Untuk pengetahuan kepada masyarakat yang belum tahu, penemuan berhala-berhala Terakota di kawasan kompleks makam Maharaja China Pertama, Qinshihuang di Shaanxi, China, bukanlah makam sebenar miliknya. Ianya merupakan salah satu ‘pembuka’ kepada laluan menuju ke Istana Kematian. Boleh dilihat pada gambar rajah kedua, kedudukan Pasukan Terakota.

Sebenarnya makam Maharaja Qinshihuang belum sepenuhnya diterokai oleh ahli arkeologi kerana punca utamanya adalah pentadbiran China tidak mahu khazanah berharga ini disentuh oleh mana-mana pihak dan mereka ingin mengekalkan nilai sejarahnya di situ. Tambahan, laluan masuk ke makam maharaja tersebut dipenuhi oleh pelbagai perangkap yang masih aktif.

Makam maharaja Qinshihuang bukan semata-mata hanya sebuah makam bahkan ia dipercayai sebagai istana baginda di dunia kematian. Sebab itu kalau di dalam gambar rajah di atas, kita dapat melihat, kompleks atau kawasan istana ini dilindungi oleh dua lapis benteng dan kawasan kompleks ini besar seakan-akan sebuah kompleks istana yang normal. Bentuk makam ini sama sepertimana binaan makam Firaun di Mesir iaitu berbentuk piramid. Hmm, tolong jangan kaitkan dengan Illuminati.

Makam maharaja tersebut dikatakan terletak dibawah bukit arah barat daya. Selama 40 tahun pencarian di kawasan sekitar makam ini, para arkeologi menemui pelbagai tapak-tapak yang dikenalpasti merupakan bahagian kompleks Istana Kematian ini seperti tapak perkuburan dayang-dayang istana (yang tidak memberikan anak kepada baginda).

300 keranda yang mengandungi tulang belulang kuda, patung-patung haiwan yang diperbuat daripada gangsa dan berhala yang tidak berpakaian yang bertugas sebagai pemberi hiburan kepada baginda di alam kematian seperti ahli musik, akrobat dan ahli angkat berat. Ouh ya, kenapa dibawah bukit?

Selepas siap pembinaan makam gergasi tersebut, para pekerja dikehendaki menutup kompleks makam tersebut dengan gundukan tanah. Setelah kawasan ini dikambus, maka ditanam pokok-pokok di atas kambusan tersebut dan hasilnya, kita dapat melihat, bukit buatan manusia yang masih kekal berdiri sehingga ke hari ini.

Laluan menuju ke makam gergasi Qinshihuang.

Berbalik kepada makam Qinshihuang, para saintis melalui pemerhatian mereka, mengemukakan teori saintifik bahawasanya makam tersebut terletak 20-50 meter di bawah bukit tersebut. Bagaimana mereka dapat menemukan makam tersebut? Ianya berdasarkan mengikut catatan sejarah Dinasti Qin oleh Sima Qian:

“The site includes three streams, and his coffin is encased in a bronze sarcophagus. The floor of the central burial chamber floats on rivers, lakes and seas of mercury…The vaulted ceiling is inlayed with pearls and gems to emulate the sun, moon and principle stars of the constellations in the night sky. Whale oil lamps are brightly lit for an everlasting effect of illustriousness”.

Merkuri merupakan salah satu ramuan kegilaan yang dimakan oleh maharaja Qinshihuang untuk memberikannya umur yang panjang (immortal) tetapi atas ketaksuban ini jugalah yang membawa kepada kematian baginda.

Sebab ketaksuban baginda ini jugalah, makam tersebut dipenuhi oleh cairan-cairan merkuri. Cairan-cairan merkuri tersebut digunakan sebagai aliran sungai dan lautan palsu di dalam makam tersebut. Para saintis yang menggunakan teknologi tertentu, menemui bahagian di bawah bukit yang dimana terdapat kandungan merkuri yang sangat tinggi iaitu tempat yang tepatnya dikatakan terletaknya makam Qinshihuang.

Sehingga ke hari ini, terdapat 600 tapak arkeologi di kawasan kompleks tersebut walhal makam Qinshihuang yang utama itu pun belum disentuh oleh sesiapa dan isi kandungan dalam makam yang terdapat dibawah bukit tersebut masih kekal misteri sehingga ke hari ini.

Gambaran sebenar oleh pelukis mengenai bentuk binaan makam/istana kematian milik Maharaja Qinshihuang.

P/S: Jadi, adakah sesiapa diantara kita mempunyai keberanian memasuki makam sebenar Qinshihuang? Harta karun banyak woo… Rugi tak ceburi bidang menjarah makam-makam sejarah ni.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Comments are closed.