The Secret History of the Mongols ialah sebuah rekod sejarah yang ditulis pada abad ke-13 M dan merupakan teks Mongolia zaman pertengahan yang paling penting dan tertua.
Buku ini merangkumi asal-usul orang Mongol, kekuasaan dan pemerintahan Genghis Khan dan pemerintahan anak lelaki dan penggantinya Ogedei Khan. Ditulis dari perspektif Mongol sendiri. Tajuk yang ditulis perkataan ‘rahsia’ kerana sama ada hanya ahli keluarga diraja dan mereka yang diberi bantuan istimewa atau hanya orang Mongol dibenarkan membacanya.
The Secret History of the Mongols ditulis pada abad ke-13 M dengan beberapa bahagian mungkin ditulis seawal 1228 atau 1229 M dan dikenal sebagai tahun Tikus. Kemungkinan besar ketika mesyuarat yang secara rasmi memilih Ogedei Khan sebagai Khan Agung pada 1228 M dan disunting sehingga lewat abad ke-14 M.
Pengarang Sejarah Rahsia ni tak diketahui tapi berdasarkan kandungan karya ni jelas ditulis oleh seseorang yang ada akses kepada istana empayar Mongol.
Satu nama yang mungkin menulisnya ialah Sigi-quduqu, anak angkat Genghis Khan, menteri kanan Onggud Cingqai, dan yang ketiga ialah Tatatonga, penyimpan mohor Genghis Khan.
Versi lebih panjang Sejarah Rahsia mempunyai 12 bab, 282 perenggan, dan dibahagikan kepada empat bahagian.
Bahagian pertama berkenaan legenda Mongol dan kisah-kisah puitis yang tak mengandungi tarikh. Bahagian kedua pula lebih bersejarah, walaupun ia mengandungi dakwaan dialog langsung daripada watak yang terlibat, dan merangkumi keturunan, kebangkitan dan pemerintahan Genghis Khan. Setiap tahun ditulis ikut urutan bagaimana Genghis membuat pakatan dengan pelbagai suku yang berbeza.
Bahagian ketiga mengandungi dokumen tambahan yang berkaitan dengan bahagian sebelumnya, terutamanya jarliq atau perintah empayar. Bahagian empat memperkatakan tentang pemerintahan anak lelaki Genghis dan pengganti Ogedei Khan sehingga 1240 M sejurus sebelum kematiannya pada 1241 M. Bahagian akhir ini ditulis dalam gaya yang sama seperti bahagian dua yang memungkinkan ditulis oleh orang yang sama.
Versi Sejarah Rahsia yang lebih pendek, walaupun nampaknya versi yang lebih tulen daripada teks Cina yang lebih panjang, beberapa perenggan ganjil dan keseluruhan bahagian empat dah hilang. Sesetengah sarjana telah ambil ini sebagai bukti bahawa Sejarah Rahsia asal berakhir dengan kematian Genghis Khan dan bahagian empat adalah tambahan kemudian, walaupun ditambah oleh pengarang asal.
Oleh: Azizul Farhan
…
Banyak lagi cerita menarik, misteri dan luar biasa pasal Mongol yang saya pasti korang belum tahu. Jadi jom tambahkan ilmu mengenai Mongol bersama KITAB TAMADUN MONGOL. Boleh beli di: https://bit.ly/3KhafNU
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih