Kalau perasan, takde haiwan yang dapat berlari jauh jauh tanpa berhenti ala marathon selain manusia. Harimau pecut sekejap je. Singa pun sama. Cheetah, haiwan darat terpantas pun cuma dapat lari beberapa saat je. Manusia je yilek lari maraton Fun Run berpuluh atau beratus kilometer.
Benda ni berlaku sebab manusia dah berevolusi untuk ada ketahanan lari jauh. Cari larian manusia ni sebenarnya sangat efisien. Misalnya, tapak kaki kita dicipta untuk menjadi fleksibel dalam bukan sahaja berlari, malah juga dalam mendaki bukit. Otot punggung kita lebih banyak dipakai bila berlari, bukan berjalan. Ini membuktikan, otot bontot kita ni sebenarnya dicipta untuk berlari. Bentuk otot leher dan kepala pula dah berevolusi untuk jadi stabil bila berlaku pergerakan yang mendadak, seperti berlari.
Saintis berpendapat kenapa kita berevolusi untuk lari jauh ni sebab nak bantu mobiliti kita dalam mencari tempat makan baru. Contohnya, ia membenarkan untuk memburu mangsa kita dengan cara menjejak mangsa kita jauh jauh sampai diorang penat. Bayangkan korang seekor rusa, lepastu kena ngendap dengan manusia nak makan korang. Korang dah lari sampai beratus kilometer, tak sampai dua hari tengok manusia yang kejar korang tu datang balik. Haa macam tu lah.
Manusia tak dapat lari laju macam harimau dan kuda, tapi kalau kita nak cerita pasal ketahanan dan daya tahan lasak, takde haiwan yang dapat tandingi manusia. Dicampur lagi dengan akal manusia, maka tak pelik kita menjadi pemangsa apeks mutlak di muka bumi. Tak ada pemangsa lain yang lebih dahsyat berbanding manusia tu sendiri.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih