Sebuah makhluk begitu halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, dihidu hidung apatah lagi didengari telinga sedang mengerutkan jutaan dahi. Keupayaan virus korona (2019-nCoV) untuk merebak tanpa badan menunjukkan simtom tumpangannya digeruni ramai (Rettner, 2020).
Jadi tidak peliklah apabila semua orang berada dalam keadaan waspada, dengan saban hari angka kes j4ngkitan bertambahan dari sekitar ratusan hingga pada 5 Februari 2020 sebanyak 24,584. Sungguhpun begitu, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah “tenang dan urus” dalam usaha menewaskan makhluk halus ini.
Kalau ikut laporan harian daripada Suruhanjaya Kesihatan China, angka jangkitan memang meningkat. Namun kadar sebaran (virulent rate) seakin menurun setelah berkemuncak 64% pada 27 Januari.
Angkara 2019-nCoV yang menggan4s, banyak negara menghadapi kerugian. Sektor perkhidmatan China seperti industri restoran dan pelancongan mengalami kerugian AS$144 bilion (Jing & Jia, 2020). Bercakap tentang pelancongan pula, 10,000 pelancong China pula membatalkan penerbangan mereka ke Bali (Mufti, 2020). Dan 2019-nCoV juga bakal memberikan kesan terhadap pertumbuhan dan pelaburan terhadap Malaysia selepas mengganggu harga komoditi seperti sawit memandangkan terlalu banyak sektor ditutup di China.
Sungguhpun dengan segala dugaan – serta kenyataan daripada Mohammaddin Ketapi – sekali lagi Kementerian Kesihatan Malaysia telah timbul bagaikan pelampung yang menyinarkan nama negara semasa dipukul ombak penyakit.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah menilai tindakan-tindakan Malaysia, terutamanya dengan pendekatan negara yang terbuka lagi bermaklumat. Menurut wakil WHO, Malaysia sedang melakukan yang terbaik dan sentiasa terbuka dengan setiap maklumat berkaitan kes-kes jangkitan yang mudah diperolehi daripada laman web rasmi pun (Palansamy, 2020).
Usaha Kementerian Kesihatan Malaysia dari segi komunikasi bersama semua negara terutamanya China, Singapura dan Thailand juga dipautkan juga. Singapura dan Thailand buat masa sekarang menjadi mangsa keadaan kepada penyebaran daripada China.
Atas komitmen sebeginilah Malaysia berjaya menempatkan diri sebagai pembekal penjagaan kesihatan terbaik dunia (Bernama, 2019). Malaysia wajar dijadikan contoh terhadap hujah-hujah membangkang dasar penjagaan kesihatan universal (universal healthcare). Kalau dilihat dalam politik Amerika Syarikat, terdapat beberapa ahli politik yang menyertai perlumbaan pilihanraya akan menjaminkan manifesto universal healthcare. Biasanya tawaran ini diberikan bakal-bakal calon Parti Demokrat, yang akan dikecam rapat sokongan Republikan.
Pelbagai kecaman dilontarkan. Katanya ia takkan berkesan. Bahawasanya kos terlalu tinggi untuk melaksanakannya. Kerana dinyahswastakan, doktor akan lari dari hospital. Dan industri insurans akan gulung tikar dengan cukai akan dilambungkan (padahal boleh saja membiayai ketenteraan). Namun di sebalik segala alasan, Malaysia dalam senyap mengimarahkannya (bersama Australia, Canada, United Kingdom dan sebagainya).
Dengan dasar penjagaan universal, Malaysia meninggalkan pesaing-pesaingnya dengan skor 95/100 untuk merangkul anugerah kehormatan sedemikian pada tahun 2019. Tidak cukup dengan itu, infrastruktur kesihatan negara turut dijadikan faktor pemenang juga. Orang sana lontarkan pendapat doktor akan lari, suatu pendapat yang diludahkan orang sini kerana semua doktor ditemui boleh bertutur dalam bahasa Inggeris selepas dididik di negara-negara Barat.
Kalau tidak kerana mentaliti masyarakat, perkara ini tidak mungkin dijayakan juga. Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia cenderung untuk mengajar anak-anak mereka supaya menjadi doktor. Berkat sokongan dan dorongan sebeginilah yang memangkinkan haruman istimewa yang dinikmati sektor kesihatan. Satu lagi, Jabatan Kesihatan juga berada di bawah kecekapan Dr. Noor Hisham Abdullah sejak tahun 2013 lagi.
Jadi selama tujuh tahun, beliau telah menumpahkan bakti demi kesinambungan semua orang. Amanah yang digalas ini membuatkan Malaysia begitu bersedia untuk mengharungi dugaan 2019-nCoV terutamanya selepas penularan peny4kit SARS dan MERS. Sehingga 5 Februari 2020, 12 orang Malaysia telah disahkan menghid4pi 2019-nCoV. Lima hari kemudian angka ini telah berkembang ke 17 orang.
12-17 orang daripada 40,171 mencatatkan lingkungan 0.042% ke 0.049% daripada kes seluruh dunia. Daripada jumlah ini hanya enam sahaja yang merupakan warganegara tempatan. Itupun bapa anak yang baru balik daripada Wuhan (Kaos, 2020). Dan seorang lelaki yang menghadiri persidangan di Singapura sekaligus menghantar virus ke kakak dan ibu mertuanya. Dan pada masa yang sama, tiga orang telah disahkan sembuh daripada 2019-nCoV.
Sumber:
Bernama. (2019, February 7). Malaysia ranks 1st in world’s best healthcare category. The Star. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/02/07/malaysia-ranks-1st-in-worlds-best-healthcare-category/
Jing, W. & Jia, D. (2020, February 4). Koronavirus costs China service sector $144bn in 1 week. Nikkei Asian Review. Retrieved from https://asia.nikkei.com/Spotlight/Caixin/Koronavirus-costs-China-service-sector-144bn-in-1-week
Kaos, J. (2020, February 5). Father and son on Wuhan flight tested positive for Koronavirus. The Star Online. Retrieved from https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/02/05/health-ministry-two-malaysians-evacuated-from-wuhan-test-positive-for-Koronavirus
Mufti, R.R. (2020, January 31). 10,000 Chinese tourists cancel trips to Bali over Koronavirus fears. The Jakarta Post. Retrieved from https://www.thejakartapost.com/news/2020/01/31/10000-chinese-tourists-cancel-trips-to-bali-over-Koronavirus-fears-travel-group.html
Palansamy, Y. (2020, February 5). Malaysia doing ‘very, very well’ in handling Wuhan virus contagion, says WHO rep. Malay Mail. Retrieved from https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/02/05/malaysia-doing-very-very-well-in-handling-wuhan-virus-contagion-says-who-re/
Rettner, R. (2020, January 31). New Koronavirus can spread before symptoms start, German case suggests. Live Science. Retrieved from https://www.livescience.com/Koronavirus-spread-before-symptoms.html
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih