Setiap tarikh mengandungi pelbagai peristiwa tertentu yang signifikan dalam sejarah manusia. Dalam bulan Ramadan, bulan ini dianggap signifikan kerana pada bulan inilah umat Islam mencapai kemenangan dalam pe.ra.ng pertama mereka iaitu Badar al-Kubra. Bulan ini juga menjadi saksi pemergian bapa saudara Rasulullah s.a.w merangkap musuh ketat baginda, Abu Lahab.
Semasa Pertempuran Badar tercetus antara kelompok musyrikin Quraisy dengan Negara Islam Madinah (NIM), Abu Lahab tidak turun menyertai ke medan seperti pembesar-pembesar Quraisy lain. Sebaliknya, dia memilih menyewa khidmat adik Abu Jahal, al-As bin Hisham sebagai penggantinya. al-As berbuat demikian sebagai cara menyelesaikan hutangnya sebanyak 4,000 dirham dengan Abu Lahab.
Seperti kita semua sedia maklum, 313 ten.te.ra Islam berjaya mengenepikan cabaran seribu sol.da.du Quraisy di medan Badar. Antara pembesar Quraisy yang m.a.ti di tangan pasukan NIM ialah Abu Jahal, Umayyah bin Khalaf, Rabiah bersaudara (Utbah dan Syaibah bin Rabiah) dan Uqbah bin Abi Mu’ayt. Kemenangan tersebut turut dibantu dengan bantuan para malaikat yang menyamar sebagai ten.te.ra berjubah putih.
Kejutan ten.te.ra bantuan ini mengakibatkan ten.te.ra musyrikin berada dalam keadaan kucar-kacir. Malah, ada seseorang memilih melarikan diri daripada berdepan mereka iaitu iblis. Mengikut riwayat, dia menyamar sebagai Suraqah bin Malik semasa melarikan diri dari medan pertem.pu.ran.
Kisah ini kemudiannya diketahui penduduk Makkah selepas ia dibawa oleh dua orang lelaki bernama al-Haismana dan Abdullah al-Khuza’i di khemah besar yang menempatkan Perigi Zamzam. Sebaik mendapat berita ma.la.ng tersebut, ramai merasa sedih dengan apa yang berlaku termasuk Abu Lahab. Tetapi dua orang merasa gembira dengan apa yang berlaku iaitu Lubaba binti al-Harith (Ummu Fadl) r.a dan hamba Abbas bin Abdul Mutalib r.a, Abu Rafi r.a.
Tidak ramai tahu, seluruh isi keluarga bapa saudara Nabi s.a.w itu sudah memeluk Islam secara rahsia. Kedua-duanya tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dengan Abu Rafi menjerit, “Mereka merupakan para malaikat!”, merujuk kepada tentera berbaju putih yang dilihat kafir Quraisy. Panas hati dengan luahan hamba Abbas itu, Abu Lahab memaksanya berbaring di atas tanah dan mula m.emu.k.ul Abu Rafi.
Berang dengan tindakan abang iparnya itu, Ummu Fadl m.emu.k.ul kepalanya dengan sebatang kayu besar sambil berkata, “Kamu memu.k.ulnya semasa tuannya tiada.” Ini sekaligus mengakibatkan Abu Lahab mengalami kecederaan teruk di kepala. Dia menderita selama seminggu sebelum kembali ke negeri cacing pada 24 Ramadan tahun kedua Hijrah.
Menurut catatan sejarawan Ibnu Ishak, bau ma.y.at Abu Lahab sangat busuk sehingga mengakibatkan ramai orang menjauhkan diri termasuk anak-anaknya sendiri. Ini memaksa mereka membiarkan ma.y.at bapa mereka itu mereput di rumah selama dua hingga tiga malam. Situasi ini mengundang rasa kurang senang jiran tetangga dan menggesa mereka mengebumikan Abu Lahab secepat mungkin.
Mereka mengarahkan sekumpulan hamba untuk membawa keluar ma.y.atnya dari rumah. Dari situ, ia dimandikan dari jarak jauh sebelum ditolak masuk ke dalam sebuah kubur di luar Makkah dengan sebatang galah. Kubur kemudiannya ditutup dengan batu-batu yang dilempar dari jauh.
Begitulah pengakhiran musuh Allah yang terhina di sisinya. Abu Lahab menyangka kerana tidak pergi ke medan Badar, dia tidak akan mengalami situasi memalukan yang dialami rakan-rakannya. Rupanya, Tuhan sudah mencaturkan pengakhiran ngeri khas buatnya.
RUJUKAN:
Guillaume, A. (1955). The Life of Muhammad (Terjemahan Sirah Rasulullah oleh Muhammad ibn Ishak). Oxford University Press.
al-Rahman Mubarakfuri, S, (2002). The Sealed Nectar: Biography of the Noble Prophet. Darussalam.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih