ini, Itali semakin stabil dek kerana kekerasan Mussolini dalam mentadbir negara. Ramai memuji tindakan baginda Raja Itali yang menggunakan kuasa eksekutif baginda untuk menamatkan krisis politik Itali yang berlarutan.

Pada 1943, baginda sekali lagi menggunakan kuasa eksekutifnya. Kali itu, dengan memecat Mussolini sebagai Perdana Menteri.

RUJUKAN

  1. Cassells, Alan. Fascist Italy. Arlington Heights, IL: H. Davidson, 1985.
  2. Mack Smith, Denis Italy and Its Monarchy, New Haven: Yale University Press 1989

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang lepasan UPNM berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Strategi yang kini berkhidmat di dalam Rejimen Renjer Diraja. Penulisan yang lebih cenderung kearah sejarah Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.

Comments are closed.