Kita semua kenal dengan negara Iran. Sebuah negara dengan sejarah yang kaya dan tamadun yang berusia ribuan tahun, pernah diperintah oleh raja-raja atau Shah sejak zaman Empayar Parsi sehinggalah abad ke-20.
Namun, hari ini, Iran adalah sebuah republik tanpa monarki. Jadi, ke manakah perginya raja terakhir Iran, dan apa yang berlaku kepada dinasti yang pernah berkuasa di negara itu?
Sistem pemerintahan beraja di Iran berakhir dengan revolusi pada tahun 1979. Revolusi ini menggulingkan Shah terakhir Iran iaitu Mohammad Reza Pahlavi. Revolusi ini berlaku selepas bertahun-tahun rakyat tidak puas hati dengan pemerintahan autoritarian, kelemahan ekonomi, dan pengaruh luar dalam politik negara Iran.
Mohammad Reza Pahlavi, yang cuba modenkan Iran melalui program White Revolution, berhadapan dengan tentangan hebat. Terutama daripada golongan agamawan dan masyarakat konservatif yang tidak bersetuju dengan arus pembaharuan yang dibawa oleh Reza.
Selepas revolusi berjaya, Shah Mohammad Reza terpaksa tinggalkan Iran dan hidup dalam buangan. Beliau berpindah dan akhirnya menetap di Mesir, di mana beliau meninggal dunia akibat penyakit kanser pada tahun 1980. Dengan kejatuhan monarki, Iran berubah menjadi sebuah republik Islam di bawah kepimpinan agamawan.
Walaupun sistem monarki Iran telah berakhir, keluarga diraja Pahlavi masih wujud. Putera Mahkota Reza Pahlavi, anak sulung kepada Mohammad Reza Shah, menjadi figura utama dalam kalangan penyokong monarki Iran yang masih berharap satu hari nanti sistem raja dapat dikembalikan. Beliau kini menetap di luar negara, terutama di Amerika Syarikat, dan sering suarakan pendapat mengenai keadaan politik di Iran.
Namun, realiti politik Iran hari ini menjadikan peluang untuk kembalinya sistem monarki hampir mustahil. Republik Iran telah berakar umbi selama lebih empat dekad dengan struktur politik dan sistem pemerintahan yang stabil dalam bentuknya tersendiri.
Sejarah Iran telah menyaksikan pelbagai perubahan dalam sistem pemerintahannya, daripada dinasti kuno seperti Achaemenid dan Sassanid hingga ke dinasti moden seperti Qajar dan Pahlavi. Kini, sebagai sebuah republik, Iran meneruskan legasinya sebagai antara negara paling berpengaruh di Timur Tengah, walaupun tanpa seorang raja di takhta.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.