Hobbit merupakan sebuah bangsa yang penting dalam fiksyen-fiksyen tulisan J.R.R. Tolkien. Bilbo Baggins dan anak saudaranya telah mengubahkan imbangan kuasa Middle Earth meskipun tiada kuasa politik mahupun kekuatan fizikal.
Sekecil-kecil cili padi, pedasnya membanjiri mata Sauron. Dan akhirnya Middle Earth pun aman.
Keluarga Baggins mengamalkan gaya hidup yang disukai ramai. Luar bandar dengan udara bersih kerana tumbuh-tumbuhan, dan sedikit tertanam dibawah tanah. Purata tinggi mereka pun hanyalah semeter.
Tanpa disangka, satu masa dahulu ada kelompok manusia yang seakan-akan kerdil. Homo floresiensis digelar hobbit kerana saiz kecil mereka.
Dipercayai kelompok ini merupakan pecahan daripada homo habilis, yakni manusia yang ditemui di Afrika sekitar 1.75 juta tahun dahulu.
Nama homo floresiensis diberikan sempena tempat dimana rangka mereka ditemui, iaitu Pulau Flores di Indonesia.
Di pulau inilah manusia berkenaan hidup, sekitar 54,000 tahun dahulu (Australian National University, 2017). Homo floresiensis memang sudah lama tinggal di Pulau Flores.
Saintis pernah menemui rangka berusia 80,000 tahun pun yang asalnya dipercayai mempunyai Sindrom Down.
Analisis-analisis susulan terutamanya di bahagian kepala mendapati bahawa hipotesis Sindrom Down tidak terbukti benar (Midwestern University, 2016).
Bertahun-tahun juga saintis bergelut untuk mengenalpasti jika mereka ini benar-benar kelompok manusia baharu – ataupun homo sapiens yang rendah. Bukan badan mereka sahaja yang kecil.
Otak pun didapati kecil juga, berkemungkinan kerana gejala kerdil. Tetapi kebolehan mental homo floresiensis masih lagi mantap, kerana mereka sangat mahir menggunakan peralatan batu dan juga meny3mb3lih haiwan untuk dimakan (Morwood, 2005).
Dan mereka juga mampu menguasai api, satu kebolehan yang mengesahkan status mereka sebagai manusia, bukannya binatang.
Aras laut Pentas Sunda yang didapati rendah ketika itu memberikan saintis satu lagi petunjuk tentang kebolehan homo floresiensis.
Mereka tiba di Pulau Flores berkemungkinan dengan menggunakan rakit dibuat daripada buluh, mungkin sekitar satu juta tahun dahulu (Wayman, 2012).
Kemudian mereka mengamalkan kehidupan monogami yang menjaminkan kemandirian di pulau ini.
Makanan diperolehi dengan cara membvrv. Makanan mereka yang bertulang pun ditemui mempunyai kesan p0t0ngan (bukannya kunyahan).
Malah gua dimana ada rangka mereka ditemui turut menyimpan artifak-artifak batu sangat banyak, pernah digunakan untuk memudahkan kerja mereka.
Kelompok homo floresiensis malangnya menghilang dan pupus. Orang yang paling muda ditemui dalam keadaan rangka daripada zaman 60,000 tahun dahulu. Peralatan batu pula paling awal sekitar 50,000 tahun dahulu.
Kedatangan manusia moden (homo sapiens) telah mengubahkan imbangan alam, sehingga mereka tidak lagi mampu hidup.
Kejatuhan manusia ini sebenarnya selaras juga dengan nasib menimpa Homo neanderthalensis di Eropah.
Dalam tempoh 5,000 tahun selepas kedatangan manusia moden, mereka pun secara perlahan pupus. Neanderthal dipercayai memb14k bersama homo sapiens.
Sama ada homo floresiensis dibvnvh secara berangkaian ataupun memb14k bersama, hanya masa sahaja akan menentukan – itupun jika ada bukti saintifik yang mengesahkannya.
Rangka homo floresiensis sudah tidak lagi ditemui dalam tempoh 46,000 tahun dahulu, kerana semuanya homo sapiens. Di sini pun jelas, dalam tempoh 5,000 tahun, homo sapiens menjadi manusia dominan.
Malah peralatan batu homo floresiensis yang diperbuat daripada tulang haiwan pun tidak lagi ditemui (Callaway, 2016).
Kebangkitan dan kepupusan manusia ialah suatu topik yang sangat menarik untuk dikaji. Dan zaman prasejarah menyembunyikan misteri besar untuk dirungkaikan sains.
RUJUKAN:
Australian National University. (2017, April 21). Origins of Indonesian Hobbits finally revealed. Science Daily.
Callaway, E. (2016, September 21). Human remains found in hobbit cave. Nature.
Midwestern University. (2016, Jun 8). New research counters claim that the ‘Hobbit’ had Down syndrome. Science Daily.
Morwood, M.J., et al. (2005, Oktober 13). Further evidence for small-bodied hominins from Late Pleistocene of Flores, Indonesia. Nature. 437 (7,061): 1012-1017.
Wayman, E. (2012, Julai 9). Were the Hobbits’ Ancestors Sailors? Smithsonian
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih