Sejarah sebenarnya penuh dengan misteri. Salah satu misteri adalah Manuskrip Voynich, yang mengandungi mesej begitu pelik lagi menggerunkan. Tiada siapa tahu bila manuskrip ini ditulis.

Ikut anggaran, ia ditulis sekitar abad ke-15 barangkali di Itali (Stolte, 2011). Namun ia ditemui pada tahun 1912 oleh seorang pengumpul buku lama bernama Wilfrid Voynich (dinamakan sempena beliau).

Voynich meluangkan seumur hayatnya untuk menterjemah kandungan manuskrip ini. Satu muka surat pun beliau tidak berjaya. Kenapa?

Kerana kandungannya penuh dengan teks dan lukisan yang tiada siapa tahu asal-usul. Bahasa yang digunakan juga sangat pelik. Bukan bahasa Inggeris. Bukan bahasa Latin. Bukan bahasa Rusia (skrip Cyrillic).

Saban zaman, Manuskrip Voynich menjadi buah mulut orang ramai – cendekiawan, penafsir kod (codebreaker) dan peminat misteri, masing-masing dengan hipotesis tersendiri.

Lukisan Seribu Satu Kepelikan

Memandangkan sistem tulisannya tidak diketahui, para sarjana mencuba nasib untuk mengenal pasti makna kandungan melalui lukisan.

Mereka cuba tengok lukisan yang terbahagi pada enam topik – herba, astronomi, astrologi (rawatan mandian), kosmologi, perubatan dan resepi.

Jumpa kami nanti di KLAB2023! Simpan tarikh 23-26 FEBRUARI ya. Jemput ramaikan reruai kami.

Satu masalah timbul: semua topik tidak lengkap. 28 bahagian buku sudah hilang, sekali gus menyukarkan proses mereka nak faham kandungan (Schwerdtfeger, 2004). Sejarawan tidak dapat mengenal pasti tumbuh-tumbuhan yang dilukis untuk faham rawatan herba dicadang buku.

Lukisan yang difahami seperti wanita-wanita tidak berpakaian dalam tab mandi pula tidak membawa sebarang makna. Wanita-wanita ini sedang bermandi dalam tab yang berhubung dengan segala paip. Jadi topik herba dan balneologi terpaksa diketepikan.

Astrologi dan kosmologi pula sudah ketinggalan zaman. Ilmunya tidak lagi membawa sebarang kerelevanan untuk ditakwil zaman sekarang… sudahlah perbincangan mengenai Alam Semesta dilukis dengan “pulau” dan “highway” di alam bintang.

Jejakan Sejarah

Terdapat juga sejarawan yang mempertikai ketulenannya. Ada yang berpendapat Manuskrip Voynich ini adalah hasil fiksyen ditulis Wilfrid Voynich sendiri.

Namun ramai cuba menjejaki garisan masanya, dengan harapan dapat merungkaikan misteri. Universiti Arizona menggunakan teknik radiokarbon dan menemui kertas manuskrip ini dibuat antara 1404 hingga 1438.

Pihak sejarawan dapat mengenal pasti yang pemilik pertama adalah Georg Baresch, seorang ahli alkimia dari Prague. Baresch cuba mendapatkan bantuan cendekiawan Jesuit bernama Athanasius Kircher yang mengaku berjaya terjemah hieroglif Mesir Purba.

Dua surat dihantar kepada Kircher. Sebab ini yang sejarawan dapat kenal pasti Baresch sebagai pemilik pertama dalam rekod.

Namun mereka yakin manuskrip ini ada pemilik sebelum Baresch. Di sini mereka tersekat. Kerana tiada rekod langsung. Kalau ikut hipotesis, manuskrip ini pernah dibeli Maharaja Rudolf II dengan harga 600 ducat (AS$122,000 nilai hari ini kalau ikut kadar emas Februari 2023).

Mengetepikan Hipotesis Fiksyen

Sumber yang dirungkaikan saintis dan sejarawan terlalu kuat untuk berpegang pada dasar fiksyen. Jadi Universiti Alberta pernah menggunakan AI untuk menafsirkan manuskrip ini dengan algoritma khas. AI ini mempunyai kemahiran linguistik segala bahasa dan susunan kata.

Selepas analisis, satu apa pun mereka tidak dapat. Hasil kajian AI siap menambahkan kerunsingan saintis. Sampai sekarang mereka cuba melakukan apa yang boleh. Mereka sedang cuba tengok jika tumbuh-tumbuhan dilukis ada di benua-benua lain, seperti Asia Tenggara misalnya.

Segala teori sekarang hanyalah teori. Semakin lama, semakin ramai minat ingin tahu. Namun tidak pelik jika ia kekal dalam makam misteri buat selamaanya… atau memang benar ia fiksyen. Kalau ya fiksyen, ternyata Wilfrid Voynich adalah troll nombor satu di dunia.


Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Rujukan:

Schwerdtfeger, E. (2004). Voynich Information Browser.

Stolte, D. (2011, Februari 10). Experts determine age of book ‘nobody can read’. PhysOrg.

 

 

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply