Dalam beberapa kitab fiqh mazhab Syafie, ada dinyatakan fatwa tentang hukum makruh menikahi perempuan yang terlalu cantik.

Zainuddin al-Ma’bari menyatakan di dalam Fathul Mu’in:

(وجميلة) أولى: لخبر: خير النساء من تسر إذا نظرت
“Menikahi wanita yang cantik itu yang lebih utama berdasarkan kepada hadis yang menyatakan bahawa sebaik-baik wanita adalah yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya”

Kemudian, al-Bakri al-Dimyati menjelaskan matan ini di dalam I’anah al-Talibin (3/313) seperti berikut:

(قوله: وجميلة) أي بحسب طبعه ولو سوداء عند حجر أو بحسب ذوي الطباع السليمة عند م ر.
وتكره بارعة الجمال لأنها إما أن تزهو، أي تتكبر، لجمالها، أو تمتد الأعين إليها
“yang dimaksudkan dengan wanita cantik adalah cantik menurut pandangan (perspektif) lelaki masing-masing meskipun wanita tersebut berkulit gelap, atau menurut lelaki yang mempunyai tabiat yang baik sepertimana yang dinyatakan oleh imam al-Ramli. Dan makruh hukumnya menikahi wanita yang terlalu cantik sama ada kerana biasanya wanita yang terlalu cantik itu memiliki sifat sombong akan kecantikannya, atau banyak mata lelaki lain yang akan tertarik kepadanya”

Begitu juga dalam kitab muktamad yang lain seperti Tuhfatul Muhtaj (7/189) di mana Ibnu Hajar al-Haitami menyatakan:

نعم تكره ذات الجمال البارع؛ لأنها تزهو به وتتطلع إليها أعين الفجرة
“Benar, dimakruhkan berkahwin dengan wanita yang terlalu cantik kerana wanita tersebut kebiasanya bongkak dengan kecantikannya dan akan menarik perhatian lelaki-lelaki jahat (buaya)”

Begitu juga dalam kitab Asna al-Matalib (3/108) karya Abu Zakariya al-Ansari dan juga Mughni al-Muhtaj (4/207) karya al-Khatib al-Syirbini:

قال الماوردي لكنهم كرهوا ذات الجمال البارع فإنها تزهو بجمالها.
al-Mawardi berkata: Akan tetapi mereka (fuqaha mazhab Syafie) memakruhkan daripada menikahi wanita yang terlalu cantik kerana wanita tersebut bersifat sombong dengan kecantikannya”

Di sini dapat dilihat bahawa fuqaha mazhab Syafie memakruhkan pernikahan dengan wanita yang terlalu cantik kerana dikhuatiri wanita tersebut memilik sifat sombong kerana kecantikannya dan akan menarik perhatian ramai lelaki lain sehinga boleh menyebabkan dirinya menjadi bahan perbualan orang lain sehingga mengakibatkan berlakunya fitnah, lirikan, dan godaan dari lelaki-lelaki yang jahat (buaya).

p/s: lepasni boleh la kot buat alasan “enti makruh untuk ana” 

[Disclaimer]

Disebabkan ada segelintir yang kurang memahami maksud post ini, berikut adalah penerangannya.

(1) Post ini dan fatwa² yang dinyatakan tidak pernah sama sekali menafikan pensyariatan menikahi/dinikahi wanita kerana 4 perkara dan salah satunya ada faktor kecantikan. Sebab itu pada awal post dinyatakan bahawa dinikahi kerana kecantikan itu lebih awla. Fokus utama post ini juga merujuk kepada wanita yang terlalu cantik, dan bukannya wanita yang cantik. Kerana menikahi wanita yang cantik itu telah dinyatakan pada awal post.

(2) Makruh yang dimaksudkan dalam fatwa tersebut adalah ke atas mana² lelaki yang merasakan apabila dia menikahi wanita yang terlalu cantik itu akan mendatangkan apa² kemudaratan ke atas dirinya, isterinya, dan keluarganya sepertimana yang telah dinyatakan di atas. Akan tetapi, sekiranya lelaki itu yakin bahawa kemudaratan itu tidak akan berlaku, maka dia dibolehkan untuk menikahi wanita itu.

(3) Indikator “terlalu cantik” itu diukur berdasarkan perspektif lelaki yang hendak mengahwininya. Sekiranya dia merasakan bahawa wanita itu terlalu cantik baginya, maka rujuk semula pada no (2) di atas.

Artikel dinaikkan selepas mendapat kebenaran penulis asa, saudara Muḥammad Ḥāzim Aḥmad.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.