Pada 2,200 tahun dahulu, seorang pustakawan dan saintis Perpustakaan Agung Alexandria, Eratosthenes telah menerima sepucuk surat dari Swenet, sebuah wilayah di selatan Alexandria.

Dalam surat tersebut, penulis memberitahu bahawa dia melihat pantulan wajahnya pada air dalam sebuah perigi dan rasa tertarik kerana kepalanya menghalang cahaya matahari daripada menghala terus ke arah perigi. Penulis merasakan mungkin Eratosthenes tertarik juga dengan hal itu.

Eratosthenes melihat fenomena ini sebagai pencetus sebuah idea baru. Beliau mengetahui fakta daripada surat tersebut, bahawa matahari menegak di Swenet dan penulis memberitahunya ia adalah pada waktu tengah hari. Di Alexandria pula, Eratosthenes melihat sebatang kayu terpacak agak condong bayangnya lebih kurang sebanyak 7.2 darjah. Ini menjadi bukti bahawa bumi adalah sfera.

Seterusnya, 360 darjah, iaitu darjah sebuah bulatan itu dibahagikan sebanyak 7.2 darjah, dan mendapat kiraan sebanyak 50. Dengan bantuan pedagang yang ulang-alik antara Alexandria dan Swenet, Eratosthenes mendapat jarak daripada dua bandar itu sebanyak 500 batu (805 km).

Jumlah tersebut didarab dengan 50, akhirnya beliau mendapat kiraan lilitan Bumi. Eratosthenes mendapat 25,000 batu, kiraan sebenar ialah 24,900 batu.
Pada waktu itu, tiada siapa tahu saiz bumi sehinggalah Eratosthenes menemui saiz lilitannya melalui sebuah idea kecil dan sifat ingin tahu. Tiada teknologi canggih.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.