Pada suatu hari, malaikat pembawa bala masuk ke sebuah negeri. Kisah ini ada diceritakan dalam kitab Ihya Ulumiddin karangan Imam Abu Hamid al-Ghazali.

Para malaikat yang menjaga negeri itu bertanya, “Ada apa engkau ke mari?”

Maka, ia menjawab, “Aku datang untuk menurunkan wabak ke negeri ini. Senarai mangsa yang mati angkara wabak sudah berada dalam tanganku.” Terlihat nama sekian-sekian bakal menjadi mangsa.

Demi mentaati perintah Allah, malaikat penjaga negeri pun mengizinkannya masuk. Malaikat pembawa bala yang masuk ke negeri itu segera menjalankan tugasnya. Wabak penyakit diturunkan kepada penduduk negeri tanpa belas kasihan. Setiap nama yang sudah dalam senarai malaikat pasti menjadi mangsa.

Setelah tamat tempoh yang ditakdirkan, malaikat pembawa bala pun keluar.

Bagaimanapun, malaikat penjaga negeri berasa pelik.

Kenapa?

Sebabnya apabila dibandingkan jumlah senarai manusia yang menjadi mangsa wabak ketika malaikat bala mahu masuk ke negeri ini, dengan jumlah sebenar manusia yang terkorban maut setelah melaratnya wabak terdapat perbezaan besar.

Kenapa jumlah manusia yang mati semasa wabak jauh lebih ramai berbanding yang terdapat dalam senarai kematian malaikat bala sebelum itu?

Jadi, mereka pun bertanya apa sebabnya.

Malaikat pembawa bala menjawab: “Sebenarnya, senarai mangsa yang bakal mati akibat wabak dan memang benar-benar maut angkara wabak itu tepat. Akan tetapi, ratusan manusia yang lain itu maut disebabkan mereka terlampau takut dengan wabak sampai mengakibatkan kematian.”

Kisah ini menjadi pengajaran bagi kita untuk menggantungkan pengharapan dan tawakal kepada Allah.

Tanpa menafikan usaha dan ikhtiar, manusia tidak boleh terlalu takut bila berhadapan sesuatu tragedi. Sikap paranoid memberi pengaruh kepada rohani dan emosi manusia. Stress yang berlebihan juga menurunkan antibody tubuh bagi melawan kuman penyakit.

Iktibarnya, jangan terlalu takut. Banyakkan tawakal kepada Allah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply