Pada tahun 1964, satu penemuan mengejutkan berlaku di China di mana ahli-ahli arkeologi menjumpai sebuah makam yang mengandungi rangka ratusan ekor kuda yang ditanam secara tersusun. Pengebumian sebegini dengan jelas mengisyaratkan bahawa makam tersebut milik seorang individu yang penting dalam kalangan masyarakatnya.
Setelah melakukan kajian lanjut, didapati makam itu adalah milik Pangeran Jing dari Qi dan rangka kuda-kuda itu pula adalah haiwan yang dik0rbankan untuk beliau. Kerja-kerja ekskavasi masih dilanjutkan di tapak berkenaan dan lingkungan arkeologi berharap lebih banyak rahsia tentang era pra-Dinasti Qin dapat didedahkan.
LATAR BELAKANG PANGERAN JIN
Pada tahun 547 hingga 490 Sebelum Masehi, Negeri Qi diperintah oleh Pangeran Jing. Nama sebenar beliau adalah Lu Chujiu dan nama leluhurnya pula adalah Jiang. Pangeran Jing hanyalah gelaran yang dikurniakan kepada beliau sesudah meninggal dunia. Beliau adalah anak salah seorang gundik Pangeran Ling dan mempunyai abang tiri bernama Pangeran Zhuang. Pada tahun 554 SM, ayahandanya mangkat dan takhta diambil-alih oleh Pangeran Zhuang.
Pentadbiran Zhuang disokong oleh seorang menteri berpengaruh yang bernama Cui Zhu, sehinggalah Zhuang didapati menjalin hubungan dengan isterinya. Oleh kerana itu, Cui Zhu membvnvh Zhuang pada tahun 548 SM.
Berikutan kem4t!an abangnya, takhta pun diserahkan kepada Jing sambil Cui Zhu dan seorang lagi menteri bernama Qing Feng mentadbir negeri sebagai perdana menteri secara bersama. Setelah berlaku banyak kekacauan akibat perseteruan antara dua orang menteri itu, Jing pun melantik Yan Ying sebagai perdana menteri dan semenjak itu, bermulalah era kemakmuran Qi.
PEREBUTAN TAKHTA
Pangeran Jing mengahwini Puteri Yan Ji dari Negeri Yan. Putera mereka berdua ditabalkan sebagai putera mahkota, namun beliau mangkat pada usia muda. Jing mempunyai sekurang-kurangnya lima orang putera lain. Akan tetapi, beliau menamakan putera bongsu, Putera Tu, sebagai putera mahkota yang baru. Tu adalah putera bersama seorang gundik yang berlatar belakang sederhana dan semasa nama beliau dicalonkan, Tu masih sangat muda. Demi memastikan kedudukan puteranya itu terjamin, Jing memerintahkan menteri-menteri dari klan Guo dan Gao untuk menyokong Tu.
Putera-putera yanglain pula diusir ke Kota Lai yang jauh terpencil. Tidak lama kemudian, Jing mangkat pada tahun 490SM. Putera Tu sememangnya sempat menaiki takhta. Namun, beberapa buah klan melakukan rampasan kuasa dan Putera Yangsheng dibawa pulang untuk mengambil-alih takhta. Putera Tu dibvnvh dan Putera Yangsheng kemudian memakai gelaran Pangeran Dao.
KUDA-KUDA K0RBAN DI MAKAM PANGERAN JING
Pangeran Jing dikebumikan di Yatou, Wilayah Shandong. Pada bahagian utara makam, ahli-ahli arkeologi menemukan rangka 145 ekor kuda dalam sebuah lubang yang berukuran 215 meter panjang, mengelilingi tiga sisi makam. Beberapa tahun kemudian, rangka 106 ekor kuda yang lain ditemui sekaligus menjadikannya sebanyak 251 ekor kuda. Kuda-kuda ini dipercayai baru berusia 5-7 tahun semasa dik0rbankan.
Ekskavasi arkeologi di tapak ini dihentikan pada tahun 2003 berikutan kelengkapan yang tidak mencukupi. Ahli-ahli arkeologi pada masa itu menganggarkan bahawa terdapat sehingga 600 ekor kuda disemadikan di makam Pangeran Jing, bersama 30 ekor anjing, dua ekor khinzir, dan enam haiwan jinak yang lain. Walaupun sememangnya banyak rangka kuda seumpama ini pernah ditemui sebelum ini di China, setakat ini bilangan kuda k0rban di makam Pangeran Jing adalah yang paling besar.
MISI EKSKAVASI DITERUSKAN
Selepas terhenti selama 16 tahun, kerja-kerja ekskavasi di makam Pangeran Jing diteruskan dan pakar pada akhirnya dapat mengesahkan jumlah sebenar kuda k0rban yang disemadikan di sana. Xinhua News Agency mendedahkan bahawa terdapat lebih 3000 relik kebudayaan ditemui dalam galian-galian awal, dan dijangka lebih banyak akan ditemui.
Kini, tapak permakaman Pangeran Jing menempatkan sebuah muzium dan ia diiktiraf sebagai Tapak Sejarah dan Budaya Kebangsaan. Tapak ini juga masih dalam pertimbangan untuk menerima status sebagai Warisan Dunia UNESCO.
Penemuan ini dianggap amat mengagumkan berikutan kerumitan yang perlu dilalui dalam mengorbankan dan menyemadikan sedemikian banyak kuda. Menurut catatan sejarah, Pangeran Jing amat menggemari kuda. Maka, kuda-kuda yang dik0rbankan ini jelas membuktikan betapa tingginya penghormatan yang diberikan kepada beliau.
TERJEMAHAN:
M R Reese. (15 April 2019). Excavations Launched at the Tomb of Duke Jing of Qi and his 600 S4crif!cal Horses. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/tomb-duke-jing-qi-and-his-600-horses-002293
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih