Kita telah berjaya mempunyai teknologi teleportasi (teleportation) sejak tahun 90-an lagi tapi dalam jarak yang amat dekat iaitu sekitar 600 meter. Terkini, kita dapat hantar merentas jarak (teleport) objek dengan jarak 1,400 km iaitu dari Bumi hingga ke satelit. Kejayaan dilakukan oleh saintis dari China.
Definisi teleportasi ialah memindahkan objek tanpa melalui ruang fizikal. Setakat pengetahuan saya, tiada lagi filem sains fiksyen yang dapat menepati ciri ini. Star Trek yang cukup terkenal dengan idea teleportasi itu pun memerlukan medium (gelombang cahaya) untuk memindahkan objek dari satu tempat ke satu tempat.
Filem Jumper pula walaupun nampak macam teleportasi, tetapi tekniknya lebih kepada memendekkan ruang melalui lohong cecacing (wormhole), sama konsep seperti pintu Doraemon. Tuntas, masih memerlukan ruang.
Ironinya, definisi sebenar teleportasi sering digambarkan dalam karya fantasi seperti Harry Potter dan Dragon Ball yang mana teleportasi berlaku secara spontan tanpa sebarang medium fizikal.
Teleportasi kuantum yang berjaya dicapai oleh manusia berasaskan ilmu kuantum. Jadi, sebab itu namanya teleportasi kuantum. Teknik yang digunakan ialah berasaskan kekusutan kuantum (quantum entanglement).
Dalam kekusutan kuantum, dua objek mempunyai hubungan dalam jarak teramat jauh. Katakanlah objek A berada di penghujung kanan alam semesta dan objek B berada di penghujung kiri alam semesta.
Kalau kita cerap objek A berputar ke kanan, automatik objek B berputar ke kiri. Kalau objek A berputar ke kiri, automatik objek B berputar ke kanan. Seolah-olah kedua-dua objek ini berinteraksi melebihi kelajuan cahaya. Yelah, sejauh 93 bilion tahun cahaya, macam mana objek B boleh tahu apa yang objek A buat dalam masa yang amat singkat.
Jadi, saintis gunakan teknik ini untuk merentas jarak (teleport) objek. Disebabkan teknik rentas jarak berasaskan kuantum, maka hanya objek yang boleh dikuantumkan sahaja yang boleh melakukan teleportasi. Setakat ini objek yang boleh dikuantum hanyalah zarah. Saintis berjaya merentas jarak sejauh 1,400 km pun dengan gunakan zarah cahaya, bukannya objek makro.
Prinsip teleportasi kuantum ini agak rumit. Tetapi dalam bahasa mudahnya, sebelum teleportasi kuantum boleh berlaku, perlunya ada komunikasi antara kedua-dua tempat. Komunikasi ini pula terbatas dalam kelajuan cahaya. Tanpa komunikasi ini, teleportasi kuantum tak boleh berlaku.
Jadi, kalau kita nak merentas jarak (teleport) ke penghujung alam semesta yang jauhnya berbilion tahun cahaya, maka komunikasi dua hala mengambil masa berbilion cahaya perlu berlaku terlebih dahulu sebelum kita dapat lakukan teleportasi yang spontan.
Umumnya, kalau jasad manusia dapat dikuantumkan kelak, mungkin teleportasi agak praktikal dalam kerangka sistem suria. Kalau kita bergerak secara fizikal dari Bumi ke Marikh mengambil masa sekitar 8 bulan hingga setahun, cahaya hanya bergerak 3 minit sahaja dari Bumi untuk ke Marikh.
Maka, komunikasi 3 minit perlu berlaku terlebih dahulu, kemudian kita boleh terus ke Marikh kurang dari setahun, malah kurang dari 3 minit!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih