Oleh kerana pembentukan Persatuan Asia Tenggara atau Association of Southest Asia (ASA) gagal. la mendorong kepada penubuhan MAPHILINDO.

 

MAPHILINDO ialah gabungan daripada tiga buah negara iaitu Malaya, Filipina dan Indonesia. Ia berdasarkan konsep yang dibangunkan semasa kerajaan Komanwel di Filipina oleh Wenceslao Vinzons dan Eduardo L.Martelino. Vinzons membayangkan satu negara bangsa Melayu bersatu merealisasikan impian José Rizal.

 

Pada Julai 1963, Presiden Diosdado Macapagal Filipina mengadakan mesyuarat sidang kemuncak di Manila.

 

Persetujuan untuk tubuhkan MAPHILINDO pada tahun 1963 adalah hasil idea Presiden Filipina Diosdado Macapagal yang nak wujudkan sebuah Persekutuan Gabungan Dunia Melayu untuk tujuan melerai perbezaan yang wujud dalam kalangan negara anggota yang berpecah akibat dari warisan sejarah yang dilalui.

 

Tujuan Penubuhan MAPHILINDO pada tahun 1963 yang menggantikan ASA adalah untuk mewujudkan hubungan baik dalam kalangan negara di Asia Tenggara.

 

Pertelingkahan timbul antara Malaysia dengan kedua-dua negara tersebut disebabkan oleh cadangan pembentukan Malaysia.

 

Indonesia tak bersetuju dengan pembentukan Malaysia kerana Presiden Soekarno anggap pembentukan Malaysia sebagai neokolonialisme atau bentuk penjajahan baru.

 

Tentangan Filipina pula adalah kerana negara tersebut menuntut Sabah yang didakwanya masih menjadi hak milik mereka.

 

Untuk menyelesaikan pertelingkahan ini, Malaysia ambil langkah rundingan dengan Filipina dan Indonesia. Rundingan ini akhirnya membawa kepada penubuhan MAPHILINDO.

 

Ketiga-tiga negara mencapai kata sepakat memohon bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia.

 

PBB hantar perwakilannya pada tahun 1963 yang diketuai oleh Lawrence V. Michael More untuk meninjau pendapat rakyat di sabah dan Sarawak. Hasil daripada tinjauan tersebut, rakyat di kedua-dua negeri bersetuju dan menyokong pembentukan Malaysia.

 

Sungguhpun begitu, Indonesia dan Filipina kurang berpuas hati dengan siasatan PBB dan terus menentang pembentukan Malaysia. Persengkataan yang berterusan ini menyebabkan MAPHILINDO tak berperanan lagi.

 

MAPHILINDO dibubarkan sebulan kemudian apabila Sukarno memulakan dasar Konfrontasi dengan Malaysia yang baru ditubuhkan.

 

Pengisytiharan Malaysia ditangguhkan sehingga 16 September untuk memberi masa kepada laporan PBB.

 

Filipina dan Indonesia enggan mengiktiraf persekutuan Malaysia. Pada 16 September, Malaysia putuskan hubungan diplomatik dengan kedua-dua negara. Indonesia bertindak balas dengan putuskan pula hubungan perdagangan dengan Malaysia.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Kalau korang nak tahu lebih pasal hubungan Malaysia dengan negara lain, jawapannya di dalam DUNIA TANPA TEMBOK. Buku ni dah ada trilogi untuk korang layan dan tahu apa konflik yang dah berlaku di seluruh dunia ni. Dapatkan terus ketiga-tiga trilogi ni sekarang!

 

https://bit.ly/DuniaTanpaTembok1

https://bit.ly/DuniaTanpaTembokII

https://bit.ly/DuniaTanpaTembok3


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply