Soalan ni mula berlegar bila serangan udara oleh Hesbiol ke atas Tehran berjaya tembus terlalu dalam. Mana jet-jet pejuang Iran? Mana F-14 yang dulu digeruni? Kenapa ruang udara Iran nampak terlalu senyap?
Sebenarnya, Jet-jet Iran seperti F-14 masih wujud, tapi dalam jumlah kecil dan kemampuan yang terhad akibat sekatan alat ganti. Ini buat ruang udara mereka sukar dikawal secara penuh seperti dahulu.
Kita kena patah balik ke era sebelum 1979. Masa tu Iran di bawah Reza Pahlavi, sekutu rapat Amerika. Mereka beli jet pejuang canggih dari AS termasuk F-14 Tomcat, lengkap dengan peluru berpandu AIM-54 Phoenix. Iran jadi satu-satunya negara selain AS yang miliki jet jenis ni.
Tapi lepas Revolusi Islam 1979, segalanya berubah. AS terus putuskan hubungan dan sekatan dikenakan. Termasuk larangan eksport alat ganti dan servis untuk jet-jet itu. Tanpa “spare part”, jet tu tak banyak gunanya.
Iran mula bergantung pada pasaran gelap. Mereka buat reverse engineering, rosakkan satu jet, guna part untuk baiki yang lain. Tapi lama-kelamaan stok habis. Daripada sekitar 79 F‑14 yang diterima dahulu, hanya antara 10 hingga 20 dipercayai masih aktif dan itupun dengan tahap kesiapsiagaan yang terhad.
Selain F-14, Iran masih simpan F-4 Phantom, F-5 Tiger, MiG-29 dan Su-24. Tapi semua ini ketinggalan zaman. Lawan F-35 dan F-22? Mustahil menang dalam pertempuran terbuka.
Tambah parah, pada 2010 Majlis Keselamatan PBB luluskan Resolusi 1929. Sekatan menyeluruh terhadap penjualan senjata kepada Iran. Hanya Lubnan, Brazil dan Turki menentang resolusi tu. China dan Rusia pun undi sokong.
Sekatan ni melumpuhkan semua usaha Iran untuk “upgrade” jet atau beli yang baru. Bahkan jika ada peluang beli, transaksi tak boleh berlaku kerana akses kewangan Iran dibekukan.
Jadi ya, jet Iran memang ketinggalan. Tapi jangan silap baca. Iran tak berdiam diri. Mereka tukar strategi. Mereka bangunkan doktrin peperangan asimetrik.
Dalam doktrin ni, kekuatan udara diganti dengan kekuatan dari darat. Iran tumpu pada peluru berpandu balistik, dron kamikaze, dan sistem pertahanan udara buatan sendiri dan Rusia seperti S-300 dan S-400.
Mereka faham jet tak boleh dilawan dengan jet. Tapi jet boleh dijatuhkan dengan sistem SAM yang canggih. Sebab tu Tehran penuh dengan pelancar dan radar.
Namun serangan besar-besaran dari Hesbiol menunjukkan sistem tu mula lumpuh. Laporan dari media antarabangsa menyebut lebih 70–120 fasiliti pertahanan Iran dimusnahkan awal-awal.
Antaranya sistem radar, stesen kawalan SAM, pusat komando udara, pelancar S-300. Bahkan ada laporan menyebut jet F-35 Israel berjaya terbang ke Tehran tanpa dikesan.
Ini bermakna satu perkara besar: Hesbiol mungkin dah capai dominasi udara. Mereka mungkin dah kuasai ruang udara Iran sekarang.
Dalam senario perang moden, siapa yang pegang langit, dia yang pegang rentak. Bila radar Iran dibisukan, jet Israel bebas beroperasi tanpa ancaman.
Persoalan: kalau begitu, kenapa Iran masih boleh balas? Jawapannya ada pada kekuatan darat dan teknologi misil mereka.
Iran bukan negara yang lemah sepenuhnya. Mereka ada misil hipersonik Fattah, peluru berpandu balistik jarak jauh Shahab dan Sejjil, serta misil jelajah Soumar dan Abu Mahdi.
Mereka juga ada ratusan dron yang boleh dilepaskan dari luar jangkauan radar, termasuk dron Shahed dan Mohajer. Ini antara senjata yang digunakan dalam balasan terhadap Hesbiol baru-baru ini.
Banyak video dan laporan dah sahkan peluru berpandu Iran berjaya tembus bukan satu, bukan dua, tapi tiga lapisan pertahanan udara utama Hesbiol.
Pertama, sistem Iron Dome yang konon kebal. Kedua, David’s Sling yang direka untuk halang misil jarak sederhana. Dan ketiga, Arrow System yang konon nak “intercept” peluru berpandu balistik jarak jauh.
Tapi semua tu tetap bocor. Bila ketiga-tiga sistem ni gagal sekat serangan, itu bukan sekadar kecuaian tapi itu tamparan besar pada imej pertahanan Hesbiol yang selama ni diagung-agungkan.
Dan ruang udara Iran diuji pagi tadi. Amerika Syarikat masuk campur secara rasmi. Tiga tapak nuklear utama Iraniaitu Fordow, Natanz dan Esfahan dihujani bom dari udara dan laut tanpa sebarang amaran.
Letupan kuat gegar kawasan sekitar, api marak berjam-jam. Semuanya berlaku terlalu mudah. Ruang udara Iran ditembusi tanpa tentangan besar, seolah-olah sudah lumpuh.
Menurut Trump, serangan dilancar menggunakan pesawat B‑2 Spirit yang melepaskan bom pemecah kubu GBU-57A/B seberat 30,000 paun. Amerika gunakan 7 pengebom strategik B-2 Spirit. Semua pesawat ini berteknologi siluman dan dilengkapi sistem serangan jarak jauh.
Sekarang ni, Amerika dah langsung tak sembunyi tangan. Mereka dah bosan main proksi. Serangan ni nak tunjuk mesej yang Amerika dah masuk gelanggang walaupun tanpa kebenaran kabinet.
Iran pula tak tunggu lama. Beberapa jam selepas letupan, Teheran lancar 60 misil balistik jarak jauh jenis Shahab-3 dan Sejjil, disusuli dron Shahed 136 ke Tololvaviv, Haifa dan Baitulmaqdis.
Sistem Iron Dome hanya mampu pintas sebahagian. 17 misil dilapor lepas masuk ke kawasan kediaman dan stesen komunikasi. Ini bukti memang Iran fokus kepada teknologi misil.
Tapi satu persoalan besar tetap timbul: kalau betul Iran ada senjata sejauh itu, dron secanggih itu, dan teknologi yang digeruni, kenapa serangan balasan mereka nampak macam belum sepenuhnya menggoncang?
Ada dua jawapan. Pertama, Iran mungkin sedang simpan kekuatan utama. Menurut penganalisis, Iran mungkin menggunakan konsep “strategic second wave”. Simpan “batch” paling kuat untuk gelombang seterusnya.
Ini termasuk peluru berpandu dengan hulu peledak besar, dron dengan jarak lebih jauh, dan sistem elektronik untuk ganggu sistem pertahanan musuh.
Kedua, ada kemungkinan sebahagian besar pelancar misil dan simpanan senjata Iran telah dimusnahkan dalam serangan awal Hesbiol.
Hesrol dikatakan guna satelit, dron, dan bantuan logistik dari pangkalan AS di wilayah Arab untuk kesan lokasi pelancar dan sistem kawalan Iran. Bila perang meletus, tempat tu jadi sasaran utama.
Jadi kita berdepan dua kemungkinan yang sangat logik. Pertama, Iran sedang tahan senjata untuk peringkat lebih kritikal. Kemungkinan kedua, sebahagian kekuatan Iran dah musnah.
Atau lebih tepat, kedua-duanya berlaku serentak. Sebab tu respons Iran masih belum masuk fasa penuh.
Tambah pula, risiko campur tangan Amerika masih terbuka. Kalau Iran lepas semua sekarang, AS mungkin akan masuk dengan kekuatan penuh.
Sebab tu Tehran berhati-hati. Mereka tahu bila waktu sesuai untuk balas. Dan bila waktu sesuai untuk tahan dulu.
Kelebihan Iran adalah pada masa dan jarak. Tehran jauh di pedalaman. Sukar ditembusi tanpa kempen darat besar-besaran. Dan mereka tahu Amerika tak mampu perang darat lagi.
Kalau nak serang Iran, Amerika kena buat seperti Iraq dulu. Tapi Iran tiga kali lebih besar. Berbukit-bukit. Penuh zon pelindung semulajadi. Satu mimpi ngeri logistik.
Inilah sebab utama kenapa Iran boleh bertahan. Walau pun tiada jet moden. Mereka bukan tak ada pilihan. Mereka cipta pilihan lain.
Dan dunia sedang menyaksikan bagaimana satu negara yang tak punya sokongan besar boleh tetap bangun dan melawan.
Perang udara mungkin tak menyebelahi mereka. Tapi perang psikologi dan perang maklumat? Iran tahu mainannya.
Mereka lambat balas? Ya. Tapi bila balas, kesannya mendalam. Mereka tak menang semua pertempuran. Tapi mereka belum kalah perang.
Dan bila rakyat Iraq, Lubnan dan Yaman turun ke jalan sokong Iran maka kita tahu api tu belum padam. Dunia makin celik. Satu demi satu propaganda Hesbiol terbongkar. Tapi selagi kita diam, penipuan akan terus jadi “kebenaran”.
Nampak tak sekarang, kenapa kita kena berdiri atas kaki sendiri? Bila kuasa besar mula pilih bulu dan hukum sesuka hati, kita tak boleh lagi harap pada sistem antarabangsa yang konon nak jaga keamanan. Negara yang berdikari, yang tak tunduk pada telunjuk sesiapa, akan jauh lebih kuat untuk hadapi tekanan.
Kita dan Iran, walau geografi berbeza, miliki musuh yang sama: penjarah yang rakus, lidah dua yang cipta konflik untuk kekal kuasa. Mereka guna ekonomi, teknologi dan propaganda untuk tundukkan kita. Tapi kalau kita masih bergantung, selamanya kita jadi mangsa.
Sikap Hesbiol dan Amerika hari ini bukan sekadar kejam, tapi hina. Mereka serang, lepas tu tuduh orang lain sebagai peng***as. Mereka hancurkan, kemudian minta simpati. Dunia dah boleh nampak sandiwara tu. Dan kita mesti berani bersuara, sebab diam itu mengiyakan kezaliman.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Ilmu, inspirasi, makna, ketepatan, dan keindahan.

Comments are closed.