“Awatlah hampa buat aku macam ini?”

 

Demikian keluhan bercampur sedih Tunku Abdul Rahman selepas dipaksa memijak Pancasila (simbol Indonesia) oleh sekumpulan pemuda yang berdemonstrasi terhadap Indonesia ketika kemuncak Konfrontasi (1963-1966).

 

Kata-kata Tunku menunjukkan sifat orang Melayu yang lembut atau kita panggil sebagai sifat “diplomatik”.

 

Berbeza sekali dengan seruan Sukarno untuk “ganyang” Malaysia:

 

“Semangat kita baja. Peluru kita banyak. Nyawa kita banyak. Bila perlu, satu-satu!”

 

Seruan yang menzahirkan sifat Bangsa Indonesia yang keras dan “confrontational”.

 

Tujuan utama kempen “Ganyang Malaysia” adalah kerana Presiden Sukarno menaruh cita-cita “Greater Indonesia” atau Indonesia Raya berdasarkan wilayah Majapahit yang merupakan empayar paling agung yang pernah wujud di bumi Indonesia.

 

Indonesia dan Filipina mengadu pada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) bahawa penubuhan Malaysia tak selari dengan prinsip “national self-determination”. Mereka mempertikaikan hasil tinjauan Suruhanjaya Cobbold. Maka penubuhan Malaysia ditunda.

 

Dan tinjauan dibuat, pada 14 September 1963, Setiausaha Agung PBB, U Thant mengesahkan bahawa penubuhan Malaysia menepati prinsip self-determination. Malaysia boleh jalan terus pada 16 September 1963.

 

Tapi Indonesia dan Filipina masih tak puas hati, malah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaya dan tak nak iktiraf Malaysia.

 

Kedutaan Malaya di Jakarta dan konsulat di Medan diserang dan dibakar. Rakyat Malaysia pun balas dengan berdemo di hadapan Kedutaan Indonesia.

 

Sukarno teruskan Konfrontasi yang dilancarkan pada Januari 1963.

 

Sukarno tak puas hati Tunku seolah-olah sailang Indonesia Raya dengan gagasan Malaysia. Tapi dia cover line dengan dakwa Malaysia sebagai “boneka nekolim” (neokolonialisme) yang dipergunakan oleh British untuk kepung Indonesia.

 

Sukarno hasut rakyat Indonesia untuk benci Malaysia. Kempen “Ganyang Malaysia” dilancarkan.

 

“Musuh kepada musuh adalah kawan saya”. Sukarno disokong oleh kuasa-kuasa komunis iaitu Soviet dan China yang juga mengintai Borneo. Parti Komunis Kalimantan Utara (NKCP) disokong oleh China memberi bantuan kepada pasukan tentera Indonesia untuk menceroboh Sarawak & Sabah.

 

Kawasan yang bersempadanan dengan Indonesia jadi sasaran seperti Serian di Sarawak & Tawau di Sabah. Serangan pertama dilancarkan ke atas balai polis Tebedu di Serian pada 12 April 1963. Koperal John Ramek jadi anggota pertama gugur akibat serangan 10 tentera Indonesia.

 

Manakala serangan yang paling teruk berlaku di Tawau pada 29 Disember 1963 apabila tentera Indonesia meledakkan bom tangan di pos tentera Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Kalabakan. 8 anggota RAMD terkorban, namun serangan berjaya dipatahkan.

 

Malaysia dapat bantuan ketenteraan dari British dan negara-negara Komanwel terutamanya Australia dan New Zealand. Tentera Malaysia pun bukan calang-calang. Rejimen Renjer Diraja di Sarawak penuh dengan wira Dayak seperti Kanang Anak Langkau.

 

Kegagalan Indonesia di Borneo membuat Sukarno mengalihkan fokus ke Semenanjung. Tentera payung terjun Indonesia mendarat di tempat macam Labis dan Pontian di Johor. Tapi semua kena tapau dengan RAMD dan Gurkha.

 

Konfrontasi mengorbankan seramai 114 askar Malaysia & Komanwel, 36 orang awam Sarawak, dan hampir 600 tentera Indonesia. Rasa tak puas hati terhadap Sukarno meningkat, lagi-lagi tindak-tandukya yang pro-komunis. Sukarno digulingkan oleh Suharto susulan peristiwa 30 Sept 1965.

 

Pada 11 Ogos 1966, Malaysia dan Indonesia menandatangani perjanjian perdamaian menamatkan Konfrontasi dan mendirikan hubungan diplomatik. Setahun selepas itu, ASEAN ditubuhkan. Perang tidak lagi jadi norma di rantau Asia Tenggara.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

___

 

Rasa nak tahu mana datangnya nama Malaysia dan Indonesia dalam peta dunia ni? Jawapannya ada di dalam JANGAN SELEWENGKAN SEJARAH MELAYU II. Dapatkan Segera!

https://bit.ly/jsmmiishopee


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply