Siakap adalah seekor ikan yang sangat digemari oleh pemancing kerana sifat melawannya begitu rebel.

Malahan ikan ini juga digelar sebagai Asean sea bass dan hidup di perairan Asia Tenggara, Papua New Guinea dan utara Australia.

Manakala, Selat Inggeris adalah sebuah lautan yang memisahkan Great Britain daripada negara-negara di tanah besar Eropah.

Selat ini juga amat dikenali dengan air yang sejuk walaupun dianggap kurang miliki arus merbahaya. Jadi apa kaitan di antara kedua-duanya?

Buat pengetahuan semua, terdapat seorang rakyat Malaysia yang berjaya menyeberangi Selat Inggeris dengan kaedah berenang dalam masa 17 jam 42 minit.

Memperkenalkan beliau adalah Abdul Malik Mydin yang boleh diumpama seperti siakap di Selat Inggeris.

Semuanya bermula ketika kecil, Malik Mydin pernah menyatakan hasrat untuk berenang di lautan menggunakan gaya kampung.

Jadi Malik bermula dengan berenang secara santai-santai sahaja memandangkan kampungnya begitu dekat dengan laut.

Ternyata ianya bukan satu omong kosong apabila Malik Mydin menyahut cabaran untuk berenang menyeberangi Selat Pulau Pinang sejauh 7.8 kilometer.
Bermula daripada situ, Malik Mydin memasang impian untuk menyeberangi Selat Inggeris yang sangat ikonik.

Hasratnya itu bukanlah mudah untuk ditunaikan kerana beliau terpaksa berlatih bersendirian sebelum dibantu oleh temannya Dr HS Libenberg dari Afrika Selatan.
Ketika bersama Libenberg, beliau diberi gelaran ‘penyu’ kerana berenang tanpa teknik yang betul.

Walau bagaimanapun, Libenberg akhirnya pergi kerana tidakupayaan Malik Mydin membayar elaun dan kembali berlatih bersendiran.

Ketabahan Malik Mydin dalam latihan membuahkan hasil apabila beliau terpilih untuk berenang sejauh 11 kilometer sambil membawa obor Sukan Sea dari Jeti Bukit Tambun ke Pulau Aman, Pulau Pinang.

Malik Mydin berjaya mencatakan masa 4 jam 6 minit lantas ianya terus menjadi bualan pihak media.

Selepas itu, Malik Mydin berjaya mendapatkan tajaan daripada Yayasan Al-Bukhary dan TNB bagi memastikan beliau dapat berlatih secara profesional.

Malik Mydin membalas kepercayaan itu dengan berenang pergi dan balik daripada Bagan Ajam, Butterworth ke Padang Kota.

Aksi Malik Mydin tidak terhenti setakat itu sahaja dan beliau telah menyertai pertandingan merentasi Tasik Zurich di Switzerland.

Malik Mydin berjaya merentasi tasik dengan jarak 26.4 kilometer melalui catatan masa 11 jam 22 minit 22 saat.

Pencapaian itu lantas melayakan Malik Mydin untuk melepasi syarat menyeberangi Selat Inggeris iaitu berenang tanpa henti di laut terbuka selama lima jam.

Sebelum memulakan cabaran menyeberangi Selat Inggeris, Malik Mydin terlebih dahulu membelah Selat Langkawi sejauh 48 kilometer dalam catatan masa 14 jam 3 minit 13 saat.
Catatan masa tersebut telah melangkaui rekod sebelum ini iaitu 19 jam lantas ianya menjadi rekod baru dalam Malaysia Book of Record.

Tarikh 3 Ogos 2003 menyaksikan Malik Mydin telah menyeberangi Selat Inggeris dengan jarak 32.8 kilometer menuju ke pantai Cap Gris Nez di Perancis.

Berenang dalam laut yang sejuk dan lautan yang bergelora amat melelahkan hingga membuatkan Malik Mydin gagal mendarat di tempat sepatutnya lalu mengubah haluan ke pantai Le Pett Blanc.

Sekali lagi, Malik Mydin terpaksa mengubah arah haluan apabila arus yang agak kuat menafikan hasrat beliau untuk mendarat.

Hal itu telah membuatkan Malik Mydin agak kecewa dan tertekan apabila terpaksa bertukar arah haluan sebanyak 2 kali selepas 12 jam berenang.

Lantas Malik Mydin menuju ke pantai Wissant dan berjaya menamatkan renangan.
Namun begitu jarak haluannya bertambah kepada 58 kilometer kerana kegagalannya sebanyak dua kali untuk mendarat.

Catatan masa rasmi untuk renangan beliau menyeberangi Selat Inggeris adalah 17 jam 35 minit.

Kejayaan Malik Mydin terus mendapat perhatian rakyat Malaysia sehingga diangkat sebagai kebanggaan negara selepas kejayaan lain seperti pelayaran mengelilingi bumi dan pendakian Gunung Everest.

Pencapaian ini membuktinya bahawasanya azam dan tekad yang tinggi amat diperlukan untuk mengapai impian.

Impian itu juga bukan sahaja berbentuk peribadi bahkan ianya boleh menjadi contoh kepada yang lain mencapai kejayaan lebih besar.

Mungkin di masa hadapan nanti Malaysia mampu membuka koloni manusia di Marikh. Tiada apa yang mustahil.

RUJUKAN:

Muhd Zuki Pileh. (2003, Ogos 9). Abdul Malik Mydin, raja baru Selat Inggeris. Massa.

Nurhidayah Hairom. (2020, Mac 8). Malik Mydin pernah rasa putus asa di tengah laut. Sinar Harian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Comments are closed.