Empayar Sepanyol merupakan salah satu empayar kolonial Eropah terawal (dan paling lama bertahan). Ia ditubuhkan pada penghujung kurun ke-15, ketika Dunia Baru baru sahaja ditemui. Empayar Sepanyol mencapai zaman kemuncaknya pada kurun ke-16 dan kurun ke-17.
Selain menjadi kuasa besar utama Eropah, Sepanyol juga menguasai sebahagian besar Amerika Utara dan Amerika Selatan. Keberuntungan nasib Empayar Sepanyol mula berbolak-balik pada kurun berikutnya. Walaupun perjalanan sejarah Sepanyol tidak berlangsung baik di Eropah, empayarnya yang terletak jauh merentas laut tetap menikmati kemewahan.
Empayar Sepanyol berupaya bangkit dari detik-detik pahit itu pada awal kurun ke-19, namun kurun ke-19 hadir dengan membawa cabaran-cabaran baru buat mereka sekaligus membawa kepada bermulanya kejatuhan empayar itu. Namun, Empayar Sepanyol berupaya bertahan sehingga kurun ke-20. Pengunduran Sepanyol dari Sahara Sepanyol (kini Sahara Barat) pada tahun 1975 menandakan berakhirnya kekuasaan empayar berkenaan.
EMPAYAR SEPANYOL – PADA ERA PERMULAAN
Sejarah Empayar Sepanyol berakar pada kurun ke-15. Walaupun Sepanyol masih lagi terlibat dalam kempen Reconquista pada waktu itu, kebanyakan Semenanjung Iberia sudah pun berada dalam tangan Kristian. Satu-satunya negara Muslim yang tinggal di semenanjung itu (hakikatnya, sejak tahun 1249 lagi) adalah Emiriyah Granada.
Walaupun Dinasti Mariniyah dari Afrika Utara kerapkali melancarkan s3rangan demi s3rangan ke atas wilayah selatan Semenanjung Iberia, mereka gagal untuk memperoleh kemenangan kekal. Misalnya, s3rangan signifikan terakhir Mariniyah ke atas Semenanjung Iberia berlaku pada tahun 1340.
Namun, ia digagalkan oleh tentera gabungan Castile-Portugal dalam Pertempuran Rio Salado. Kempen Reconquista disudahkan pada tahun 1492, tahun di mana Granada tumbang ke tangan Isabella I dari Castile dan Ferdinand II dari Aragon, yang juga dikenali sebagai Monarki Katolik.
Tahun 1492 juga dianggap sebagai tahun bermulanya kekuasaan Empayar Sepanyol. Tidak lama selepas kejatuhan Granada, Monarki Katolik memberikan sokongan dan tajaan kepada Christopher Columbus yang mengusulkan laluan barat dari Eropah ke Asia. Sebelum itu, Columbus terlebih dahulu menyatakan rancangannya itu kepada raja Portugal.
Namun, permintaannya tidak diendahkan. Salah satu punca penolakan tersebut adalah perbezaan pendapat antara pakar Portugis dan Columbus berkenaan jarak perjalanan ke barat ini. Pihak Portugis meyakini bahawa perjalanan tersebut jauh lebih panjang berbanding apa yang dikemukakan oleh Columbus, justeru memustahilkan untuk perlayaran ini dilakukan.
Walaupun perkiraan yang dilakukan oleh Portugis itu ternyata tepat (atau setidaknya, hampir tepat), Columbus amat beruntung kerana tidak gagal sepenuhnya, sebaliknya tetap menemukan benua Amerika. Sepanyol serta-merta menuntut hak kekuasaan ke atas benua yang baru ditemui itu.
EMPAYAR SEPANYOL MENUNTUT HAK KEKUASAAN KE ATAS DUNIA BARU
Penemuan Dunia Baru ini membawa kepada pertelagahan antara Sepanyol dan Portugal, iaitu satu lagi kuasa kolonial Eropah yang sedang membangun. Portugal mendakwa bahawa semua wilayah selatan dari Kepulauan Canary harus diserahkan kepada mereka, berdasarkan Perjanjian Alcacovas yang ditandatangani pada 1479 dan diratifikasi pada tahun 1481 oleh titah paus Aeterni regis pada tahun sama.
Justeru dakwa mereka, Dunia Baru seharusnya menjadi milik Portugal. Sepanyol cuba menafikan dakwaan Portugis ini dengan meminta titah paus yang lain. Memandangkan paus pada masa itu, iaitu Alexander VI, merupakan warga Valencia dan rakan kepada Ferdinand, maka Sepanyol dengan mudah meraih titah yang memihak mereka. Tentunya, Portugal tidak bersenang hati dengan situasi sebegini.
Isu ini kemudian diselesaikan pada tahun 1494 menerusi penandatanganan Perjanjian Tordesillas. Perjanjian ini bertujuan untuk membahagikan dunia kepada dua hemisfera dari 370 buah gugusan kepulauan Cape Verde di sepanjang meridian utara-selatan. Tanah-tanah yang terletak di timur dibahagikan kepada Portugis, manakala tanah-tanah di barat pula diperuntukkan kepada Sepanyol.
Sebagai susulan daripada Perjanjian Tordesillas ini, Sepanyol bebas menubuhkan koloni di Dunia Baru dan seterusnya mendominasi rantau itu. Kebanyakan wilayah di Amerika Selatan (kecuali Brazil) jatuh ke bawah kekuasaan Sepanyol. Namun, pada beberapa dekad awal selepas Dunia Baru ditemui, Sepanyol tidak begitu meraih hasil di benua yang baru diteroka itu.
Misalnya, sehingga tahun 1510, Sepanyol langsung tidak berpeluang untuk menubuhkan sebarang petempatan kekal di tanah besar. Pengaruh mereka hanya terhad di kepulauan sahaja. Malah, koloni-koloni baru yang didirikan oleh Sepanyol juga tidak begitu menguntungkan. Apapun, situasi ini berubah setelah Sepanyol mula mendirikan koloni di tanah besar.
MASALAH-MASALAH DI TANAH AIR SEPANYOL
Dalam pada itu, pemerintahan pusat Sepanyol di Eropah terlibat dalam P3rang-P3rang Itali, iaitu satu siri pep3rangan bagi merebut kekuasaan ke atas Itali. P3rang Itali pertama (juga dikenali sebagai P3rang Charles VIII) meletus pada tahun 1494 apabila raja Perancis, Charles VIII menyerang Itali dengan niat untuk menguasai Kerajaan Naples.
Namun, kerajaan tersebut merupakan sebahagian daripada Takhta Aragon. Justeru, Monarki Katolik menumpahkan sokongan kepada raja Naples. P3rang ini berakhir pada tahun berikutnya, apabila Charles digiring keluar dari Itali oleh Liga Venice yang terdiri daripada Pope, Sepanyol, Empayar Rom Suci, Milan dan Venice.
Apapun, sebanyak tujuh lagi p3rang yang meletus antara Perancis dan musuh-musuhnya bagi merebut dominasi ke atas Itali dan ia hanya berakhir pada tahun 1559. Lima p3rang terakhir dikenali sebagai P3rang Hapsburg-Valois, yang berlanjutan sepanjang pemerintahan Charles V, raja yang dianggap sebagai pemerintah Empayar Sepanyol yang paling cekap.
Charles V dilahirkan pada tahun 1500 di Ghent, Flanders (Belgium moden) dan merupakan putera kepada Philip I the Handsome dan Joanna the Mad. Philip pula merupakan putera kepada Maximilian I si Maharaja Rom Suci dan Marcy Duchess dari Burgundy, manakala Joanna pula adalah puteri kepada Monarki Katolik.
Oleh kerana itu, Charles mempunyai hak ke atas sejumlah takhta di seluruh Eropah. Pada tahun 1506, berikutan kem4tian ayahandanya, Charles diangkat sebagai Pangeran Burgundy (Duke of Burgundy) dan meraih kekuasaan ke atas Negara-Negara Bawah. Pada tahun 1516 pula, datuk sebelah ibu Charles meninggal dunia, justeru beliau serta-merta ditabalkan sebagai Raja Sepanyol (Castile dan Aragon) dan memerintah secara bersama dengan ibunya, sehingga Joanna meninggal dunia pada tahun 1555.
Sebagai pengetahuan tambahan, Isabella meninggal dunia pada 1504 dan Joanna mewarisi takhta ibunya itu pada tahun sama. Pada tahun 1519, Charles mewarisi elaran Archduchy of Austria setelah datuk sebelah bapanya meninggal dunia. Pada tahun sama, Charles ditabalkan sebagai Maharaja Rom Suci sekaligus mengenepikan dua calon lain, iaitu Francis I si Raja Perancis dan Henry VIII si Raja England.
BAGAIMANA DUNIA BARU MEMBANTU EMPAYAR SEPANYOL
Oleh kerana itu, menjelang tahun 1519, kebanyakan wilayah di Eropah jatuh ke bawah pemerintahan Charles. Begitu juga halnya Dunia Baru yang dikuasai oleh Sepanyol. Pada tahun sama di mana Charles ditabalkan sebagai Maharaja Rom Suci, seorang conquistador Sepanyol yang bernama Hernan Cortes memulakan interaksi rasmi pertamanya dengan Empayar Aztec yang mendominasi Mexico tengah. Menjelang tahun 1521, kaum Aztec, yang menguasai empayar terkuat di Mesoamerika, tumbang ke tangan Sepanyol.
Sekitar sedekad kemudian, Empayar Inca, yang merupakan empayar pra-Columbia paling besar di benua Amerika, dit4kluk oleh sekumpulan conquistador Sepanyol pimpinan Francisco Pizarro. Semasa Sepanyol bertembung dengan mereka, Empayar Inca berpusat di banjaran gunung Andean dan ia menguasai sebahagian besar wilayah barat Amerika Selatan. Walaupun ibu kota Inca, iaitu Cusco, tumbang pada tahun 1536, kaum Inca tetap meneruskan penentangan mereka selama beberapa dekad.
Pen4klukan Empayar Aztec dan Empayar Inca ini menyumbang kepada kekayaan Sepanyol, memandangkan khazanah dari Dunia Baru mengalir masuk ke perbendaharaan Empayar Sepanyol. Emas dan perak dari benua Amerika inilah yang digunakan oleh Charles untuk membiayai pep3rangannya di Eropah.
Walaupun Sepanyol dan Perancis sudah pun berdamai setelah berakhirnya P3rang Liga Cambrai (P3rang Itali ketiga) pada tahun 1516, perdamaian ini tidak bertahan lama. Penabalan Charles sebagai Maharaja Rom Suci pada tahun 1519 melahirkan perseteruan yang tegang antara beliau dan Francis. Raja Perancis naik berang kerana beliau diketepikan, justeru bertekad mahu menuntut kekuasaan ke atas Itali.
Di pihak Charles pula, beliau melihat dirinya sebagai pemimpin dunia Kristian justeru beliau bercita-cita mahu menubuhkan monarki sejagat yang membolehkannya memegang autoriti sekular ke atas seluruh Eropah. Sebagai susulan, P3rang Hapsburg-Valois Pertama pun meletus pada tahun 1521. Charles dan Francis terus memerangi antara satu sama lain dalam empat buah pep3rangan berikutnya.
Namun, Perancis bukanlah satu-satunya masalah yang dihadapi oleh Charles. Secara umum, Reformasi Protestan dianggap dimulakan pada tahun 1517 oleh Martin Luther. Sebagai seorang penganut Katolik yang taat, Charles berusaha untuk mempertahankan Katolik dari reformis. Dewan Worms ditubuhkan pada 1521 bagi menentukan takdir Luther.
Agak menghairankan, Luther dipanggil menghadap autoriti politik dan bukannya Paus atau sidang gereja Katolik. Walau apa pun keadaannya, Luther enggan menggugurkan pendiriannya dan Charles lantas mengeluarkan Titah Worms yang mengharamkan karya-karya Luther dan mengisytiharkan beliau sebagai seorang yang telah menyeleweng dan musuh negara.
Walau bagaimanapun, keputusan ini bukan hanya gagal menyelesaikan masalah. Ia malah memburukkan lagi keadaan, hinggakan Katolik dan Protestan terus berp3rang. P3rang agama ini terus-menerus menyelubungi Eropah walau sesudah kem4tian Charles.
Para pemerintah Habsburg yang mewarisi Charles juga meneruskan idea mahu menubuhkan hegemoni Sepanyol ke atas Eropah. Oleh kerana itu, sejumlah pep3rangan dilancarkan oleh Sepanyol ke atas negara-negara Eropah dan Protestan. Dalam pep3rangan ini, politik dan agama seringkali terkait antara satu sama lain.
Misalnya, pep3rangan antara Sepanyol dan Perancis pada tahun-tahun akhir kurun ke-16 merupakan sebahagian daripada P3rang Agama Perancis. Sokongan yang diberikan oleh Sepanyol kepada Katolik Perancis dalam memerangi Protestan kononnya merupakan alasan bagi melancarkan srangan ke atas Perancis.
Empayar Sepanyol juga perlu menangani pemberontakan-pemberontakan dalaman. P3rang Lapan Puluh Tahun (juga dikenali sebagai Dutch War of Independence) merupakan sebuah pemberontakan yang dilancarkan oleh Tujuh Belas Wilayah dan ia mengakibatkan Sepanyol kehilangan kuasa ke atas kebanyakan wilayahnya di Negara-Negara Bawah.
Pep3rangan demi pep3rangan ini banyak menyusutkan perbendaharaan Sepanyol dan mereka beberapa kali mengalami muflis. Selain masalah kewangan, musuh-musuh Sepanyol di Eropah juga semakin berkuasa. Pertempuran Rocroi pada 1643 sering dianggap sebagai tanda berakhirnya dominasi Sepanyol di Eropah.
Pertempuran ini merupakan sebahagian daripada P3rang Tiga Puluh Tahun (satu lagi konflik di mana agama dan politik saling berkaitan) dan memperlihatkan kekalahan Tentera Flanders dari Sepanyol di tangan Peracnis. Apapun, Sepanyol masih tetap memegang signifikasi di Eropah.
Hanya pada tahun 1713, dengan termeterainya Perjanjian Utreth yang menamatkan P3rang Pewarisan Takhta Sepanyol, barulah Empayar Sepanyol akur pada kekuasaan negara-negara Eropah lain. Susulan daripada perjanjian ini, mereka kehilangan banyak wilayah di benua itu.
Sepanyol Belanda, Naples, Milan dan Sardinia terpaksa diserahkan kepada Austria, sementara Sicily dan sebahagian Duchy of Milan pula jatuh ke tangan Duchy of Savoy. Gibraltar dan Minorca dikuasai oleh Great Britain. Apapun, Sepanyol tetap dibenarkan untuk menguasai koloni-koloni mereka di Amerika dan wilayah-wilayah inilah yang menyumbang kepada pemulihan Sepanyol pada dekad-dekad berikutnya.
Menjelang akhir kurun tersebut, reformasi-reformasi yang diperkenalkan oleh dinastu baru Sepanyol, iaitu Dinasti Bourbon, ternyata membuahkan hasil dan ekonomi empayar semakin pulih. Sepanyol juga menikmati beberapa kemenangan di medan p3rang pada tempoh ini.
Misalnya, Sepanyol berupaya men4kluki pangkalan tentera laut British di Bahamas dalam P3rang Revolusi Amerika. Naples dan Sicily juga berjaya direbut dari Austria dalam P3rang Pewarisan Takhta Poland. Namun, kejayaan-kejayaan ini tidak bertahan lama memandangkan mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran-cabaran baru sebaik memasuki kurun ke-19.
Dalam P3rang Napoleon, wilayah Sepanyol diduduki oleh Perancis. Raja Sepanyol ketika itu, iaitu Charles V, dipaksa menyerahkan takhta kepada puteranya, Ferdinand VII, pada tahun 1808. Pada tahun yang sama, Ferdinand juga dipaksa menyerahkan takhta kepada abang Napoleon, iaitu Joseph Bonaparte sekaligus beliau menjadi pemerintah Sepanyol yang baru. Namun, keadaan ini hanya bertahan sehingga tahun 1813, tahun di mana Dinasti Bourbon kembali meneguhkan kuasa.
Apapun, masalah yang lebih besar yang perlu dihadapi oleh Empayar Sepanyol adalah gerakan-gerakan separatis di Amerika Sepanyol. Pada tempoh antara 1810 dan 1825, Sepanyol kehilangan banyak koloninya di Amerika, termasuklah Paraguay (1811), Argentina (1816), Peru dan Mexico (1821), Venezuela, Colombia, Ecuador dan Bolivia moden (1825).
Walaupun Sepanyol bukanlah kuasa besar di Afrika, ia tetap mempunyai sejumlah koloni di benua itu, khususnya di bahagian barat Afrika Utara. Sahara Sepanyol yang dikuasai pada 1884 merupakan koloni terakhir Sepanyol. Mereka mengundurkan kekuatannya dari kawasan tersebut pada tahun 1975.
Empayar Sepanyol meninggalkan pengaruh yang berpanjangan di dunia. Pada era kemuncaknya, Sepanyol sebagai sebuah adikuasa benar-benar mempengaruhi lanskap politik Eropah dan meninggalkan kesan yang mendalam pada sejarah benua itu. Namun, legasi Empayar Sepanyol lebih tampak di wilayah-wilayah koloninya di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pengaruh Sepanyol di sana masih boleh dirasai sehingga ke hari ini, menerusi Katolikisme Rom dan bahasa Sepanyol yang masih bernyawa di rantau berkenaan.
TERJEMAHAN:
Wu Mingren. (23 Mac 2020). Did the Conquest of the New World Save the Spanish Empire? Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-important-events/spanish-empire-0013457
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih